Tuesday, October 27, 2009

Naluri ibu...


Semalam, masuk ofis pagi, kawan cerita tentang tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang, Kampar. Anak-anak sekolah rendah terjatuh ke dalam sungai, di bawa arus sungai yang kuat, di awal pagi.

Memang aku terkejut, dan membayangkan, anak-anak sekecil usia 12 tahun, terjatuh dari jambatan, terkapai-kapai, terjerit-jerit dalam ketakutan... ohhh sedih nyerr...

Naluri ibu memang mudah terasa akan kejadian sebegitu. Tumpang sedih, bila di siang hari pula, satu mayat pelajar perempuan ditemui. Tak terbayang perasaan ibubapa pelajar tersebut. Anak yang selama ini dijaga, ditatang, ilang sekelip mata, kerana kecuaian manusia rakus yang tidak terfikir, ketamakan mereka menggadaikan nyawa rakyat yang tidak tahu apa-apa...

Soal cuai, soal rasuah, soal malang...begitu banyak persoalan yang ntah bila akan terjawab. Cuma kadang-kadang dikesali, kes itu cuma hangat seketika, kemudian mudah pula dilupakan orang (kecuali yang terlibat, yang kadang2 trauma bertahun-tahun).

Ibu mana yang dapat menerima bila anak kesayangan pergi dengan cara sebegitu.

Kemudian, pada hari sama semalam, tonton berita sedih itu, tumpang simpati pada keluarga yang terlibat.

Tapi, dalam berita yang sama juga, kisah seorang ibu muda (di Bacok, Kelantan), dihukum kerana bersalah membunuh anak kandungnya sendiri. Tiada perasaan apa-apa lagikah semasa melakukannya?

Kenapa mesti terjadi? Walau apapun sebab dan alasannya, amat tidak masuk akal langsung seorang ibu tergamak membunuh anak sendiri yang masih kecil. Gila...!

Kemudian dikisahkan, seorang ayah menyimbah asid ke muka isteri kerana masalah rumahtangga, dan asid turut terkena pada si anak lain. Si anak yang kini buta, dan koma dan sudah pasti hampir gelap masa depannya. Anak yang merupakan pelajar terbaik PMR, dan bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Kejamnya ibu bapa zaman sekarang...!

Dulu-dulu, BONDA aku pun garang juga, tapi dia tidak pernah kejam. Dia sentiasa memastikan yang terbaik bagi kami sekeluarga. Masak yang sedap-sedap, nasihat yang baik-baik dan sudah pasti doanya tidak pernah putus untuk kami...

Aku pun agak garang dengan anak-anak, tapi tak pernah pukul. Kenapa mesti pukul sedangkan masih ada banyak pendekatan lain untuk mengajar dan mendidik? Walau marah pun, bila tiba masa makan, anak-anak tetap dapat makan yang sedap, malah kalu nak makan idaman tekak, akan diusahakan juga. ALONG dengan IKA dulu, sampai umur 6 tahun masih makan bersuap. Sekarang CHAK dan kadang-kadangn ALIA pun masih makan bersuap. Kadang-kadang baru lepas majuk, air mata dok basah lagi kat pipi, elok jer nganga mulut.. hehehehe...


~...Raya Haji nanti, dah masuk cuti sekolah penggal akhir. Apa rancangan ekk..?~




Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

6 comments:

  1. azie..ibu yg bunuh anak dia tu mengalami tekanan mental sbb suami dia dah tinggalkan dia dgn 5 org anak termasuk baby yg berumor 10 bulan tu..

    baby menangis tgh mlm minta susu.tapi dia kasi air teh saja sbb susu dah abis.baby tu nangis lagi then dia dah tak tahan,dia tutup muka baby tu dgn bantal.combi rasa dia dah hilang pertimbangan

    jenis lelaki ape mcm gini pandai buat anak ramai jek.aku rasa mcm nak dush jek sebijik kat muka dia :(

    ReplyDelete
  2. Sob sob sob ... rasa sedih lak baca perenggan yang last kat post ni. Gitu ler kita ibu ibu ni kan. Apa apa pun anak anak tetap agenda utama dalam hidup. Semarah mana pun kita pada mereka, tapi pasti tak dapat bertahan lama. Kasih sayang mengatasi segalanyer.

    ReplyDelete
  3. Hanya ibu yang faham apa yang turut AA rasakan..

    COMBI, kalu nak bagi sebijik dush, mana cukup... I leh tambah 5,6 dushhh...! hehehe

    ACIK... Setiap kita sentiasa berusaha untuk menjadi IBU yang terbaik... sekurang2nya di mana anak kita sendiri..

    ReplyDelete
  4. sekadar bersimpati atas ape yg terjadi...

    ReplyDelete
  5. mana ada Along kene suap makan sampai umur 6 tahun..ye ke?hehe.

    ReplyDelete
  6. ALONG mana ingat, masa tu ALONG kecik lagiii..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails