السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
09-01-2014
Walau semakin hari semakin ramai yang meminati bercampur dengan segelintir orang yang mula mendakwa-dakwi dan menuduh itu-ini, setidak-tidaknya program realiti Astro Oasis Pencetus Ummah (PU) ada suatu program yang sangat bagus dan wajar disokong.
Dalam keadaan masalah sosial dan masih ramai yang jahil, kita didedahkan dengan begitu banyak ilmu. Dari insan muda, pelapis para pendakwah yang sedia ada.
Malah ramai sudah melihat golongan pendakwah bagaikan selebriti yang diminati, dan tidak salah menjadi ikutan. Ikon yang baik untuk menarik ramai orang (terutama yang muda) untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Hampir setiap hari saya dengar tentang PU ini di radio Sinar.fm termasuk dok dengar temubual langsung dengan PU (terutama finalist) yang dijemput khas ke konti.
Menarik sekali mengenali mereka walaupun saya tak sempat tengok setiap episod secara langsung. Selalu tengok tang ulangan saja.
Lalu, tiada seorang pun yang saya nak teka sebagai pemenang or tiada seorang pun saya letak sebagai favourite. Bagi saya, niat dan matlamat mereka menjadi PU untuk yang lebih penting. Semoga mereka yang bertanding, terus menjadi pendakwah berjaya. Untuk generasi kita...
Status saya di FB tengahari tadi.
Bayangkan, seorang pendakwah muda, bergelar Ustaz, bijak dan betah, ada karisma. Ditambah beberapa kriteria tambahan seperti mempunyai kehandalan, pemegang Tali Pinggang Hitam (taekwando la tu kan?).... hmm berapa ramai agaknya anak gadis megimpikan lelaki sebegitu sebagai pasangan hidup?
Hmmm dalam novel bolehlah kita jumpa.. realitinya jika ramai lelaki sebegitu, takda bagi hantaran pun takpa! Ahaks!
Oh ya... jangan lupa malam ini Malam Final Pencetus Ummah, di Astro Oasis 106.
~...ramai tidak pernah melihat suatu sisi dalam diri HISYAM yang bukan sahaja pemegang talipinggang hitam ‘2 done’ kerana sejak kali pertama jejak kaki di jeti pinggir Sungai Menghijau Lumut, dia tidak pernah ingin ada yang tahu bahawa dia juga pernah berada di negara empat musim bertahun-tahun paling mujur dia tidak pernah lupa buminya masih ada sawah bendang juga masih ada SERI BULAN yang masih mengambang...~
Saya cuma nak komen tang picture profile empunya diri nama Azie Azah itu. Wah! Sangat tak boleh blah okay!
ReplyDeleteHahahaha.
setuju dgn pendapat t.a.t.a tu
Deletehehehe
Hahaha memang taknak blah punnn!
Deleteya kak azie.. sy pun tgk sikit2 je.. mak y layan habis. Memang bagus.. kami kagum dengan kehebatan hafalan mereka...
ReplyDeletekepetahan memang tidak dapat dipertikai, tapi bab menghafal.... allahuakbar!
Sekrang2nya menjadi ikutan ramai anak2 muda. Alhamdulillah, Malaysia dah ada banyak pusat2 tahfiz yang mendidik pelajarnya seimbang dunia dan akhirat. Program ini sebagai penggalak masyarakat yang penting sebenarnya.
ReplyDeletesaya tak pernah berkesempatan nak tengok
ReplyDeletemalam ni nak cuba luangkan masa
terima kasih for the info =)
Kesian bujang2 yg bukan ustaz...tp sekurangnya ada inisiatif nak jdi baik kan...
ReplyDeleteSuka tgk diaorng ni...muda...pandai bercakap..moga suatu hari nnti dpt mendidik org lain....
Assalamualaikum Azie
ReplyDeletesaya suka penampilan PU Yoep
Kak Azie belajar ilmu mempertahankan diri tukan sunnah. Jadi memang calon suami terbaiklah...:)
ReplyDeleteMalam ni ramailah yg tidur lewat sebab nak tunggu PU ni sampai habis …… hehehe
ReplyDeletePU memang best ...finalist2 semalam semua best..tahniah pada yang menang
ReplyDeletePU memang ohsem satu rancangan terbaik dari astro oasis.....
ReplyDeletetak pernah tengok rancangan ni ..
ReplyDeletealeh2 dah selesai hehehe
Sy kadang2 je tertengok nih..selalu tgk ulangan or kat intenet je..PU memang bestlah..emmm macam comel je PU Rahmat tu...lalalalaa
ReplyDelete