Sunday, January 19, 2014

Tazkirah: rahmat untuk wanita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
19-01-2014


Ni cerita petang semalam. Walaupun saya bekerja separuh hari dan sampai rumah dah 3:00pm, sedikit penat tapi saya tetap pergi ke majlis ilmu di surau taman saya. Bermula dengan solat Asar berjemaah, kemudian terus berganjak ke ruang dewan untuk ceramah khas untuk kaum wanita.

Lupa saya nak tanya sekali lagi apa nama Ustazah ni. Disebut oleh AJK majlis, tapi saya lupa nak catat. Isi ceramah saya buat nota ringkas dalam hp (lupa bawa buku nota), tapi silap tekan apa ntah, semua notes hilang.


Kedudukan wanita dalam Islam. Sejak zaman Jahiliah dan hingga hari ini, kaum wanita melalui begitu banyak perubahan. Paling ketara kedudukan wanita Islam dalam masyarakat. Ada banyak isu yang dikupas oleh ustazah ini.

Menarik dan rasa sangat berbaloi. Ustazah merupakan seorang tenaga pengajar jadi cara berceramahnya seperti murid dan guru walaupun dia kata, dia masih banyak tidak tahu dan ini adalah suatu perkongsian bukan kerana dia lebih pandai.

Banyak sekali perkongsian tentang rahmat Allah kepada kaum wanita.


Sambutan MaulidurRasul di taman saya bermula sejak pagi sebenarnya, untuk selama 2 hari. Kerana saya kerja, saya tak join pun gotong-royong di surau.

Walaupun saya kurang berpeluang join banyak program di surau, (berbanding mereka yang suri rumah sepenuh masa), tapi saya tak kisah pun hadir walaupun seorang tak perlu ada geng pun. Sejak dulu pun, saya tak pernah rasa terasing kalu hadir wpun saya tak pernah buat janji dengan sesiapa. Sapa yang saya jumpa nanti, depa lah kawan saya.


Berselawat ke atas Nabi s.a.w. ada suatu ibadah. Menunjukkan rasa kecintaan kita kepada baginda, yang membawa cahaya Islam kepada seluruh umat...




 ~...semoga dosa diampun setelah tangan bersalam, tapak bertemu tapak dan selawat diucap lalu terpisahlah segala dosa sesama manusia...~




Friday, January 17, 2014

Kantan tak turun harga?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
17-01-2014

Cuti umum Thaipusam bagi beberapa negeri. Tapi saya pun tak pasti negeri mana lagi yang terlibat. Yang pasti kami cuti.

Semua bebudak ada kat rumah dan makan beramai-ramai (wpun yang masaknya saya sorang) adalah agenda yang harus diadakan dan tiada seorang pun boleh tercicir.

Tapi selepas yang lelaki balik dari solat Jumaat, ALIA tak ada sebab kuar beli barang Biologi dengan kawan. Takpa, makan tetap makan.

Dalam orang sibuk perkataka tentang sayur kangkung yang cuma secekak lima kupang di Pasar Pudu, saya malas nak tulis apa-apa. Jemu.

Sekarang ni kepala otak dok ingat nak cuti lagi... dan lagi.

Tayang-tayang:


Bunga Kantan tengah bermusim sekarang. Tapi macam biasa, dah tak murah macam dulu. 2 kuntum sebegitu saya dapat RM2. Tu kira murah dah banding mini market jual 2 kuntum sampai RM3.50.

Lama tak buat Laksa (Laksa Kedah yang resepinya ambil dari orang Sarawak) dan kebetulan last Sabtu adalah off-day saya, sangat sesuailah memuaskan tekak sepanjang hujung minggu 2 hari itu.


Laksa Kedah saya tak lengkap bumbu hiasannya tapi rasa tak pernah derhaka. Tetap seperti yang dihajatkan.

*Link untuk resepi saya pernah tulis di entri ini...

Petang ni nak rebus ubi kayu!



 ~...peluang untuk melepaskan diri dari jelingan HISYAM sepanjang diberi ruang untuk menyendiri tidak pernah menggembirakan SERI BULAN kerana baginya bersendiri adalah lebih bermakna apabila HISYAM ada bersama walaupun nanti mereka akan berbalah bagai tiada benda yang parah dan tiada siapa yang akan mengaku kalah...~




Thursday, January 16, 2014

Saya tahu, buku yang banyak saja bukan jaminan untuk lulus...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
16-01-2014


Takda ibubapa yang mahu anak depa gagal. Kalu bleh semua nak anak depa jadi orang pandai. Bila pandai, dapat kerja baguih... cerah masa depan. Jika ada peluang boleh balas jasa orang tua. Dan orang tua pun tak la rasa penat sangat bila dah tua nanti.

Btw, lebih dari itu sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab kita. Anak-anak berhak mendapat pelajaran, pendidikan sebanyak yang boleh, hak untuk bersekolah, hak untuk diberi peluang mendapat pendidikan setinggi yang mampu...

Lalu lately banyak la kita dengar, parents berabis beratus-ratus walaupun baru setakat pra-sekolah. Bagi yang mampu takda masalah untuk hantar anak ke tadika swasta bagi jaminan pendidikan awal. Apapun, bagi yang mampu  hantar ke pra-sekolah kerajaan pun dah kira baguih.

Yang anak setakat sorang dua, masih boleh mengawal bajet. Tapi kalu anak sampai 5,6 yang belajar serentak.... hmmm saya faham. Itu belum lagi dikira dengan sekolah agama.. or dicampur dengan kelas lain mengikut minat anak. Kelas komputer, or mungkin kelas piano?

Usaha dan gigih depa pun antara yang menyumbang jaminan untuk berjaya. Faktor lain pun banyak lagi, tapi saya rasa semua orang faham. Semua orang mengerti.


Sebahagian buku rujukan yang saya sediakan untuk Chak dan Alia. Tahun ini tinggal depa berdua saja yang masih bersekolah.


Ada terlalu banyak pilihan buku rujukan di pasaran. Yang mahal yang murah. Yang cantik yang biasa. Paling penting adalah isi dalam. Tentulah pula kita mahu bebudak ni selalu selak buku ni untuk rujukan dan latih tubi. Buku ni kalu cantik sampai hujung tahun... sendiri faham lah!



Ya.. Alia dapat aliran Sains tahun ini, Tingkatan 4, masih sekelas dengan anak blogger tersohor, ‘Pakcik’ tu.

Sekarang ni, saya selalu sound direct jer kat bebudak ni. Bila depa selalu puji, samada kereta cantik mewah or rumah banglo besar bagak bertingkek-tingkek (dalam tv), saya akan kata, “Orang tu rajin belajar. Kerja bagus, gaji besar. Sebab tu dia dapat keta besar rumah besar.”

Saya harap motivasi sebegitu akan memberikan kesan.

Tiap orang ada caranya tersendiri.

Syabas kepada ibubapa di luar sana yang mana anak-anak mereka menjadi anak yang pandai, cemerlang dalam pelajaran dan kemudian bekerja hebat. Jangan lupa asal usul sudah la ya...





 ~...walau ramai tidak pernah tahu HISYAM adalah pemegang dua ijazah dan saat di kampus kali pertama bertemu dengan SERI BULAN dalam acara malam Jamboree, tidak juga sekali pun HISYAM ingin orang lain tahu tentang kebolehannya dalam silat bangsa bermata sepet, kerana bersikap ayam jantan bukan sifatnya namun apabila dia pernah terlatah melompat Pak Utih sudah tahu pencak rentaknya bukan sembarangan...~




Wednesday, January 15, 2014

Apa yang orang dapat dari blog saya?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-01-2014


Dalam 2,3 hari ini ada beberapa perkara yang saya nak simpan di sini:

1. Seorang kawan lama yang dah bertahun tak pernah berhubungan lagi, tak pernah jumpa lagi... tiba-tiba mengirim pesan, memberitahu dia termimpi saya. Lalu dia menyuruh seseorang beritahu saya akan hal itu berserta kata maaf. What? Jika mahu tahu pasal saya, boleh jer skodeng blog saya.

2. Seorang kawan lain, tiba-tiba Whatsapp bersama berita mengejutkan. Sudah single. Berita pasal perceraian ni yang saya tak gemar ni...

3. Saya bekerja separuh hari pada Senin lepas kerana pada Ahad, kad ATM bank saya kena telan. Ya saya cuai. Lalu urusan tetap kena buat (kan gaji awal, bulan ni?).

Saya tak tahu kenapa saya dapat kad platinum... padahal debit card jer pun.

Tapi seorang rakan sekerja boleh kata, Awak duk Ampang, kenapa masih nak datang half day jauh-jauh ni? What? Kalu urusan cuma sejam dua, kenapa nak ponteng seharian? Itu bukan saya.

4. Saya perasan, sekarang ni ada banyak benda saya boleh jadikan bisnes. Hahahaha...
Saya suka makan maruku pagoda. Bila saya makan di opis pun ada orang minat nak beli. Saya order ikan masin dari kampung, wahhh... ramai juga yang berminat nak beli. Saya guna bekas air dari tempat keja Ika, ada juga yang minat nak beli sama.


Ini kad kerja saya. Guna card holder baru yang Ika belikan di tempat kerja dia. Agak mahal sebab leather.

Pun ada yang berminat nak beli juga.

Hmmm... kalu saya mark-up sedikit harga, itu bisnes namanya, kan?

5. Lately juga, macam berjangkit lepas sorang sorang kawan-kawan blogger mula menutup blog. Masing-masing ada alasan tersendiri. Ada juga alasan itu yang saya juga rasai tetapi saya cuba untuk bertahan kerana saya masih rasa kuat untuk terus jadi cool. Kunun!

Tetapi, kemudian saya terfikir apa agaknya yang orang dapat dari blog saya? Bukan blog resipi bukan blog ilmiah. Tidak mahu digelar syok sendiri selamanya, saya hanya ingin berkongsi. Saya harap itu adil dan tepat buat saya.

Terimakasih kepada yang membaca.




 ~...bila Pak Utih bertanya setelah mengira hari dan purnama tempoh HISYAM dan SERI BULAN berada di Kampung Separuh Desa, HISYAM hanya mampu memandang mata SERI BULAN mengharap sokongan jawapan kerana apa yang dirasainya tidak mahu nampak seperti sentap tetapi tetap dan tidak juga mahu terasa akan dihalau kalaupun mungkin tidak akan dipulau...~




Tuesday, January 14, 2014

Segala puji ke atas Nabi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selasa
14-01-2014


Salam Maulidur Rasul. Cuti.

Manfaatkan sebaiknya.

Sambutan di taman saya bakal diadakan pada Sabtu dan Ahad nanti.

Ramai yang dah tak sabar nak join perarakan nanti.

Segala puji-pujian ke atas junjungan Nabi kita Nabi Mujammad s.a.w.






 ~...HISYAM gelabah mencari samping yang hilang...~




Sunday, January 12, 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah: keputusan dijangka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
12-01-2014

Ahad yang segar lagi bercahaya. Kerana semalam Sabtu adalah hari off saya dan tidak terlibat dengan OT lalu kami ke pasar semalam dan hari ini dapat rehat lebih sikit.

MyToklaki terlibat dengan gotong-royong di surau dan persiapan untuk Maulidur Rasul nanti, si bini kat rumah mengemas dan ambil peluang untuk tonton sekali lagi (ulangan) Final Mimbar Pencetus Ummah (PU).

PU telah menjadi suatu fenomena dalam dunia dakwah. Sebuah rancangan 'reality show' terbitan Astro yang sangat bijak. Tepat pada masa. Ketika dunia hari ini bergelut dengan pelbagai masalah dalam akidah dan masalah sosial masyarakat jahil dan mudah terpengaruh (termasuk la kes ajaran sesat)... PU menjadi sebuah program yang wajar dipuji.

Semoga pendakwah pelapis yang dilahirkan melalui program ini terus menjadi pendakwah cemerlang. Untuk kita, untuk generasi kita.

Saya rakamkan beberapa pic untuk sesiapa yang belum berpeluang menonton or sesiapa yang tiada langganan Astro di rumah.



Rata-rata penonton pasti tidak boleh lupa tentang selingan tazkirah pendek oleh pengacara tetap PU iaitu Ustaz Dr Riduan Tee Abdullah yang bertajuk IBU. Berkisah tentang ibunya yang sehingga akhir hayatnya tidak sempat memeluk agama Islam.

Ramai yang menitiskan airmata walaupun tazkirah itu pendek tapi sangat-sangat berkesan.


Apatah lagi kemudiannya Dr Riduan menyanyi beberapa baris lagu Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu (lagu Aisyah)... ahhh sedih!





Dewan UIA dikatakan penuh dan ramai yang tidak dapat masuk menonton.




Juri tetap:




Dato' Haji Aznil Hj Nawawi menjadi juri jemputan.


Rahmat, wpun peringkat awal menjadi peserta dengan undian tertinggi, tetapi beberapa kesilapan malam itu meletakkan beliau di tangga ke empat. Takpa, dia masih muda perlu banyak belajar lagi. Semoga terus menjadi icon remaja yang berjaya.


PU YOEP, bawak kambing naik atas pentas, dan banyak berlawak yang pada saya, ada ketika macam tak sesuai pulak.



Kemenangan PU Shahul sebagai naib dan PU Hafiz sebagai juara telah saya jangka. Persembahan mereka mantap dan meyakinkan. Pilihan tepat!

Semoga program sebegini akan terus memberikan keinsafan, ilmu dan kesedaran kepada kita semua, serta generasi kita akan datang.

Tahniah kepada tenaga produksi program Pencetus Ummah...!





 ~...ramai warga Kampung Separuh Desa tidak pernah menjangkakan di sebalik wajah tenang berkarisma HISYAM dan di belakang gelak tawa suka mengusik orang itu dia sebenarnya seorang yang sangat teguh dan berkeyakinan tinggi sehinggakan bila ditolak menjadi imam pun dia tidak bantah tetapi bila SERI BULAN mencabar untuk bernikah dia marah bukan kepalang...~




Saturday, January 11, 2014

Keywords “yang ingin kukongsi”: aperkebendenya nih?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
10-01-2014


Sibukla pula hari ini. Sibuk ntah apa-apa.

Saya teragak nak semak Nuffnang. Ada ler sikit peningkatan. Then tengok Keywords. Ntah apa-apa ntah yang dicari orang.

Tergolak saya.


"Buah kundang beli Kuala Lumpur"??

Lawak! Lawak!



 ~...HISYAM, tunggu sekejappppp...~




Friday, January 10, 2014

Realiti Pencetus Ummah: sekurang-kurangnya ada usaha...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
09-01-2014


Walau semakin hari semakin ramai yang meminati bercampur dengan segelintir orang yang mula mendakwa-dakwi dan menuduh itu-ini, setidak-tidaknya program realiti Astro Oasis Pencetus Ummah (PU) ada suatu program yang sangat bagus dan wajar disokong.


Dalam keadaan masalah sosial dan masih ramai yang jahil, kita didedahkan dengan begitu banyak ilmu. Dari insan muda, pelapis para pendakwah yang sedia ada.

Malah ramai sudah melihat golongan pendakwah bagaikan selebriti yang diminati, dan tidak salah menjadi ikutan. Ikon yang baik untuk menarik ramai orang (terutama yang muda) untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Hampir setiap hari saya dengar tentang PU ini di radio Sinar.fm termasuk dok dengar temubual langsung dengan PU (terutama finalist) yang dijemput khas ke konti.

Menarik sekali mengenali mereka walaupun saya tak sempat tengok setiap episod secara langsung. Selalu tengok tang ulangan saja.

Lalu, tiada seorang pun yang saya nak teka sebagai pemenang or tiada seorang pun saya letak sebagai favourite. Bagi saya, niat dan matlamat mereka menjadi PU untuk yang lebih penting. Semoga mereka yang bertanding, terus menjadi pendakwah berjaya. Untuk generasi kita...



Status saya di FB tengahari tadi.

Bayangkan, seorang pendakwah muda, bergelar Ustaz, bijak dan betah, ada karisma. Ditambah beberapa kriteria tambahan seperti mempunyai kehandalan, pemegang Tali Pinggang Hitam (taekwando la tu kan?).... hmm berapa ramai agaknya anak gadis megimpikan lelaki sebegitu sebagai pasangan hidup?

 Hmmm dalam novel bolehlah kita jumpa.. realitinya jika ramai lelaki sebegitu, takda bagi hantaran pun takpa! Ahaks!




Oh ya... jangan lupa malam ini Malam Final Pencetus Ummah, di Astro Oasis 106.






 ~...ramai tidak pernah melihat suatu sisi dalam diri HISYAM yang bukan sahaja pemegang talipinggang hitam ‘2 done’ kerana sejak kali pertama jejak kaki di jeti pinggir Sungai Menghijau Lumut, dia tidak pernah ingin ada yang tahu bahawa dia juga pernah berada di negara empat musim bertahun-tahun paling mujur dia tidak pernah lupa buminya masih ada sawah bendang juga masih ada SERI BULAN yang masih mengambang...~




Thursday, January 9, 2014

Mari bergoyang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kamis malam Jumaat
09-01-2014


Dato’ Dr. Mohd Fadzillah Kamsah kata:
Orang yang bahagia tidak semestinya bergelak ketawa,

tapi

orang yang sentiasa bergelak ketawa dan gumbira, insyaAllah akan bahagia.

Setuju?


Tayang-tayang:


Sarapan saya pagi ni: Kuih Sagu @ Kuih Goyang. Orang bagi. Jom goyang! Ewahhhh...!





 ~...bila HISYAM mencari SERI BULAN dengan kadar segera semata-mata untuk mengadu beberapa rasa hati termasuk amarah dan sedih cuma airmata saja yang belum tumpah, Mak Utih terasa hendak memasang telinga mendengar segala kisah tetapi sudah menjadi lumrah SERI BULAN tidak mungkin meletak orang lain di tengah-tengah antara mereka...~




Wednesday, January 8, 2014

Tanah runtuh di Bukit Tunku: nyaris terkencing dalam keta...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-01-2014


Dah masuk minggu ke-2, kerja agak berkurangan di bahagian kami, lalu sudah seminggu lebih, kami dibenarkan balik seawal jam 5:00pm tanpa OT.

Jumaat lepas, kami stuck di sepanjang jalan Seksyen 8 (short cut sebelum masuk Sprint Hiway). Jem yang tidak dijangka langsung. Lalu tiba di Ampang menjelang jam 7:00pm.

Tapi semalam petang adalah sangat mencabar kesabaran.

Kerana kami keluar sharp 5:00pm dalam keadaan cuaca sangat mendung, tapi hujan belum turun jadi tiada sebarang jangkaan yang dapat diagak. Wpun MyToklaki sms bagitau langit sangat gelap area Pandan saya lihat itu fenomena biasa sebab tiap petang memang ujan kan?

And, masuk saja Semantan, hujan lebat dan trafik mula perlahan, then sampai saja area Bukit Tunku (Lebuhraya Mahameru) terus berhenti tak gerak. Rupanya jalan ditutup sebab tanah runtuh. Again? Sejak saya kerja KD, ini kejadian tanah runtuh kali ke-3. Jika kami sempat mendengar berita, memang kami akan ambil laluan MRR2 (rasanya tanah runtuh berlaku selepas jam 5:00pm).

Semua kereta laluan (di sebelah kiri sahaja) dilencongkan ke Bukit Tunku dan menyusur bukit keluar melalui Jalan Putra (kalu tak silap) menempuh Jalan Raja Laut (depan Yaohan). Menempuh jem teruk dan berebut lorong dengan bas untuk masuk semula ke Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, AKLEH menuju Ampang.

Kawan si pemandu saya sudah tak tahan dengan karenah trafik, potong barisan dll... bercampur dengan dia tak tahan rasa nak terkencing. Alahai... kesian sungguh. Mujur la bila masuk saja Jln Tun Razak laluan lancar, dan kami tiba di Ampang kira-kira 7:30pm. Hmmm... 2 jam setengah! Mujur takdak kes terkencing dalam keta. Hah hah hah!


Pic kejadian. Kredit to blogger Kakcik Seroja. Pinjam pic dari FB beliau.

Mujur juga kami berada di laluan atas (tidak di Jalan Mahameru), jadi kami terus masuk lencongan mengikut arahan polis trafik. Jika berada di area depan runtuhan? Berapa masa diambil untuk U-turn?  Itu pun jika boleh U-turn...




 ~...tiada siapa juga dapat menduga pada malam hujan renyai itu, HISYAM tidak langsung pulang ke Kampung Separuh Desa setelah seharian keluar menuju pekan kecil yang diyakini tidak akan sesat tetapi SERI BULAN tahu temannya bukan sahaja sesat tetapi juga seakan terlupa jalan pulang kerana ada naluri menyebut dia memang akan dibomoh orang....~




Tuesday, January 7, 2014

SY: anak masuk tadika pun boleh lintas langsung, ko ader?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
07-01-2014


Salih Yaacob, suatu nama yang sudah lama bertapak dalam industri hiburan. Sejak 70-an lagi. Naik turun, tenggelam timbul. Tapi seingat saya, belum pernah saya membaca sebarang kisah buruk or rekod peribadi beliau yang tak enak. Walaupun kenal nama dia sejak zaman sekolah, tidak berapa banyak tapi setidak-tidaknya dia tidak pernah membawa imej yang negatif.

Selaku pelakun, penyanyi (ada 6 album kalu tak silap), tidak pernah pula menang apa anugerah besar pun (ada ker takda, saya tak pasti bab ni), pelawak yang sedang-sedang saja di peringkat awal dulu... then menghilang kerana dikhabarkan sakit... then kemunculan beliau dengan suatu bakat yang semakin cemerlang.

Lalu nama Salih Yaacob memuncak sedikit demi sedikit seolah-olah beliau menggilap bakat yang terpendam. Belum lagi masuk kisah dia bernikah lebih dari satu... sehingga kemuncaknya beliau melengkapkan kuota seorang lelaki dalam perkahwinan. Dalam hal ini, saya harus tabik dan kagum. Saya yakin beliau menghadapi cabaran tersendiri tetapi beliau ternyata seorang yang sangat bertanggungjawab. Tabik!

Semalam saya dah dengar tentang depa dok (depa tu merujuk DJ Sinar.fm) yang dok ulang-alik buat lintas langsung tentang anak Salih Yaacob masuk tadika. Lawak la pulak, bila Dato Dr Fadzillah Kamsah boleh tanya, “tu betul ke accident?”

Then Salih yang memang cekap menjawab spontan, “Tu konfiden!”

Hahahaha... itu la selalu saya tergelak macam orang gila kat tempat kerja sebab tetiba jer boleh gelak padahal dengar radio kat earphone sendiri jer. Orang sebelah dah tak heran dah.

See.... anak dia masuk tadika (dan nangis-nangis) pun boleh menjadi satu segmen khas di Sinar Pagi, dan 3,4 kali depa dok lintas langsung, sampai boleh interbiu cikgu sekolah tadika tuh.

Selebriti, kan?

Ko ader?


*Sebenarnya saya melekat dengan Sinar.fm ni sebab Abang Salih ni lah...! I followww!!




 ~...sejak menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, SERI BULAN sudah lama tahu dan mengerti dia tidak akan ada ramai kawan lagi selain dari HISYAM dan ahli Teratak Nyatuh tetapi selagi si teruna itu berada di sana dan menjadi pendorong paling menyokong dia terasa dia sudah cukup lengkap erti persahabatan walau berselang hari mereka akan sering berbalah tanpa pernah mahu kalah...~




Monday, January 6, 2014

MyToklaki: dah tua-tua ni pandai melawak pulak!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
06-01-2014


Suatu hari, saya balik sendiri tidak dijemput. Lalu si dia sms tanya status:

MyToklaki: “Sayang da spai umah ke (saya copy bulat-bulat sebab saya tak pandai nak capture screen mesej di hp ni)

Saya (dengan niat nak mengusik, carik pasal): “Rumah mana?”

“Wat lawak pula.umah bfrend sayang kat mana”

Saya: “Lupa alamat pulak.”

Hahahaha dia tak reply!


*****


Sabtu lepas punya hal. Saya balik naik komuter dengan kawan sekerja.

Dia call: “Pukul berapa nak jemput?”

“Eh lambat lagi. Sejam dari sekarang.”

MyToklaki: “Mana lah tahu kot U boleh masuk dalam tepon ni terus sampai rumah.”

Cisssss...! buat lawak tengahari pulak dia. Kawan saya ada sebelah, saya malu nak balas lawak dia! 


Tayang-tayang:


Saya tahu rentak lauk saya ni tak berapa kena. Tapi Gulai Kulat Cendawan (ada orang sebut Kulat Sisir?) kawan saya punya bekal. Saya cuma bawak Patin Asam Pedas tu jer.






 ~...HISYAM, belum pernah sekalipun SERI BULAN ini mencurigai kamu selagi kami tidak berlaku suatu yang disebut keraguan dan kecurigaan...~




Sunday, January 5, 2014

Banyaknya keteringinan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
05-01-2014


Makin tua makin mengada. Tekak. Selera. Nafsu. Semua jadi mengada. Ahhh memang mengada...!

Teringin nak ada baju kurung sepasang kaler hijau. Sejak bertahun saya cuma ada sepasang kurung hijau. Teringin nak yang kaler hijau pucuk pisang.

Teringin nak minum cendol semalam petang, tapi kija. Lalu singgah tapau cendol dan mee rebus depan bank di taman rumah.

Teringin nak jalan ronda pantai, tapi mana leh cuti lagi sekarang. Kena tunggu.

Itu keteringinan yang biasa.

Keteringinan yang lebih besar ialah, saya nak buat sesuatu dengan rumah kecik saya. Hmmmm....


Tayang-tayang:


Daging Goreng. Ini MyToklaki punya teringin. Saya jarang beli daging (2,3 bulan sekali) sebab MyToklaki tu ada gout dan sedikit darah tinggi.

Pasni dia teringin apa pulak? Alahaiiii...




 ~...HISYAM pernah kata dia sudah lama teringin hendak makan sesuatu yang berwarna coklat tapi bukan coklat, sesuatu yang berlapis tetapi bukan rumah bertingkat sehingga SERI BULAN naik bosan melayan sehinggalah Mak Utih sahaja yang mengerti lalu petang itu dia tersenyum lebar melihat HISYAM berebut Kuih Talam Pulut bersama SERI BULAN yang tetiba jadi jakun sama...~




Belasungkawa Pakcik JASON: dia telah tiada...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
05-01-2014


Abd Aziz (dalam grup dikenali sebagai Pakcik Jason). Setelah bergelut dengan sakitnya, beliau telah pergi pada hari tahun baru 01-01-2014, sekitar jam 11:00 malam (leukemia). Saya dimaklumkan pada pagi esoknya oleh seorang teman AnakPerlis.com (AP.com).

Saya pernah berjumpa beberapa kali dalam siri gathering AP.com dengan arwah sekeluarga. Menziarahi beliau di Hospital Pulau Pinang pada Oktober 2012  lalu dan di Hospital Ampang pada Mei lalu.

Hospital Pulau Pinang.

Arwah memang seorang yang baik, tabah dan kuat. Walaupun di hospital masih suka bergurau suka mengusik.


Ini pic kenangan, pertama kali kami berjumpa masa Majlis RayaAP.com di Gombak. Kami tak rapat pun, tak pernah ada nombor hp masing-masing tapi bila jumpa memang mesra.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman dan diampunkan segala dosanya.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Pakcik Jason.




 ~...kesedihan pasti ada...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails