Sunday, January 12, 2014

Mimbar Akhir Pencetus Ummah: keputusan dijangka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
12-01-2014

Ahad yang segar lagi bercahaya. Kerana semalam Sabtu adalah hari off saya dan tidak terlibat dengan OT lalu kami ke pasar semalam dan hari ini dapat rehat lebih sikit.

MyToklaki terlibat dengan gotong-royong di surau dan persiapan untuk Maulidur Rasul nanti, si bini kat rumah mengemas dan ambil peluang untuk tonton sekali lagi (ulangan) Final Mimbar Pencetus Ummah (PU).

PU telah menjadi suatu fenomena dalam dunia dakwah. Sebuah rancangan 'reality show' terbitan Astro yang sangat bijak. Tepat pada masa. Ketika dunia hari ini bergelut dengan pelbagai masalah dalam akidah dan masalah sosial masyarakat jahil dan mudah terpengaruh (termasuk la kes ajaran sesat)... PU menjadi sebuah program yang wajar dipuji.

Semoga pendakwah pelapis yang dilahirkan melalui program ini terus menjadi pendakwah cemerlang. Untuk kita, untuk generasi kita.

Saya rakamkan beberapa pic untuk sesiapa yang belum berpeluang menonton or sesiapa yang tiada langganan Astro di rumah.



Rata-rata penonton pasti tidak boleh lupa tentang selingan tazkirah pendek oleh pengacara tetap PU iaitu Ustaz Dr Riduan Tee Abdullah yang bertajuk IBU. Berkisah tentang ibunya yang sehingga akhir hayatnya tidak sempat memeluk agama Islam.

Ramai yang menitiskan airmata walaupun tazkirah itu pendek tapi sangat-sangat berkesan.


Apatah lagi kemudiannya Dr Riduan menyanyi beberapa baris lagu Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu (lagu Aisyah)... ahhh sedih!





Dewan UIA dikatakan penuh dan ramai yang tidak dapat masuk menonton.




Juri tetap:




Dato' Haji Aznil Hj Nawawi menjadi juri jemputan.


Rahmat, wpun peringkat awal menjadi peserta dengan undian tertinggi, tetapi beberapa kesilapan malam itu meletakkan beliau di tangga ke empat. Takpa, dia masih muda perlu banyak belajar lagi. Semoga terus menjadi icon remaja yang berjaya.


PU YOEP, bawak kambing naik atas pentas, dan banyak berlawak yang pada saya, ada ketika macam tak sesuai pulak.



Kemenangan PU Shahul sebagai naib dan PU Hafiz sebagai juara telah saya jangka. Persembahan mereka mantap dan meyakinkan. Pilihan tepat!

Semoga program sebegini akan terus memberikan keinsafan, ilmu dan kesedaran kepada kita semua, serta generasi kita akan datang.

Tahniah kepada tenaga produksi program Pencetus Ummah...!





 ~...ramai warga Kampung Separuh Desa tidak pernah menjangkakan di sebalik wajah tenang berkarisma HISYAM dan di belakang gelak tawa suka mengusik orang itu dia sebenarnya seorang yang sangat teguh dan berkeyakinan tinggi sehinggakan bila ditolak menjadi imam pun dia tidak bantah tetapi bila SERI BULAN mencabar untuk bernikah dia marah bukan kepalang...~




14 comments:

  1. Semuga yang berjaya tu benar2 dapat berdakwah, jgn leka dgn status selebreti....

    ReplyDelete
  2. semoga program sebegini dapat di teruskan dan di pelbagaikan lagi... memang terbaik

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Semoga program macam ni lebih banyak diadakan.... Mak munna suka sangat dgn PU Shahul

    ReplyDelete
  4. Tahniah semua. Saya dengar ulangan nya pagi semalam. Terdengar suara Pak Nil. Eh ini program apa? Kenapa ada Pak Nil. Laa betul la tu. Hahahah.

    ReplyDelete
  5. tahniah pada semua..PU memang best...

    ReplyDelete
  6. memang tak pernah miss tgk PU nie....tahniah buat pemenang......

    ReplyDelete
  7. Masa ustaz riduan tee bagi tazkirah memang touching gila
    sedih sungguh rasanya
    apapun all the best untuk pu hafiz

    ReplyDelete
  8. memang terkesan di hati tazkirah Dr Ridhuan Tee tuh..

    ReplyDelete
  9. Kita perlu lebih banyak lagi program yang begini. Dulu, Imam Muda menjadi perhatian. Sekarang, PU pula. Semuanya bagus2. Saya doakan program seperti ini akan kekal bersih dari bawah hingga ke atas.

    ReplyDelete
  10. kalau di lihat pada prestasi Rahmat memang saya sendiri sebelum berlangsung Final ni saya jangka Rahmat yang menang.rupanya tak..tu yang agak terkejut tu..

    ReplyDelete
  11. Salam, even benda ni dah lama, tp bila tgk pic Ustaz Riduan tu, still teringat suasana dlm dewan mse tu...lebih2 lg bila pelakon yg dh memeluk Islam (xigt nama) tu tanya mcm mana nk tarik keluarga masuk Islam..

    Mmg terkesan, sbb Ustaz tu mesti terfikir mcm mana lah ibunya kat 'sana' sbb xsempat peluk Islam..harap2 dia sbg anak dpt membantu ibunya di akhirat kelak, insyaAllah..bila teringat, sebak semula :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaf tu namanya Korie Adam. Seorang kariographer tarian dan juga pelakun.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails