Saturday, March 6, 2010

Gathering Blogger @ Commonwealth Resort: Edisi Awal...

Pasti ramai blogger dah tahu tentang program Gathering Blogger pada hari ini di Commonwealth Resort bermula 12 tenghari yang dirancang oleh Sdr MAZIDUL (TV3) bersama 6 orang blogger lain sebagai Urusetia termasuk HAZREY Bapak Gula-Gula, Lord ZARA dan ONSCENE.

Pogram yang pada mulanya seperti sangat simple dan ringkas, akhirnya kelihatan sangat besarrrrRRRR... Dan akan dicatat dalam Malaysia Book of Records di mana menghimpunkan paling ramai bloggers.

Tema MERAH, wpun secalit. Adoiiii.. aku tak berapa sangat kaler MERAH ni, cuma ada selai, itupun kalu pakai aku akan nampak LEBIH HITAM dari yang sedia LEGAM nih.

Ini jer yang ada. T-Shirt tu baju anak. Hehehehehe....

Semalam baca persediaan mereka, wahhh siap ada polis akan berkawal, ada bomba juga hmmm ini dah kira dasat dah niii.. Dan memang pun plan cuma dirancang mereka tidak sampai pun 2 minggu. Beberapa hari sahaja. Ya, teknologi canggih pun banyak membantu menjimatkan masa.

InsyaAllah jika sampai nanti, teringin juga nak bertemu muka dgn blogger lain yang tidak kurang popular, si HAZREY yg aku selalu dok kutuk dia (harus kene mintak ampun nanti nihhh...), ZARA (dah sampai dah KL kot...katanya naik bas petang semalam dari Johor)..

juga ONDSCENE yang juga seorang journalist (jika salah maaf) jenayah. Aku rasa macam kenai dia nih, pernah kami terlibat sama dlm suatu program anak yatim di Sg Congkak pada 2005 dulu. Masa tu dia dgn 911 (or 991?) dan menyediakan pelbagai peralatan (flying fox, ular dll). Nick dia masa tu KERETABURUK (sahabat KLfm masa tu). Jika butiran ni salah, MAAF.

Apapun SYABAS kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Perhimpunan Blogger kali ini, yang lebih hebat dari yang pertama kali dulu di FRIM. Benarlah apa yang aku teka, pasti akan ada lanjutan perhimpunan dan pernah aku sarankan, buatlah lagi lebih besar selagi tidak menyalahi undang-undang. Terima dari sudut positif, pasti akan mendapat sambutan. Cabaran ini ternyata disambut oleh MAZIDUL...

Semoga perhimpunan ini berjaya dan dapat mengeratkan lagi persahabatan dalam suasana mesra lagi harmoni. Kita kan kaya dengan budi bahasa...? Jika malu berborak or memang tak pandai bergelak (macam AA ni..) senyum pun cukuplahhh.. AA suker tau tengok orang senyummmm...

Jumpa di sanaaaaaaaaaaaa....!




9 comments:

  1. Salam Azie..

    Azie pergi ye? Kakcik terikat dengan kekangan masa. Segan nak pergi sebab tiada apa yang boleh dibawa. Azie mesti buat puding, kan? Kalau macam kat FRIM dulu, sempat juga kakcik tempah roti Gardenia.. huhuhu....

    ReplyDelete
  2. Salam Kak CIK... InsyaAllah pegi bawa anak 2 orang, join ACU SAYANG..

    Hajat nak masak karipap tp semalam keja, malam tadi pi majlis kahwin. Tak sempat apa pun. Ya benar, cuma sempat puding jerrrr...

    ReplyDelete
  3. aiseh miss information la... tapi rasa tak ble g sebab nak servis keta. cam menarik je ajak la dorang buat kat ukm bangi ke nampak cam intelektual sikit supaya kita bule menyumbang sesuatu yang lebih bermakna untuk negara... cewaaah

    ReplyDelete
  4. tahniah la..:-) dapat bergathering lagi. Saya keja hari ni kak azie, teringin jugak nak ikut serta, reunion dgn ex-schoolmate yg scheduled hari ni kat mid valley pun tk dapat pegi..huhu.

    ReplyDelete
  5. Kak Zai missed lagi, ada hal yang tak dapat dielakkan.

    Semoga berlibur dan jumpa kengkawan alam maya.

    ReplyDelete
  6. aku sgt jeles dgn kaler MERAH kat sini..huhuhu :(

    ReplyDelete
  7. salam azie azah.. aktif betul.. merah itu menawan tau..

    ReplyDelete
  8. sungguh bagus, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapat rapatkan,

    salamm,

    ReplyDelete
  9. Kerap gak gathering gini. Kali ni sampai nak buat rekod... perghhh...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails