Wednesday, October 7, 2009

Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin...

Untuk perkongsian pertama biarlah aku bermula dengan cerita program bersama parents di SAB, Kuala Lumpur.

Aku copy & paste saja dari yang telah diposted sebelum ini...

Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sek. Men. Aminuddin Baki, KL (SAB) berlangsung dengan jayanya pada Jumaat lalu di Dewan Bistari sekolah tersebut. Program untuk solat hajat bersama parents di mana anak-anak yang bakal menghadapi exam PMR, SPM dan STPM. Aku terlibat kerana IKA akan exam SPM.

Walaupun petang Jumaat tu jalan sesak teruk dan aku berkejar-kejar dari ofis kerana kuar ofis dah 6.30 petang, syukur aku sampai tepat pada masa. Masuk pagar IKA dah tunggu dan terus pendaftaran. Masuk bilik air guru, ambil wuduk dan terus azan bergema.


Seperti yang ramai maklum, majlis-majlis sebegini memang biasanya para ibu yang lebih ramai dari para bapa. Seperti biasa juga, aku memang suka duduk di barisan paling depan. Bukan saja senang nak fokus, juga dek kerana rabunnyer aku. Jadi bila ada kesempatan, dapat ler snap gambar sekali dua. Dewan Bistari pun masih berbau cat, baru diubah suai. 2 kali ganda lebih lebar dari sebelumnya...


Selesai jemaah Maghrib terus berlangsung bacaan Yassin, kemudian solat hajat. Seorang penceramah (pakar motivasi) yang dijemput khas memimpin semua acara. Seorang anak muda yang sering terlibat dalam banyak program motivasi SAB, sehinggakan pelajar2 SAB (Tingkatan 3,5 dan 6) sudah kenal rapat dengan beliau dan memanggil beliau dengan pangglilan Abang ALANG (Mohd Nur Naimi, anak kelahiran Muar, Johor, lulusan UM). Sedap betul setiap bacaannya dan sewaktu mengaji surah Yassin, suaranya begitu lunak.

Bukan aku seorang yang merasa sangat sebak dan pilu bila doa panjang dibaca. Bukan aku seorang yang mengesat air mata (termasuk air hidung...:D) berkali-kali. uishhh.. Syahdu betul mendengar segala doa dengan suara yang sungguh lunak sebegitu. Jarang dapat dengar selunak itu.

Selesai berjemaah Isyak, program berlangsung dengan ceramah motivasi yang sangat santai dan penuh cerita lucu. Seperti kata ALANG, parents ramai yang letih, kerana sebahagiannya terus datang dari tempat kerja, tetapi demi anak-anak, semuanya nampak bersemangat. “Letih di badan bukan di mulut...”

Seronok betul bersama-sama terlibat dengan sebegitu ramai parents lain yang bermatlamat sama.

Bila ALANG menyebut, “Siapa pelajar yang paling sayang ibubapa dia, sila bangun berdiri di depan, dalam masa 10 saat.” Ohhh tiada sorang pun yang bangun, masing-masing malu. Aku yang duduk dengan IKA depan sekali, tetapi IKA pun tak bangun. Semua tersipu.

Kemudian, “Siapa ibubapa yang rasa dia sangat sayangkan anak dia, sila ke depan..” Tak sampai 10 saat, berebut-rebut parent bangun nak berdiri di depan, termasuk ler aku. Sampai ALANG terpaksa kata, “Cukup... cukup... Cukup dahh...”

Wakil ibu bapa

Apapun, semua orang yakin, anak-anak tetap sayang parents mereka, cuma untuk menunjukkannya di depan umum menjadi suatu yang sangat pelik. Salah kita kah? Kita hanya peluk cium anak masa kecik saja. Walaupun anak-anak aku semua masih cium kita jika hendak keluar ke mana-mana, tetapi untuk mempamerkan kepada orang, segan lakk.. uishhh...


Bila ALANG ulang sekali lagi, baru ler ada yang berebut nak ke depan.Yang perempuan tu kawan baik IKA. Tengah tu adik dia, tapi besar dari dia. Lawo 2 beradik sebab anak darah campur. Yang bersamping tu, berucap tak habis, sebab menangis tersedu-sedu...

Parents bersama anak masing-masing

Ada banyak pengajaran kepada kedua-dua pihak sepanjang program. Tidak banyak beza dgn program2 sebegitu yang pernah aku lalui dulu. Semasa ALONG Form 3, aku pernah hadiri juga di SAB. Juga di SK PuteriPandan semasa ALONG dan IKA nak hadapi UPSR dulu. Namun pengalaman kali ini tetap menjadi pengalaman manis.

Majlis berakhir dengan jamuan nasi beriani dan kuih muih.

Sebelah IKA adalah kawan baiknya di mana diaorang selalu belajar bersama, kuar pun bersama. Anak seorang Datuk, tapi selalu citer tak happy, sbb ada mak tiri, dan dia tak tinggal dengan mak kandung tapi serumah dengan mak tiri. Dia nak sangat makan malam tu dengan aku, sebab dia kata, nak pujuk aku benarkan IKA pi umah dia minggu depan. Macam ler selama ni aku tak kasi IKA pi lepak umah dia. Selama ini TOKLAKIKU siap hantar lagi tiap kali IKA nak pi umah dia di Wangsa Maju...

Terimakasih kepada IXORA yang sudi menghantar kami balik malam itu. Semoga anaknya LOKMAN HAKIM bakal berjaya dalam PMR yang akan bermula Rabu ini...

Sampai umah dah kul 11 malam, tapi sempat lagi kopek durian yang dibeli malam sebelumnya oleh TOKLAKI. Makan sebiji sensorang (bukan seulas tauu...), lepaskan geram...:D



No comments:

Post a Comment

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails