Hari ini ramai juga yang terus bekerja, tidak menyambung cuti. Malah semua staff di tempat kerja aku tiada seorang pun yang bercuti. Semua sedang menyimpan cuti, sebab masing-masing ada plan sendiri di hujung tahun da cuti sekolah.
Lunch time, aku sempat hadir sekejap menjengah Majlis Korban di Sri Sabah. 1 ekor lembu dikorbankan dan kira-kira 55 bungkus daging selamat diagihkan kepada anak-anak yatim yang bernaung di bawah Jalinan Kasih.
Walaupun orang kuat JK (Abg JOE), tiada di KL kerana balik ke Kedah beraya dan berkemas kerana kampungnya ditimpa banjir, beberapa orang penduduk sekitar datang membantu AJK.
Dengar sembang mereka, usus ni sedap dimasak lemak, tapi nak kelola-cuci, tak ramai yang sanggup.
Terimakasih atas usaha ini.
*Untuk makluman, anak-anak yatim yang berdaftar di bawah JK adalah sekitar Sri Sabah, dan Bandar Tun Razak.
~...kesal sungguh, bilamana kita sekali-kali tidak berniat menyentuh peribadi sesiapa menerusi tulisan di blog peribadi (melainkan citer perasan sendiri saja), tetapi ada yang terasa. Kenapa tidak tinggalkan sensitif itu hanyut bersama Sungai Jeram Seram...?~
Sis... usus lembu tak seksa sangat nak cuci sebenrnya kalau dibandingkan dengan usus kambing. Serius! Melapah kambing beta suka daripada melapah lembu sebab jauh lebih senang dan cepat. Tapi part nak cuci usus dan perut kambing... aiyaaarrrkkk...! Wa cabut dulu...!
ReplyDeleteBRO > I pernah tengok orang kelola perut, memang leceh sampai kembang tangan. Tapi part masak lemak, berebut yang nak makan.
ReplyDeleteI tak pandai makan usus ni, but kalu ada yang masak, harus gak I cuba...
SALAM,
ReplyDeleteTAK PERNAH PULAK LF MAKAN MASAK LEMAK USUS ! BETUL2 SEDAP KE?
Salam Azie;
ReplyDeleteMak ckLah korbankan seekor lembu peliharaannya semalam....kami kongsi adik beradik. Alhamdulillah....semoga dapat diteruskan tahun-tahun seterusnya...
Bang LF > Saya sendiri takleh nak bagitau, usus tu rasa apa. Sedap ler kot.
ReplyDeleteSaya biasa makan perut lembu (masak Lemak Cili Padi dgn Rebung, sedap), makan limpa, hati (masak Kicap), paru (Sambal atau Goreng Lada Hitam).
Usus memang belum...
CKLAH > alhamdulillah. Seronok tu.
ReplyDeleteYang best, bila ada acara sebegini, di hari mulia, AYAHBONDAS masih ada utk kita raikan bersama.
Bila orang tua sudah tiada, sungguh berbeza.. sungguh..
huih rugilah tak makan usus lembu tu..sedap!
ReplyDeleteapapon xbagus sbnrnya mkn anggota dlman binatang,kan?
bab nota kaki tu yang musykil tu azie... sapa lah pulak yang terasa bagai tu...kan.
ReplyDeletesaya suka sangat makan satay perut...
dapatkan slip gaji online
Salam Azie....
ReplyDeletesesekali buat kerja amal, syok kan?
dapat makan-makan lagi...
(part makan tu yg paling best tu..)
kat tempat akak depa wat kambing panggang dan ikan bakar utk semua...
meriah sangat bergotong royong...
first time tahu usus lembu sedap masak lemak... tak pernah ler pula Nida jumpa masakan sedemikian rupa..
ReplyDeleteBiasanya part org selalu rebut, hati dan ekor...
HAMIZAH > Hmmm pernah makan yer?
ReplyDeleteBetul, organ dalaman memang tak elok diamal makan selalu, kata orang, penyakit/baktera bermula dari organ tu lah.
CIKGU NORMAH > Yang makan cili pun belum tentu terasa pedasnya.
Satay perut? Perhhh I like too...
Salam Kak QUEENIE > Selalunya yang saya dok pi join tu, part makan kami sukarelawan lah yang makan last sekali. :)
ReplyDeleteNIDA > Jangan tak tau, lidah dan otak lembu pun ramai yang berebut haritu..
petama ke sini :)
ReplyDeletetak boleh diimaginasikan bagaimana rasanya usus lembu..tapi yang buat saya nak betanya ialah siapa seri bulan dan hisyam?
Salam kenal NURSALAMAH, sila masuk.. sila. terimakasih.
ReplyDeleteYa, saya pun takleh nak bayang apa rasa usus tu. Lum lagi try.
*Siapa mereka?
Teruskan mengikuti...:)