Friday, March 5, 2010

Alice in Wonderland 2010 vs Cerita Rakyat...

Bagi peminat wayang, pasti tidak sabar menantikan filem ini yang bakal memeriahkan (bleh ker guna ayat ni?) panggung pada 11hb Mac nanti.

Haritu IKA said, nak belanja aku pi tengok filem ni. Memang best.


Asalnya dulu, ianya hanya bed-time story tapi sekarang difilemkan, dikomersialkan dan menjadi sungguh menarik. Sesuailah ditayang minggu depan, sebab cuti sekolah bakal bermula.

Ya aku pun yakin filem ni pasti best. Apatah lagi aku sejak dolu-dolu minat jugak dengan si JOHNNY DEPP ni. Sejak dia remaja lagi. Sejak dia top dari siri 21-Jump Street. Kemudian dia semakin terkenal sebagai pelakun filem. Antara filem dia yang juga aku sempat tonton adalah Edward Scissorhand, Charlie and the Chocolate Factory, Pirates of the Caribbean (ada banyak siri kisah lanun nih...)

Rasanya kalu aku berpeluang pegi tengok filem ni, adalah kerana tarikan kepada JOHNNY DEPP itu sendiri, dan dari segi seni filem itu, yang penuh warna-warni (citer kanak-kanak, kan...)

Sedikit ringkasan:
Alice's Adventures in Wonderland (commonly shortened to Alice in Wonderland) is an 1865 novel written by English author Charles Lutwidge Dodgson under the pseudonym Lewis Carroll. It tells the story of a girl named Alice who falls down a rabbit hole into a fantasy world populated by peculiar and anthropomorphic creatures.

Ada banyak bab dalam kisah Alice in Wonderland nih, ntah mana satu yang bakal ditayang, aku pun tak tau. Sebab aku jarang didedahkan dengan kisah-kisah fairy tale omputeh ni. Ada takda pun, citer Snow White, Cindarella dan 2,3 citer jer. Sebab masa skulah rendah dulu, aku banyak didedahkan dengan kisah Pak Pandir dan Lebai Malang, Nujum Pak Belalang, Arnab & Kura-kura, Bawang Putih Bawang Merah, Sang Kelembai...... Juga kisah-kisah rakyat lain, yang ada setengah tu seperti tidak masuk akal, malah tidak relevan lagi untuk diceritakan kepada anak-anak zaman sekarang.


~...sekali sekala kalu duk berimpun, bercerita pasal citer dongeng ni dengan anak-anak, best tauuuu....~


13 comments:

  1. nampak cam best.. penuh fantasi.. napa orang kita tanak buat filem fantasi kanak-kanak orang melayu... ok apa?

    ReplyDelete
  2. Ada juga, tapi siri kat tv. Kurang menepati dari citer yang kita dengar dulu, dari mulut ke telinga...

    Apapun harus gak dipuji filem animasi PUTEH (rasanya diterbitkan oleh KRU) di mana Erra dan M.Nasir meminjamkan suara..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie..

    Kita pun minat sesangat kat Johnny Depp ni.. terutama cerita tangannya yg jadi gunting tu... hensem bangat dehhhh

    ReplyDelete
  4. Azie,
    cuti sekolah lagi seminggu, best jugak bawa anak2 gi tenguk wayang...
    dapat idea....

    ReplyDelete
  5. memang nak gi tengok....
    tunggu cuti sekolah

    ReplyDelete
  6. saya minat seksgt kat johnny depp... encemnyer...

    ReplyDelete
  7. Sis... ada orang kata muka Adzam macam Jhonny Depp tau! Orang yang kata tu memang jujur reputasinya tau!

    ReplyDelete
  8. salam buat azie..
    tak berapa tahu la citer tu...kita kalau citer usop sontorian tahu ler..hehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau tak salah teman, filem ini ber genre filem black comedy kan? Mungkin tak berapa sesuai untuk kanak-kanak kot?

    ReplyDelete
  10. ckp pasal kisah rakyat, trus teringat arwah paknjang leman.sbb dia yg plg byk menceritakan kisah rakyat kt kami kazen-mazen.wlaupun rmi yg dh pndi baca,tp still nak jugak dia yg cerita.semoga dia tenang di sana.amin!~

    ReplyDelete
  11. IKIN > Memang Arwah PAKNJANG LEMAN adalah penglipur lara. Dia suka buat citer rakyat, yang kadang2 bukan betul semua pun. Rekaan dia jer, tapi itulah yg paling seronok....

    ReplyDelete
  12. Si Afiz dah tenguk, katanya ceritanya agak mendatar & boring sikit.

    Saya pun hilang minat nak tenguk, Aziq sibuk dengan kekawannya nak tenguk di pawagam yang ada 3D.

    ReplyDelete
  13. Bang IDAN... tak tercapai jugak hasrat saya nak pi tonton filem ni. Tak sempat, sibuk betul. Anak sulung dah tengok dah, yang 3D. Budak2 sekarang memang lebih advance dari kita...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails