Wednesday, October 7, 2009

Aku Budak Minang...

Semalam di RTM2, ada drama baru bertajuk Aku Budak Minang (ABM) yg diadaptasi dari komik karya kartunis UJANG yg sangat popular sejak aku di zaman sekolah rendah lagi...

Kat poster tu macam silap jer... Sebenarnya hari Selasa, bukan Isnin


Drama 13 episod itu menggunakan sebahagian besar latar belakang perkampungan Kampung Kok Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Watak utama UJANG dilakunkan oleh Muhammad Nizamudin Ahmad (Along CHAM). Sungguh hebat bahasa minang mereka yang berlakun drama ni.. Aku memang suka belajar berbagai jenis dialek, dan bahasa Minang bukan asing bagi aku sbb Mak Mertua aku memang orang N9. Cuma bila dengan aku, jarang lak dia nak guna bahasa Minang tuh...



Drama pertama diangkat daripada komik ini diarahkan Zulkifli M Osman. Sungguh unik drama ini kerana jalan ceritanya berlatarbelakangkan cara hidup dan menggunakan sepenuhnya loghat Negeri Sembilan. Tapi sayang la, tak puas tengok sebab cuma setengah jam jerrr....


Apapun aku suka tengok gelagat UJANG ni time dia “menyakitkan hati” omak dia, lakunan Maimunah Ahmad (memang famous Mak Jah nii...). Part paling best, masa UJANG masih kecik (lebihkurang umur 6 tahun) dia dapat adik baru, dan betapa dia sakit hati sbb dia rasa Omak dia tak sayang dia lagi, lalu dia pernah baling botol susu kat kepala adik kecik dia yg tengah tido dlm buaian.. Keletukkk...! Alahaiii... tak cukup tanah dia lari dikejar dek Omak.. Aku masih ingat lukisan dlm komik part dia baling botol susu ni... Masih aku ingat..

Best drama ini kerana dihasilkan hampir seperti kisah dalam komik. Mungkin ada beberapa yang terpaksa diubah tetapi drama tentang kehidupan kampung memang sangat best, kerana telus dan polos.


Tahniah buat UJANG, pengkarya yang sangat berbakat. Tidak sombong, sangat merendah diri (aku pernah beberapa kali jumpa dan borak2, jadi aku tahuu...) dan sentiasa berkarya. Semoga drama ini menjadi pemangkin semangat buat kartunis2 lain juga.


~...minat kartun bukan bermakna low grade.. Statement ni ler yg aku jawab masa berbalah dgn beberapa orang kawan yg perasan genius dulu...~

4 comments:

  1. lagi best baca komik dari tgk kat tv kih2

    ReplyDelete
  2. Benar sekali CALUK... sbb kalu baca komik leh ulang2 selak depan belakang... gelak sepuluh kali, dua ploh kali...hahahaha... >> aku ler tuh...

    ReplyDelete
  3. ila tak pernah baca komik aku budak minang ni..tp masa sekolah rendah dulu minat sgt dengan komik 3 dara pingintan.

    Satu hari Creative Enterprise buat pameran buku2 komik dan novel di sekolah sempena hari terbuka sekolah..

    punya lah minat kat cerita 3 dara pingintan..menangis-nangis merayu kat arwah mak nak beli buku komik(Kompilasi) yg berharga kalau tak silap dekat2 RM10 masa tuh.

    mak kata tak payah beli sbb mak tak de duit dan kebetulan ayah pun tak kerja masa tu.(masa tu mak sakit dah..tp kasih seorang ibu kan tak sanggup tgk anak dia yg degil kepala batu ni,mak korek tabung syiling(hahaha) dan akhirnya dapat juga.

    sampai lunyai dok ulang-ulang baca.buku sekolah tak reti plak nak ulang-ulang sampai lunyai huhuhu

    ReplyDelete
  4. KAKZIE.. seronok kan, bila mengenang kembali saat kita menghadapi pahit manis kehidupan..

    Komik dulu sangat mendapat sambutan, kerana merupakan sesuatu yg baru dan sgt menyeronokkan...
    Tetapi skarang ni terlalu banyak pilihan yg lebih canggih-canggih.. Sbb tu budak2 sekarang kurang nak layan komik2 tempatan..

    Hanya orang2 lama mcm kita ni jer tahu hargai kartunis tempatan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails