Wednesday, January 15, 2014

Apa yang orang dapat dari blog saya?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-01-2014


Dalam 2,3 hari ini ada beberapa perkara yang saya nak simpan di sini:

1. Seorang kawan lama yang dah bertahun tak pernah berhubungan lagi, tak pernah jumpa lagi... tiba-tiba mengirim pesan, memberitahu dia termimpi saya. Lalu dia menyuruh seseorang beritahu saya akan hal itu berserta kata maaf. What? Jika mahu tahu pasal saya, boleh jer skodeng blog saya.

2. Seorang kawan lain, tiba-tiba Whatsapp bersama berita mengejutkan. Sudah single. Berita pasal perceraian ni yang saya tak gemar ni...

3. Saya bekerja separuh hari pada Senin lepas kerana pada Ahad, kad ATM bank saya kena telan. Ya saya cuai. Lalu urusan tetap kena buat (kan gaji awal, bulan ni?).

Saya tak tahu kenapa saya dapat kad platinum... padahal debit card jer pun.

Tapi seorang rakan sekerja boleh kata, Awak duk Ampang, kenapa masih nak datang half day jauh-jauh ni? What? Kalu urusan cuma sejam dua, kenapa nak ponteng seharian? Itu bukan saya.

4. Saya perasan, sekarang ni ada banyak benda saya boleh jadikan bisnes. Hahahaha...
Saya suka makan maruku pagoda. Bila saya makan di opis pun ada orang minat nak beli. Saya order ikan masin dari kampung, wahhh... ramai juga yang berminat nak beli. Saya guna bekas air dari tempat keja Ika, ada juga yang minat nak beli sama.


Ini kad kerja saya. Guna card holder baru yang Ika belikan di tempat kerja dia. Agak mahal sebab leather.

Pun ada yang berminat nak beli juga.

Hmmm... kalu saya mark-up sedikit harga, itu bisnes namanya, kan?

5. Lately juga, macam berjangkit lepas sorang sorang kawan-kawan blogger mula menutup blog. Masing-masing ada alasan tersendiri. Ada juga alasan itu yang saya juga rasai tetapi saya cuba untuk bertahan kerana saya masih rasa kuat untuk terus jadi cool. Kunun!

Tetapi, kemudian saya terfikir apa agaknya yang orang dapat dari blog saya? Bukan blog resipi bukan blog ilmiah. Tidak mahu digelar syok sendiri selamanya, saya hanya ingin berkongsi. Saya harap itu adil dan tepat buat saya.

Terimakasih kepada yang membaca.




 ~...bila Pak Utih bertanya setelah mengira hari dan purnama tempoh HISYAM dan SERI BULAN berada di Kampung Separuh Desa, HISYAM hanya mampu memandang mata SERI BULAN mengharap sokongan jawapan kerana apa yang dirasainya tidak mahu nampak seperti sentap tetapi tetap dan tidak juga mahu terasa akan dihalau kalaupun mungkin tidak akan dipulau...~




50 comments:

  1. sy dapat pandang kisah hidup akak, dari kacamata akak...... sebab sy pandang kisah hidup sy dr kacamata sy..... sy x blh lalui hidup akak, tp tetap blh menghayati....


    tetap sejenis ilmu, walau bukan formal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah. Kita melihat kehidupan ini dari sudut yg berbeza. Dan perkongsian itu mungkin memberi makna kepada orang lain...

      Delete
  2. gaya bahasa dan jujur dalam penulisan tu yg membuatkan saya selalu singgah sini....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Saya cuba menjadi diri sendiri dan hargai setiap komen...

      Delete
  3. Like your nice blog.... samolah kita. Sekadar ingin berkongsi. Yang terlebih privasi simpan dlm diri dan hati. Semoga anda diberkati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara sebab blogger yg kena hentam ialah apabila ada yg dengki gunakan entri sebagai bahan. Kadang2 kita tak sedar kita terlalu mendedahkan hal privasi kuta.

      Delete
  4. pandangan Azie terhadap sesuatu isu amat berlainan..saya suka..dan yg paling disukai-notakaki-Hisyam dan Seri Bulan heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana masih ada yg sudi membaca tentang insan nan berdua itu...

      Delete
    2. haah... pasal insan berdua tu memang bonus yang menarik. :D

      Delete
    3. Insan berdua tu menjadi sebaris kisah tanpa dirancang pun. Kemudian ianya menjadi suatu ketagihan pula utk tulis perkembangan mereka...

      Delete
  5. sy suka blog akak, biarkan org lain menutup asal jgn blog2 yg sy suka, salah satunya tentu blog kaler purple nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum terfikir nak tukar kaler lain. Terimakasih Seri Kandi...!

      Delete
  6. Kakcik pun rasa yang blig kakcik itu seharusnya ditutup kerana tiada manfaatnya utk orang lain dan kekangan waktu pun satu alasan juga.

    Tapi kakcik masih sayangkan blog itu dan kawan2 kakcik yang ada 'didalamnya'....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik jangan mengada lak nak tutup. Marah kang anak-anak Kakcik yg ramai tuuuu

      Delete
  7. rasa x berapa safe share pic card tu.. no card tu agak confidential kalau ada apa masalah nga bank kita guna no card tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa safe sangat, haa betul la tu. Bagi saya pulak it's okay nak tunjuk kad tu, since you still have to have the CCV number at the back of the card and it always goes with the NRIC. But if you still not have the card activated for any debit transaction, then it still okay.

      Tapi prevention is much better than cure kan? :)

      Delete
    2. Saya harap takda orang akan mengambil kesempatan dgn pic di atas. Hatap2 ianya tidak semudah itu.

      Delete
  8. Apa yang saya dapat dari blog Kak Azie? Saya masuk blog akak dari Blog Kak Mynn LemonGrass. Dari blog ini saya dapat jumpa bloggers lain yang ada certain nya saya dah jadi rapat. Yang saya dah boleh berkongsi cerita, yang saya dah boleh saya call atau WhatsApp.

    So one blogger will lead to another. The silaturrahim automatically developed by itself. Tu yang saya dapat dari blog akak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yaaa... lama dah Kak Azie tak jengah blog LG. Kebetulan pula Mynn tu orang Sg Besar, kan? Terimakasih kerana rajin berlegar dan mengomen di sini tanpa jemu...

      Delete
    2. LG orang Ijok kak. Laa ni dia dah mula tulis entry semula selepas 8 minggu off.

      Delete
    3. Ohh orang Ijok. Ingat ingat lupa dah. Lama tak jengah blog dia dah. Kena masuk semula nih...

      Delete
  9. Bukan tak pernah terfikir apa yang dapat dengan berblog ni.. tapi bila tengok entry2 terdahulu.. ye.. saya suka dengan blog saya yang berkisar tentang family kecik saya.. takpe kalau ada yang kata saya syok sendiri.. saya terima.. janji hati saya puas.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Yang penting kita sendiri suka dgn blog kita dulu sebelum nak orang lain suka...

      Delete
  10. Blog saya pun tak de apa kak Azie..tapi tak pernah rasa nak tutup blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam takda apa tu, pengunjung tetap ramai ke blog Diana. Setiap blog ada tarikannya yg tersendiri...

      Delete
  11. Pengalaman hidup kita tak sama dengan pengalaman hidup org lain sekurang-kurangnya bila kita berkongsi org lain boleh ambil iktibar dan jadikan pedoman setiap apa yg kita lalui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kita menulis memang berdasarkan pengalaman masing-masing. Memang banyak tauladan dan iktibar dari kisah orang lain...

      Delete
  12. Aduh azieeee jgn tutup blog pleaseee. Kalau pun tak banyak.ada juga yg kita belajar...and like tata says...one blog leads to another..so jgn la tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak la Makcik. Belum terfikir lagi. Saya pun nak buktikan yg saya masih kuat sangat dan kental jiwa raga. Hehehe

      Delete
  13. As-salam kak azie..

    semoga kak azie terus bertahan hendaknya.. insyaAllah.. di blog kita boleh kongsi apa yang kita rasa mahu kongsi.. itu yang buatkan saya terus bertahan.. kalau orang tak dapat apa-apa dari blog kita setidak2nya kita dapat kepuasan bila dapat berkongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kita tak boleh nak paksa orang suka atau jenguk blog kita, tapi... yeahhh setidak-tidaknya kita share sesuatu yg boleh dijadikan inspirasi...

      Delete
  14. Saya setuju dengan semuaaaaaa pendapat2 di atas. Sama juga pendapat saya. Sebenarnya setiap blog ada kekuatan yang tersendiri. Kalau masih ada orang yang sudi komen entry kita, bermakna blog kita ada manfaatnya. Komen kat blog Kak Azie nie pula, bukan calang2 bilangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah dan terimakasih mereka yg sekian ramai itu. Kadang2 saya rasa bersalah sbb tak sentiasa ada masa nak membalas kunjungan...

      Delete
  15. dari blog kak azie saya kenal ramai kawan2 KKA. IMHO, kak azie ada stail penulisan tersendiri..gaya bahasa kak azie, isi dan ayat2 yg kadang2 sinikal..tapi saya suka baca walaupun jarang2 singgah. tak mau tutup blog ok...biarkan yg lain2 yang masing2 punya sebab sendiri. saya pun masih syg nak tutup blog yang hidup segan mati tak mahu itu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga Kak Azie serta mereka yg lain. Saling berkenal melalui rangkaian blog. Dan hubungan maya itu terjalin sekian lama dgn begitu baik dan sangat harmoni. Terimakasih sebab sentiasa menyokong...

      Delete
  16. Kawan yg termimpikan Azie tu lelaki ke perempuan? ….. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan la Bang YB. Jangan nak provoke yaa... hehehe

      Delete
  17. bila ada org nak beli , saya lihat itu peluang Allah beri pada azie utk tamabh pendapatan . klu blog personal , blh dianggap mcm diary . adakalanya akan dibuka utk rujuk sesuatu juga bloh dibaca oleh anak cucu di masa akan datang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu saya suka simpan banyak isu dan gambar2 yg saya rasa mungkin berguna utk saya di kemudian hari...

      Delete
  18. cantik card holder.. leather tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Card holder saya yg lama tu dah patah sebenarnya. Lagipun talinya panjang sangat agak leceh saya nak pegang.

      Delete
  19. sy juga hampir nak tutup blog...tp x berani nak hebahkan. kalau nk tutup pon biaq mcm tu saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tutup dulu. Biar beku takpa. Ada juga bahan untuk dirujuk nanti...

      Delete
  20. bab bisnes tu kan kak, teruskan aje
    zaman sekarang bisnes kecilan memang perlu
    sebagai income tambahan...all the best =)

    semua orang mungkin ada sebab tersendiri dalam dunia blogger ni
    apapun saya doakan yang terbaik untuk akak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang berterusan jer sekarang ni, wpun incomenya tak besar mana. Tapi syukur rezeki tu ada sentiasa. Pembeli setia pun semakin ramai...

      Delete
  21. sy pun kekadang terfikir... apa yg boleh pembaca dpt dr blog sy.. tp sy tetap cool cuba update sedaya yg boleh.. haha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails