Wednesday, January 8, 2014

Tanah runtuh di Bukit Tunku: nyaris terkencing dalam keta...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-01-2014


Dah masuk minggu ke-2, kerja agak berkurangan di bahagian kami, lalu sudah seminggu lebih, kami dibenarkan balik seawal jam 5:00pm tanpa OT.

Jumaat lepas, kami stuck di sepanjang jalan Seksyen 8 (short cut sebelum masuk Sprint Hiway). Jem yang tidak dijangka langsung. Lalu tiba di Ampang menjelang jam 7:00pm.

Tapi semalam petang adalah sangat mencabar kesabaran.

Kerana kami keluar sharp 5:00pm dalam keadaan cuaca sangat mendung, tapi hujan belum turun jadi tiada sebarang jangkaan yang dapat diagak. Wpun MyToklaki sms bagitau langit sangat gelap area Pandan saya lihat itu fenomena biasa sebab tiap petang memang ujan kan?

And, masuk saja Semantan, hujan lebat dan trafik mula perlahan, then sampai saja area Bukit Tunku (Lebuhraya Mahameru) terus berhenti tak gerak. Rupanya jalan ditutup sebab tanah runtuh. Again? Sejak saya kerja KD, ini kejadian tanah runtuh kali ke-3. Jika kami sempat mendengar berita, memang kami akan ambil laluan MRR2 (rasanya tanah runtuh berlaku selepas jam 5:00pm).

Semua kereta laluan (di sebelah kiri sahaja) dilencongkan ke Bukit Tunku dan menyusur bukit keluar melalui Jalan Putra (kalu tak silap) menempuh Jalan Raja Laut (depan Yaohan). Menempuh jem teruk dan berebut lorong dengan bas untuk masuk semula ke Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, AKLEH menuju Ampang.

Kawan si pemandu saya sudah tak tahan dengan karenah trafik, potong barisan dll... bercampur dengan dia tak tahan rasa nak terkencing. Alahai... kesian sungguh. Mujur la bila masuk saja Jln Tun Razak laluan lancar, dan kami tiba di Ampang kira-kira 7:30pm. Hmmm... 2 jam setengah! Mujur takdak kes terkencing dalam keta. Hah hah hah!


Pic kejadian. Kredit to blogger Kakcik Seroja. Pinjam pic dari FB beliau.

Mujur juga kami berada di laluan atas (tidak di Jalan Mahameru), jadi kami terus masuk lencongan mengikut arahan polis trafik. Jika berada di area depan runtuhan? Berapa masa diambil untuk U-turn?  Itu pun jika boleh U-turn...




 ~...tiada siapa juga dapat menduga pada malam hujan renyai itu, HISYAM tidak langsung pulang ke Kampung Separuh Desa setelah seharian keluar menuju pekan kecil yang diyakini tidak akan sesat tetapi SERI BULAN tahu temannya bukan sahaja sesat tetapi juga seakan terlupa jalan pulang kerana ada naluri menyebut dia memang akan dibomoh orang....~




57 comments:

  1. tu diaaaa.. kalo jem gila camtu.. mau tekebil kebil mata nahan terkucil.. time camni rasa mcm dah nk kuar.. huhu selalu camtu.. rasa nak terkucil.. makin dkt ngan umah eh makin x nyabo lak nk melepas #nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita khabarkan, jem sepanjang 15 km tau... bayangkan.

      Delete
  2. Malam td kakcik keluar pejabat jam 9 malam. Abgmus berpusing2 mencari jalan nak sampai pejabat kakcik dekat sejam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga kuar lewat sedikit Kakcik. Kalu kuar awal pun, buat sesak nafas saja.

      Delete
  3. syukurnya rumah saye dekat dgn office..

    *header tu akak posing kat mane? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Pulau Naminara (Winter Sonata punya pulau), di Korea.

      Delete
  4. warga kota yg terpaksa menghabiskan masa dalam kereta,pergi dan balik kerja..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang Dr Azizan Osman selalu dok sebut tu. Dia soh kita berenti keja dan berniaga sendiri. hehehe

      Delete
  5. Pernah rasa mcmana azab nak terkucil bila kereta rosak out of no where...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Out of nowhere? Wahhh agaknya boleh tak kencing jer kat tepi pokok dalam belukar?

      Delete
  6. Alahai..kl tu jem nya 1 hal...tambah ada bencana gini...lg tambah2 jemnya...!

    Nasib sempat ye kak...lau x...basah maunya...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu la insiden yang paling tak sanggup tuh. Kena la tahan jugak!

      Delete
  7. Kakak terdengar berita ini di radio IKIM pagi tadi. Yelah kalau dah nak terberak/terkencing susahnya kalau jem gila macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu la, kami sebelum turun dari opis, memang pegi bilik air di saat akhir tu, sebab perjalanan biasa kami 45 min, kalu tambah dengan jem lagi... oh risau.

      Delete
  8. Dari semalam heboh di fb kan? Asalnya kakpb tengok di twitter, katanya ada korban. Rupanya tiada korban. syukurlah.....
    Hujan lebat jadi punca tanah runtuh, risau pulak kakpb di Sabah ni bnyk bukit2. Bab terkucil tu, teringat masa rombongan bas ke Langkawi masa bujang dulu. Gila ah nak menahan benda nak terkucil, boleh jadi stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya area situ memang risiko sangat mudah tanah bukit tu runtuh. Dah 2,3 kali dah. Yang sebelumnya dah runtuh tidak dibaikpulih dgn sempurna pun, so bila ujan lagi, runtuh lagi teruk la.

      Delete
  9. Kak. Based on your tajuk post tu kan, I thought nyaris terkencing sebab ketakukan tanah runtuh tau. Saya dah saspen. Ingat akak berada di tempat kejadian ketika kejadian. Alhamdulillah sangkaan saya meleset.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sangkaan yang meleset tu pun sebenarnya merisaukan dan suspens jugak tauuuu!

      Delete
  10. bencana yg xdijangka..teruk juga tanah runtuh tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Menutup semua laluan kecuali motor jer. Memang kesian sapa yang terperangkap di laluan tengah. Kami ikut laluan sebelah kiri mujur ada lencongan.

      Delete
  11. bahaya nyer kan..bygkan tgh lalu tanah tu turun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Memang risau giler, sebab itu memang laluan kami setiap hari pun.

      Delete
  12. Saya memang tak tahan kencing sangat. 2 jam di dalam kereta waktu jem adalah motivasi untuk terkencing lagi. Aduhaiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tau kalu dok tahan tahan kencing nih. Boleh jadi batu karang, kan para doktor?

      Delete
  13. salam...semalam saya MOD ( Manager On Duty) jadi tak ketahuan lansung pasal jem atau tanah runtuh...Saya balik jam 9.00 malam. Anak dara saya bagi tahu saya semasa didalam kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu bencana tu berlaku awal sikit, sempat la kami dengar di berita radio. Saya kira tanah tu runtuh selepas kul 5pm.

      Delete
  14. kalau terkucil nak kena pakai pampers ler pulak......hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woooo... ops! nak kena spare dalam keta ker? Ahaks!

      Delete
  15. azie pun tak suka jem2 ini...bila nak terkucil seksa je rasa hihi..
    semalam tengok dekat berita pasal tanah runtuh ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Dalam FB dan blogs ada banyak gambar diupload orang...

      Delete
  16. Sampai pagi ni pon jalan Tun Razak sesak sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya? Kami keluar seawal jam 6:30am, keta memang dah banyak pun.

      Delete
  17. kesiannya melihat mangsa traffic ni..semoga dibekalkan dengan kesabaran :)
    hehe nasib baek tak terkucil :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak sabar mau menangis la dalam keta tuh.

      Delete
  18. part ni paling x snggup....saya 20minit pun anak dh bt perangai mcm2 dlm kete. ini kan pulak berjam2 cenggitu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu bawak anak kecik, stok susu pulak dah habis... oh saya tak leh nak bayang.

      Delete
  19. Terkencing dlm kereta? Ish, tiba2 rasa mcm rahsia ku dah terbongkar..Awwww...kenangan malu yg terhebat...wokey, forget it...

    ReplyDelete
  20. simpati pada mereka yang tersangkut semalam
    apapun saya doakan dipermudahkan segala urusan akak...amin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Syukur juga kami melalui laluan yang ada lencongan. Wpun jem jugak, tapi sekurang-kurangnya bergerak dan dapat keluar dari area sangkut, wpun lewat dari biasa.

      Delete
  21. KALAU TERKENCING DALAM KETA MACAM MANA TU KAK aZIE..MAU KENA TUKAR SEAT BARU TU..HAHHAAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah tak mo fikir lah. Tak sanggup...!

      Delete
  22. azie..hanya rasa simpati yang dapat dikongsi..tu yg dulu2 xsanggup nak keja kat kl.. xsanguup nak sesak dalam jem... hehe..kalau terkencing dalam keta macam mana ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami mesti ke bilik air few minutes before turun dari opis. Then juga simpan air dalam keta untuk ilang dahaga. Mungkin sebab dah biasa, jadi dah tak kisah. Kerja jauh dari rumah sebenarnya sangat mencabar, tapi sebab mengambil kira agak berbaloi, redah jugak laaa

      Delete
  23. Assalamualaikum Azie

    Alhamdulillah
    semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat cepat janji sampai. Ada hikmah. So, sabar... sabar.

      Delete
  24. Kena standby botol kosong siap siap dlm kereta lps ni..hahaha..

    Selalunya if tak jem...berapa minit perjalanan rumah ke opis kak?
    Tol berapa ringgit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya 45 minit sahaja jika lancar. Kalu jem biasa-biasa tu, sejam or sejam setengah.

      Tol waktu pegi ada 2, AKLEH (RM1.50) dan Damansara RM1. Waktu balik cuma bayar AKLEH.
      Jika direct dari rumah Kak Azie, no AKLEH la, tapi sebab Kak Azie tumpang kawan yang dok Ampang, ikut AKLEH, semua tol dia yang bayar. hehehe

      Delete
  25. patut tgu kawan smpi sejam lebih..gara2 landslide rupanya..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Sejam lebih tu kira ok lagi, ada orang stuck sampai 3,4 jam tauuu

      Delete
  26. Salam AA,

    Ya ampun... Bukit Tunku ! adalah tempat kediaman kak Ratna dahulu semasa zaman Expat dan selama tiga tahun berada dilembah kawasan Bukit Tunku yang jauh dari lerengnya bukit, syukur tidak terjadi kejadian seperti itu karena tempat kediaman yang dipilih bukan diatas tepian lereng yang menjunam tinggi bagai terapung-apung umpama mahu berada diatas kayangan itu aka orang kaya perasan dialah sahaja yang boleh bertenggek duduk diatas puncaknya sebuah bukit.. ! musim tengkujuh aka hujan setiap hari dan bertanah merah pastinya cepat mengembang "spongelike" gitu lansong cepat rebah/runtuh meskipun pokok-pokok hutan yang berakar kuat akan tewas akhirnya...
    gimanapun, jadikan penyedaran kepada kita semua bahawa alam semulajadi jangan ditegur atau diubah suai mengikut sesuka atau sesedapnya dari pehak "yang berkenaan" termasuk sekali "para jutawan" semua karena akan dibalasi akhirnya dengan setimpalnya... contoh-contoh kejadian tanah runtuh begitu banyak untuk diteladani sebagai pengajaran...

    Sejambak ucapan dari jauh nun disana, Selamat Tahun Baru kepada AA & seisi keluarga, semoga segala apa yang didoa-niat akan terlaksana hendaknya...
    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan Bukit Tunku ni sejak zaman British lagi sudah popular sebagai kawasan elit era 80-an dulu, kan Kak Ratna?

      Ramai orang kaya dulu memang tinggal di area situ. Rumah atas bukit dan tunggal sebiji sebiji. Rasanya Bukit Kenny pun area situ juga. Sangat popular Bukit Kenny tu sampai ada buku (ke drama...?) bertajuk Tamu Bukit Kenny.

      Terimakasih Kak Ratna. Semoga segala impian dan zaman Kak Ratna terlaksana juga di tahun mendatang ini...

      Delete
  27. Syukurlah segalanya selamat dan berjalan lancar juga akhirnya... tengok keadaan tanah runtuh tu saya pulak rasa nak terkencing ketakutan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dilindungi la kita semua dari segala bencana sebegini.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails