Saturday, March 6, 2010

Gathering Blogger @ Commonwealth Resort: Edisi Awal...

Pasti ramai blogger dah tahu tentang program Gathering Blogger pada hari ini di Commonwealth Resort bermula 12 tenghari yang dirancang oleh Sdr MAZIDUL (TV3) bersama 6 orang blogger lain sebagai Urusetia termasuk HAZREY Bapak Gula-Gula, Lord ZARA dan ONSCENE.

Pogram yang pada mulanya seperti sangat simple dan ringkas, akhirnya kelihatan sangat besarrrrRRRR... Dan akan dicatat dalam Malaysia Book of Records di mana menghimpunkan paling ramai bloggers.

Tema MERAH, wpun secalit. Adoiiii.. aku tak berapa sangat kaler MERAH ni, cuma ada selai, itupun kalu pakai aku akan nampak LEBIH HITAM dari yang sedia LEGAM nih.

Ini jer yang ada. T-Shirt tu baju anak. Hehehehehe....

Semalam baca persediaan mereka, wahhh siap ada polis akan berkawal, ada bomba juga hmmm ini dah kira dasat dah niii.. Dan memang pun plan cuma dirancang mereka tidak sampai pun 2 minggu. Beberapa hari sahaja. Ya, teknologi canggih pun banyak membantu menjimatkan masa.

InsyaAllah jika sampai nanti, teringin juga nak bertemu muka dgn blogger lain yang tidak kurang popular, si HAZREY yg aku selalu dok kutuk dia (harus kene mintak ampun nanti nihhh...), ZARA (dah sampai dah KL kot...katanya naik bas petang semalam dari Johor)..

juga ONDSCENE yang juga seorang journalist (jika salah maaf) jenayah. Aku rasa macam kenai dia nih, pernah kami terlibat sama dlm suatu program anak yatim di Sg Congkak pada 2005 dulu. Masa tu dia dgn 911 (or 991?) dan menyediakan pelbagai peralatan (flying fox, ular dll). Nick dia masa tu KERETABURUK (sahabat KLfm masa tu). Jika butiran ni salah, MAAF.

Apapun SYABAS kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Perhimpunan Blogger kali ini, yang lebih hebat dari yang pertama kali dulu di FRIM. Benarlah apa yang aku teka, pasti akan ada lanjutan perhimpunan dan pernah aku sarankan, buatlah lagi lebih besar selagi tidak menyalahi undang-undang. Terima dari sudut positif, pasti akan mendapat sambutan. Cabaran ini ternyata disambut oleh MAZIDUL...

Semoga perhimpunan ini berjaya dan dapat mengeratkan lagi persahabatan dalam suasana mesra lagi harmoni. Kita kan kaya dengan budi bahasa...? Jika malu berborak or memang tak pandai bergelak (macam AA ni..) senyum pun cukuplahhh.. AA suker tau tengok orang senyummmm...

Jumpa di sanaaaaaaaaaaaa....!




Friday, March 5, 2010

Alice in Wonderland 2010 vs Cerita Rakyat...

Bagi peminat wayang, pasti tidak sabar menantikan filem ini yang bakal memeriahkan (bleh ker guna ayat ni?) panggung pada 11hb Mac nanti.

Haritu IKA said, nak belanja aku pi tengok filem ni. Memang best.


Asalnya dulu, ianya hanya bed-time story tapi sekarang difilemkan, dikomersialkan dan menjadi sungguh menarik. Sesuailah ditayang minggu depan, sebab cuti sekolah bakal bermula.

Ya aku pun yakin filem ni pasti best. Apatah lagi aku sejak dolu-dolu minat jugak dengan si JOHNNY DEPP ni. Sejak dia remaja lagi. Sejak dia top dari siri 21-Jump Street. Kemudian dia semakin terkenal sebagai pelakun filem. Antara filem dia yang juga aku sempat tonton adalah Edward Scissorhand, Charlie and the Chocolate Factory, Pirates of the Caribbean (ada banyak siri kisah lanun nih...)

Rasanya kalu aku berpeluang pegi tengok filem ni, adalah kerana tarikan kepada JOHNNY DEPP itu sendiri, dan dari segi seni filem itu, yang penuh warna-warni (citer kanak-kanak, kan...)

Sedikit ringkasan:
Alice's Adventures in Wonderland (commonly shortened to Alice in Wonderland) is an 1865 novel written by English author Charles Lutwidge Dodgson under the pseudonym Lewis Carroll. It tells the story of a girl named Alice who falls down a rabbit hole into a fantasy world populated by peculiar and anthropomorphic creatures.

Ada banyak bab dalam kisah Alice in Wonderland nih, ntah mana satu yang bakal ditayang, aku pun tak tau. Sebab aku jarang didedahkan dengan kisah-kisah fairy tale omputeh ni. Ada takda pun, citer Snow White, Cindarella dan 2,3 citer jer. Sebab masa skulah rendah dulu, aku banyak didedahkan dengan kisah Pak Pandir dan Lebai Malang, Nujum Pak Belalang, Arnab & Kura-kura, Bawang Putih Bawang Merah, Sang Kelembai...... Juga kisah-kisah rakyat lain, yang ada setengah tu seperti tidak masuk akal, malah tidak relevan lagi untuk diceritakan kepada anak-anak zaman sekarang.


~...sekali sekala kalu duk berimpun, bercerita pasal citer dongeng ni dengan anak-anak, best tauuuu....~


Sedikit tambahan...

Sedikit tambahan lagi. Layari beberapa laman web dan photo album berikut. Kerana aku tak berkesempatan nak menulis lanjut di sini secara terbuka.

FACEBOOK Album 1 : http://www.facebook.com/album.php?aid=155211&id=579994126
FACEBOOK Album 2: http://www.facebook.com/album.php?aid=147969&id=164360919526



Lapuran dalam bentuk berita akan aku muatkan dalam PRIHATIN ONLINE (Majalah online YPN di mana aku salah seorang penulis artikel). Klik SINI.


~...Terimakasih kepada semua yang memberi respons, yang menyumbang samada orang tahu or tidak tahu, yang menyokong dgn kata-kata nasihat, dan terutama sekali DOA ikhlas anda semua... Jika AA nak ceritakan pengalaman menjadi sukarelawan sejak 2005 dulu, terlalu banyak. Biarlah ia menjadi kenangan manis AA...~


Layan gambar dulu yer.....










Rumah Anak-anak Yatim Nurul Iman, Manjoi, Ipoh Perak. Terbakar 1 blok pada awal pagi 1 Mac lalu...

Cerita lanjut akan diceritakan kemudian (mungkin).

Apapun, sumbangan amatlah dialu-alukan. FOKUS sumbangan dalam tempoh terdekat adalah Pakaian Harian utk anak-anak berusia 6-12 tahun kerana mereka ini tinggal sepinggang. Yang terbakar adalah blok surau yang juga merupakan sebahagiannya adalah stor barangan harian. 2 almari pakaian, 2 mesin basuh, 3 mesin jahit, 2 peti sejuk (freezer utk stok makanan), 30 beg (milik 30 orang anak-anak yatim tersebut) di mana beg tersebut mengandungi baju raya, baju berjalan, baju rasmi utk program2 khas, angpau tunai (dikhabar lebihkurang RM70-80 seorang, jika 30 beg?). Semuanya hangus..

Semasa AA melawat, sebahagian besar anak-anak yatim tersebut hanya memakai uniform sekolah (yang baru disumbangkan), malah dikhabarkan, pada malam hari, ada yang hanya tidur dengan berselimut sahaja kerana ketiadaan pakaian harian.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Pada hari Ahad ini, ada lagi beberapa group kawan-kawan (dari Yayasan sukarela yang AA terlibat) yang akan pergi ke sana untuk menghantar barangan. Sumbangan terus dialu-alukan...

Sumbangan tunai terus ke akaun Maybank:
Encik Khairul Anuar b Mohmad Razi (Pengurus/Pemegang Amanah)
Maybank: 508 225 215 570


Wednesday, March 3, 2010

Nak pi sana sat...

Pagi ini aku ada kerja luar. Ke Ipoh. Mungkin balik malam atau seawal pun petang nanti. Rumah Anak Yatim Manjoi terbakar 1 blok kelmarin. Ada urusan yang harus dilihat, diteliti dan ada tindakan susulan yang harus dibuat...

So, esok sajalah aku sambung mengomen dan membaca info di blog anda semua...


~...jika sudi layari www.nurhikmah.org.my, cari aku di Galeri...~


Monday, March 1, 2010

“Chill ler mak..!”

Ahad semalam, IKA plan nak bawak CHAK kuar pegi KLCC. Plan asal ler tu. So offer juga untuk adik-adik mandi kat kolam KLCC. CHAK baru pernah sekali jer mandi di situ. Sian dia, dah umur 8 tahun pun baru sekali merasa mandi kat situ. (Aku tak berapa suka, sebab panas dan tak berapa yakin dengan air kolam tu). Dan lagi, aku jarang pegi KLCC tanpa sebab. Itu bukan tempat pilihan aku untuk bersantai pun.

So semalam, plan on juga. Tempat pertama nak singgah adalah Pavilion. Sebab apa? Sebab aku tak pernah pergi. Hahahahaha... Dulu tapak PV tu adalah sekolah Bukit Bintang Girl School. Sejak bangunn sekolah tu wujud lagi di situ, aku dah selalu ulang alik depan dia. Sampai kene runtuh, sampai naik projek PV tu, aku dah pun bekerja area situ. Sampai dah siap pun PV, sampai dah jadi suatu yang sangat hebat, dengan eksklusifnya, dengan harga mahalnya... Dari ofis aku kurang 10 minit jika berjalan (ikut short cut dekat pejabat pos BB tembus dari Starhill). Tapi aku tak pernah pegi. Hehehehehe..

Singgah MPH BB plak dulu. Pun cari buku Sophie Kinsella gakkkk...

IKA dan ALONG kalu jumpa kengkawan mesti PV (selain KLCC) sebab tempat2 ni ada cinema dan foodcourt luas dan depa leh melepak situ lama-lama.

Makcik ni baru mai dari kampung semalam, okey.

Maka pergilah aku dibawa IKA. Macam mak-mak yang datang dari kampung jerrrrr... Aduhhhh. Semalam plan, lepas makan kat PV, IKA nak tunjuk jalan short cut untuk ke KLCC. Dekat dia kata. Tapi berjalan dalam PV jer dah buat aku lengoh kaki. Betullll.. tak larat aku. PV tu luas betul. Foodcourt dia pun nampak hebat tul. Last-last masuk PizzaHut jerrrr...

IKA dah gemuk, kan ALONG? hahahahaha! She blames her new jeans... elehhhhh!

Merah di mana-mana.

Mujur dia tak amik payung tu sekali.

Tu sebenarnya jeli, bukan kek ler ALIA.

“Kak ICHA janji, pasni kita mandi kolam”.


Makcik ni sekali lagi kekeliruan sebab tak tau nak makan mana dulu. Tapi pandai plak order “Lime Juice Fizz Asam Boi” or whatever-name-is tuh...

Kalu tak kerana adik-adik merengek tak sabar nak mandi kolam, harus lama lagi meronda dlm PV tu. Sempat lak masuk CottonOn semata-mata 2 pasang baju jer.

Rasanya ini jelah satu-satunya butik yang harga baju tak lebih dari RM100 kot, ada tu rega cuma RM15 jer... Yang lain? phiewwww! mehai ya amat!

Tapi, bila nak kuar... Prummmm..! Ujan selebat-lebatnya. Mujur ayaq mata ALIA tak lebat macam tu gak. KLCC kensel..! Apa nak buat untuk cover rasa frust adik?

“Lets tengok wayang lah Mak..” Ikut jer lah. So q-up kat GSC, mujur ada movie Melayu yang sesuai untuk adik. (Selepas beberapa tahun aku tak bawa adik-adik menonton). Tak kisah lah, asal dapat hiburkan adik dan sementara tunggu ujan berenti.

Tonton filem “Lu Fikirlah Sendiri — Nabil”. Ntah haper-haper, tapi oklah, sebab CHAK tergelak-gelak.

Cemana plak ler model tu bleh kacau aku punya sesi photo shoot? Uishhhh pi ler buat job kat sudut lain... :)

Gambar ada lebih, upload perabih semua. Padahal serupa jerrr.. hahahaha! Makcik ni nak tunjuk kat orang kampung dia aaarrr...!


Tamat jam 7.00pm terus balik rumah. Hilang rasa frust sekejap, tapi bila sampai rumah CHAK ungkit juga. “Mandi kat rumah lagi best lah..!” Tak pasal-pasal kena marah.


~...akhirnya Abang KASSIM berjaya ke final Raja Lawak 4 jua.. Yessss! Aku suka sebab loghat Utara dia bila berlawak buat aku tergolek-golek. Nasib ler sesapa yang tak faham bahasa Utara...!~



Sesungguhnya...

Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat berselawat ke atas Nabi.

Seronok sungguh mendengar ceramah dari Ustaz Nohrawi bin Marzoki semasa sambutan Maulidur Rasul di Sri Sabah Jumaat lalu. Aku dijemput datang bersama beberapa orang kawan dari YPN.

Walaupun bermula lewat setengah jam, tapi majlis sungguh seronok dan ada banyak nasihat dari Ustaz yang disampaikan dalam keadaan mesra dan sekali sekala kami tertawa dengan gurau sendanya (dalam telo Jawanya sekali sekala). Tayangan slidenya sangat ringkas tetapi jelas.

Antara lain yang juga best, kami berselawat dengan irama yang sungguh sayu dan mendayu. Sungguh menginsafkan. Irama yang aku belum pernah dengar di mana-mana pun. Rasanya Ustaz ni create sendiri irama selawat ini. Seperti mengaji yang sungguh sedap didengar apalagi mendendangkannya... Bergema dewan Sri Sabah bila kami berselawat.

Ustaz Nohrawi memulakan acara cukur jambul. 3 orang bayi berpeluang menyertai Cukur Jambul.


Aku pun dapat peluang melakukan Cukur Jambul. Comel jer anak-anak tu berbaju Melayu merah.

Cenderahati. Makan tengahari memang sedap. Nasi minyak berlauk Ayam Kurma. Tak boleh makan banyak sebab petang ada jamuan lagi di rumah SHIRA.

Di taman aku, Sabtu ini ada beberapa program termasuk ceramah dan pertandingan. Acara kemuncak adalah perarakan pada Ahad pula. InsyaAllah, aku akan sertai lagi.


~...perancangan Gathering Bloggers untuk Malaysia Book of Records, lokasi di Rawang. Makkk aiii jauh tuuu... Apa pengangkutan awam paling mudah dan paling hampir untuk ke sana?~


Apalah dosa dia...

Terkejut dan terkedu... Sayu membaca satu demi satu kisah arwah Syafia Humairah Sahari, 3 tahun yang meninggal jam 7.30 malam, 26 Februari, Jumaat lalu di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor. Punca? Dera....

Setiap kali kes sebegini terdedah, terpampang, kita akan rasa sedih pastu marah, kan? Beberapa tindakan pasti sudah mula digerakkan, samada kita sedar atau tidak.

Mengulas panjang pun kelak menimbulkan rasa tidak senang andai tersilap fakta. Wajar para pembaca membaca dari blog yang lebih tepat fakta. Aku yakin dengan fakta-fakta dari blog Sdr MAZIDUL (antaranya, ada lagi blog lain).

Kami sekeluarga melihat berita di TV3 dan IKA said, “What the he**? Mak dia bodoh ker aper?

Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya tentang kes ini. Cuma diharap, kita sebagai masyarakat (yang mengaku prihatin) supaya lebih cepat bertindak bila berhadapan dengan sesuatu yang mencurigakan seperti ini.


~...aku dok bayang, kalu aku lah yang berada di taman dan melihat anak itu ditendang, aku pasti akan tendang lelaki tu balik..! Dan bawa anak kecil itu lari bawak balik rumah...~


Thursday, February 25, 2010

Our last 6.30pm...

Petang tadi merupakan hari terakhir kami balik 6.30 pm. Yessss..! akhirnya tanpa disangka management menukarkan semula waktu bekerja.

Dolu-dolu kerja 8.00 am-5.00 pm atau boleh memilih shift lewat skit: 8.30-5.30. Aku pilih yang lewat skit, sbb pepagi kalut uruskan anak-anak pegi skulah, dan biasanya anak-anak suka bawa bekal.

Pastu, berubah lagi sebab kami tak berminat untuk kerja hari Sabtu yang cuma sekerat hari. Ok juga sebab loose jer rasa, tapi kalu sesapa yang apply cuti or "tercuti" pasti rasa rugi. So atas budi bicara, no more Sabtu tapi waktu kerja yang 5 hari tu dipanjangkan sehingga 6.30 pm dan clock-in 8.30 am. No more nak pilih-pilih shift.

Ya begitulah senario pekerja swasta (apa lagi berBOSkan warga UK). Ada banyak beza, ada banyak yang tidak sama, tapi sebab dah bertahun-tahun (sampai dah tua...), dah biasa sangat dengan budaya dan cara bekerja yang ada yang best, ada yang kekadang sakit gak jiwa bila musim angin melanda... Agaknya angin tu mengikut 4 musim di Glasgow kot... sekali fikir rasa benciiiii sangat, tapi 4,5 kali fikir rasa seronok plak.

2 hari lepas memo kuar lagi. Waktu bekerja menjadi 8.30-5.30pm sahaja. Yesssszaahhh! 1 jam kelebihan yang besar maknanya tuuu.. Especially bagi aku yang mengambil kira waktu balik hanya 7-10 minit sahaja. Ya, jarak ofis dan rumah tak jauh, tak pernah lebih 15 minit waktu pegi dan balik, so kalu dapat singkatkan sejam tu, memang ler sangat membahagiaaaaa kannnn... yuhuuuuuu!

Pasni rasanya dapat kot layan siri-siri kat tv yang selalunya menjadi kegemaran makcik-makcik kat umah tu, kan? :)

Sesi tayang-tayang

Kasut CROCS yang ALONG beli minggu lepas. Tersalah size, masa acu di kedai, elok jer bila pakai 2 hari ketat pulok, sampai melecet. So tukar yang baru. Cari yang bigger skit, tapi tak dapat same design, kene pilih yang lain. So dapat yang ini:

Mujur bleh tukar dalam masa 3 hari -- itu ler untungnya kalu beli yang ori dari butik jenama itu sendiri. Tapi, yang ini harganya murah skit RM139, tapi macam biasalah, perbezaan harga tidak akan dikembalikan. So, ALONG rugi RM30. Takper, janji puas hati...

~...Maggi Saya Sudah Kembang..!!~



Rai meraikan...

Esok kita bercuti umum lagi. Sambutan Maulidur Rasul. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari sambutan ini.


InsyaAllah, aku akan hadir di Majlis Maulidur Rasul di Sri Sabah bersama Anak-anak Yatim dan penduduk setempat. Ada beberapa program yang telah dirancang sehingga tengahari termasuk selawat dan ceramah. Pasti sepanjang hari esok, di mana-mana pun akan penuh dengan acara sambutan ini.

Aku copy dari Google sebab aku suka pic ni. Comel jer tengok anak-anak ni...

Rasanya di hari-hari lain juga kemudian nanti, akan ada juga sambutan, tidak semestinya pada esok saja, kan?

Aku pernah berkesempatan menghadiri sambutan di surau di tempat aku. Kami berarak sekeliling taman, (dalam pada tu, ada pula kumpulan berarak paling kemas paling segak dipilih menerima hadiah khas) dan memeriahkan surau Al-Falah dengan pelbagai program. Memang besttt..

Tahun lepas aku juga hadir di majlis sama di Sri Sabah (hadir atas komitmen). Best juga sebab ada sekali budak-budak khatam quran.

Sama-samalah kita menghayati semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Menyusuri teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula pembangunan semula satu peradaban. Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa, perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.



Sebelah petang esok, mungkin akan memenuhi jemputan hi-tea di rumah seorang kawan. Semalam aku dah beli bahan-bahan nak masak puding untuk dibawa bersama.

Terimakasih kerana mengundang.







~...ada program gathering bloggers yang besarrrrrrRRRR akan diadakan pada 6 Mac akan datang, organised by MAZIDUL, BRO HAZREY and frens. Hmmm... rasa macam 6hb tu diari aku penuh. Wuaaa!...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails