Dalam Harian Metro Rabu, 7 Oktober lalu ada tajuk “Tetak Isteri Tuntut Fasakh”
KUANTAN: Berang isteri menuntut fasakh, seorang lelaki panas baran berusia 40 tahun sanggup menetak wanita berkenaan dengan senjata tajam dipercayai parang sehingga parah di kedua-dua pinggang dalam kejadian di Lorong Sri Kuantan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi, lelaki dikenali sebagai ‘Ali Mamak’ dari Bukit Sekilau di sini, sanggup mencederakan isterinya, Noor Afzan Janudin, 25, dipercayai akibat tidak puas hati dengan tindakan wanita itu memfailkan permohonan cerai.
Difahamkan, dalam laporan polis sebelum ini, suspek didakwa membawa lari anak perempuannya berusia setahun selepas marah apabila menerima surat guaman memaklumkan permohonan cerai daripada isterinya yang tidak tahan dengan sikapnya yang panas baran dan sering dipukul.
Jika berada bersama insan yang paling hampir pun sudah tidak selamat lagi, di manakah tempat paling selamat?
Berapa ramai lelaki terfikir akan betapa ruginya mereka apabila berlaku kejam terhadap wanita yang melahirkan zuriat mereka?
Betapa bodohnya mereka mengikut emosi dan egois dalam menjaga kepentingan diri sendiri semata...
kalau dah panas baran gitu ler..sian perempuan tuh..lawa orgnya
ReplyDeleteAdakala lawa pun bukan menjamin orang sayang pada kita... hehehe...
ReplyDeleteBetul tu Kak AA - sokong Kak AA 120% :)
ReplyDeleteerelehhh..sokong laaa sesama wanita.fushhh
ReplyDeletetak sokong...
Sebab tu lerr kena bersyukur walaupun x berapa nak lawa macam saya kan? Hu hu hu...terima ajelah seadanya suratan takdir ;)
ReplyDeletekan ZZ?
anyss..
ReplyDeletemacam perli saya jer yang tak hensem