Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat berselawat ke atas Nabi.
Seronok sungguh mendengar ceramah dari Ustaz Nohrawi bin Marzoki semasa sambutan Maulidur Rasul di Sri Sabah Jumaat lalu. Aku dijemput datang bersama beberapa orang kawan dari YPN.
Walaupun bermula lewat setengah jam, tapi majlis sungguh seronok dan ada banyak nasihat dari Ustaz yang disampaikan dalam keadaan mesra dan sekali sekala kami tertawa dengan gurau sendanya (dalam telo Jawanya sekali sekala). Tayangan slidenya sangat ringkas tetapi jelas.
Antara lain yang juga best, kami berselawat dengan irama yang sungguh sayu dan mendayu. Sungguh menginsafkan. Irama yang aku belum pernah dengar di mana-mana pun. Rasanya Ustaz ni create sendiri irama selawat ini. Seperti mengaji yang sungguh sedap didengar apalagi mendendangkannya... Bergema dewan Sri Sabah bila kami berselawat.
Ustaz Nohrawi memulakan acara cukur jambul. 3 orang bayi berpeluang menyertai Cukur Jambul.
Aku pun dapat peluang melakukan Cukur Jambul. Comel jer anak-anak tu berbaju Melayu merah.
Cenderahati. Makan tengahari memang sedap. Nasi minyak berlauk Ayam Kurma. Tak boleh makan banyak sebab petang ada jamuan lagi di rumah SHIRA.
Di taman aku, Sabtu ini ada beberapa program termasuk ceramah dan pertandingan. Acara kemuncak adalah perarakan pada Ahad pula. InsyaAllah, aku akan sertai lagi.
Kak Azie..Rawang tu kat mana??
ReplyDeleteZureen dah berzaman tak naik bas..
Salam kak,
ReplyDeleteSaya terperasan akak pakai jam kat tangan sebelah kanan. Kita sama. hehehe
Salam 1 Mac kak.
=)
tu la kak...
ReplyDeleteterasa jauh nye nak ke rawang tu..
emm...frust nye if x dpt ikut..
Hi Azieazah
ReplyDeleteKot tahu azie pandai cukur jambul, pasti saya minta tumpang cukurkan jambul cucu saya kat majlis tu (tp kena share belanja kendurilah, kan?). Hari ni dia 17 days old! Majlis2 macam tu memang menyeronokkan. Juga meningkatkan semangat hidup berkomuniti kita. Salam bahagia.
ZUREEN > Kak Azie pun tak tau kat mana lokasi sebenar di Rawang. KM23 kot rasanya. Lupa lak. ZUREEN klik kat blog MAZIDUL, ada kat side, maklumat lengkap tu...
ReplyDeleteIRIS > Salam. Kak Azie memang sejak dolu pakai jam tangan sebelah kanan sebab Kak Azie ni KIDAL. Buat apa pun guna kiri, terutama menulis, so bila jam sebelah kiri gak, ia selalu mengganggu, so jam kena dok sebelah kanan aaarrr...
Salam Bang TEMUK > Ya saya ada baca kisah Bang TEMUK baru terima cucu. Saya pun baru belajar jer Bang. Kenalah belajar, maklum kita ni makin tua...
ReplyDeleteACU SAYANG > Kak Azie dah jadi 50-50 dah ni...
ReplyDeletenak kerawang paling mudahnaik komuter ajer
ReplyDeleteMAMAI > thanks, idea. Tapi dari Rawang komuter stesen tu nak ke hutan (lokasi gathering) cemana plak tuh... Tak leh nak bayang berapa jauh tempat tuh.. Macam nak masuk hutan jerrr...
ReplyDeletecukur jambul? pengalaman menarik tu kak...
ReplyDeleteSalam Azie,
ReplyDeleteUstaz Nahrawi Marzoki tu dulunya ustaz yg terlibat masa akak ikut package haji ke Mekah tahun 1992. Ada kisah menarik ustaz tu...
(Masih berceramah lagi rupanya...)
SITI MURNI > Pengalaman pertama Kak Azie tu.. Kenalah juga belajar..
ReplyDeleteAKAK > Oh kenal rupanya dgn Ustaz tu yer. Cuma Azie tak sempat tanya, dia kerja mana (I mean jabatan mana...). Apapun memang bestlah ceramah dia. Dia juga menulis beberapa buku panduan keluarga.
Yang nak tergelak, siap leh mengaku “isteri saya lebih dari 1, tapi lum cukup 4.” Ntah betul ntah bergurau... hehehehehe!
ehh...ngape tak ajak abe temankan gi rawang tu?
ReplyDeleteECHAH > Utk pengetahuan hang, TOKLAKIku tak berminat hal-hal gathering ni. Jarang dia nak ikut. Kalu dia ikut kira nasib baik. Tapi dia tak kisah kalu aku pegi, sbb aku pun jarang ada peluang join. This time aku cadang nak bawa anak aku 2 orang pi... Masih dok fikir2 lagi nii...
ReplyDeleteAzie,
ReplyDeletekisah ustaz beristeri lebih kami memang sedia maklum... kebetulan isteri yg dikahwininya sama-sama dgn kami pergi haji tahun 92... itulah ceritanya... :-)
AKAK > oh alkisahnya. Saya seronok bila Ustaz tu bercerita tentang dia selalu buat makan bersama keluarga, jemaah dengan anak menantu cucu...
ReplyDeletesalam kak azie... nak tanya sket, kak azie ni orang kedah ke perlis?
ReplyDeleteMemang tak ada can nak gathering, tak ada kenderaan, awal2 pagi lagi Avanza dah hantar servis!. emmm! nampaknya lupakan saja...
ReplyDeleteKalau ada kenderaan/van/bas kosong kontaklah saya...
Saya dulu pun suka sangat jam empat segi, mana-mana kedai jam cari bentuk empat segi. Paling lama pakai jam empat segi jenama Orient. Payah nak cari bentuk empat segi banding bentuk bulat.
ICE > Salam..
ReplyDeletekedua-dua negeri tu salah.. hahahahahah!
sila teka lagi...
Bang IDAN... kapalterbang kosong jer yang ada Bang.. hehehehe
ReplyDeleteNi cemana leh timbul citer jam tangan plak niiii...Saya tak kisah, semua saya pakai, memang saya minat jam tangan..
Cuma yang 3 segi jer saya belum beli..:)
salah ek??? tak jadi laaaa tanya soklan seterusnya... keh3
ReplyDelete