Monday, March 1, 2010

Apalah dosa dia...

Terkejut dan terkedu... Sayu membaca satu demi satu kisah arwah Syafia Humairah Sahari, 3 tahun yang meninggal jam 7.30 malam, 26 Februari, Jumaat lalu di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor. Punca? Dera....

Setiap kali kes sebegini terdedah, terpampang, kita akan rasa sedih pastu marah, kan? Beberapa tindakan pasti sudah mula digerakkan, samada kita sedar atau tidak.

Mengulas panjang pun kelak menimbulkan rasa tidak senang andai tersilap fakta. Wajar para pembaca membaca dari blog yang lebih tepat fakta. Aku yakin dengan fakta-fakta dari blog Sdr MAZIDUL (antaranya, ada lagi blog lain).

Kami sekeluarga melihat berita di TV3 dan IKA said, “What the he**? Mak dia bodoh ker aper?

Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya tentang kes ini. Cuma diharap, kita sebagai masyarakat (yang mengaku prihatin) supaya lebih cepat bertindak bila berhadapan dengan sesuatu yang mencurigakan seperti ini.


~...aku dok bayang, kalu aku lah yang berada di taman dan melihat anak itu ditendang, aku pasti akan tendang lelaki tu balik..! Dan bawa anak kecil itu lari bawak balik rumah...~


14 comments:

  1. salam azie,
    sejak 2/3 hari ini, inilah yg jd bahan cerita kami suami isteri... akak masih mengatakan salah emak safiyah.. takkan tak sedar jantan binatang tu perangai macam tu. Takkan lah tak pernah nampak safiyyah kena pukul... tak logik...
    sayangkan sgt jantan tu... sanggup berzina..

    ReplyDelete
  2. Salam AKAK..
    sungguh sedih... dan marah pada si IBU. Adakah dia takut kena dera juga?

    ReplyDelete
  3. aku rasa pompuan tu bergantung hidup kat jantan sial tu kot so dia takut nak ambek tindakan bila diugut.walau apapun alasan..dorang ni mmg sampah masyarakat sbb kalau safiyah hidup pun aku tak bole nak bayangkan dia akan jadi manusia yg macamana... :(

    kesian anak2 yg hidup dari broken famili ekk.

    ReplyDelete
  4. salam azieazah...abeli rasakan hukuman yang setimpal bagi orang yang dera tu ... letak tengah padang... terajang.. sepak ..tendang macam bola.. sampai mati... cabut buah pinggang bagi makan kat anjing liar... huhh sakit hati betul bila tengok berita tu kat tv.. dah la abeli kena kejar kat hantu garam...

    ReplyDelete
  5. ECHAH > tapi aku tengok family pompuan tu datang dengan keta Mercs tuh.. Tak abih pikiaq aku nih..


    ABELI > Kalu bleh soh Hantu Garam tu cekik jer Abg MAT cilakak tu, kan best?

    ReplyDelete
  6. salam buat azie...
    memang sedih dengar kes macam ni....zaman akhir ni banyak sangat kes yang diluar lingkup sedar terjadi....moga ia memberikan iktibar buat kita....

    ReplyDelete
  7. Salam Kak AA - sebeno beno nyer, mak mangsa asal orang Kuang. Cerita dari member sekolah dia (kebetulan jiran sebelah), mak dia memang terlalu 'sosial' masa sekolah lagi. Sumber yang boleh dipercayai.

    Lepas sekolah jer kawin dengan orang Sarawak, (ayah mangsa) dan dapat anak mangsa dan abangnyer berumur 7 tahun). Ayah mangsa masih dalam penjara (kes bunuh orang) dan tidak menceraikan ibu mangsa. Dan famili ibu mangsa memang tak leh nak kawal ibu mangsa lagi. Terlalu mengikut nafsu muda dan naluri keseronokan. Gitu ler jadi nyer hidup.

    Nasi dah jadi bubur baru nak menyesal. Tak tahu nak kata apa. Selalu berdoa, jangan lah benda gini terjadi pada anak cucu, kaum keluarga dan orang orang yang dikenali. Amin.

    ReplyDelete
  8. kesian :(
    skang byk khabar angin macam2 pasal kes ni.
    kes mak mangsa tu pun macam2 gak.belit2.
    tah la.
    tak faham dengan orang yang x da perasaan kasih syg dekat budak yang baru 3 tahun.huuhuhu +_+

    ReplyDelete
  9. kesian ooo Arwah nie.. hermm mak dia pon satoooooooo.. mentang2 PAKWE LAMA, ingat die leh buat sesuke ati kee.. hishh dah kne guna2 kot mak die tu.. humm!! marahh nie Kak..

    ReplyDelete
  10. PAKLONG > semoga sama-sama kita berusaha memperbaiki keadaan keluarga kita jua...


    ACIK > oh alkisahnya... Tapi bapa mangsa dok penjara dah 4 tahun dan tak jumpa2 pun isterinya. So, pelik nak teka arwah SHAFIYA ni anak siapa yang sebenarnya, kan?

    ReplyDelete
  11. EJAA > Sama-samalah kita ikuti apa kesudahannya. Atau tiada kesudahan?



    SHAHRUL > Pekabar dik? Lama tak kelihatan...:)
    Marah? Kita wajar untuk merasa marah kepada perkara-perkara sebegini dik...

    ReplyDelete
  12. Sampai kini apakah ibunya masih tidak didakwa!..

    Sedang khabar angin terus mengatakan ibunya simangsa memang bersekedudukan!.

    ReplyDelete
  13. Bang IDAN > benar. Kes ni masih berlangsung dalam siasatan. Dan masih panjang lagi kisah keluarga ni...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails