Thursday, August 8, 2013

Edisi khas malam raya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-08-2013


Walaupun agak penat sebab seharian sibuk ke pasar, ke pasaraya besar, memasak tak berhenti-henti sampai ke malam... tapi saya berjaya jugak meneruskan tradisi meronda Masjid India dan Jalan TAR di malam raya.

Saja suka-suka. Tengok suasana dan kemeriahan (sebenarnya keriuhan) orang kita buat persiapan terakhir untuk beraya. Memang ramai. Padat sendat.

Yang best adalah acara lelong melelong. Sebenarnya acara lelong kuih raya, kain baju dll tu lebih meriah menjelang tengah malam, tapi apa yang kami perhatikan seawal jam 9:00pm pun tak kurang meriahnya.



Saya segan nak snap banyak-banyak. Orang ramai sangat.

Kami bukan cari apa pun, tapi beli juga beberapa jenis kuih raya yang dijual murah. Sebekas standard size tu jatuh menjadi hanya RM10. Ok ler tuh.

Part yang best, tak rancang pun. Tapi sengaja saya buat:


Saya mahu yang simple design saja. Sebelah tangan RM5, sepasang jadi lah RM10. (Jangan ler ada yang tegur, “tu tangan ke kaki”?)

Sebenarnya memang ramai warga KL yang tidak balik kampung, beraya di bandar yang sengaja turun ke area sini mencari barangan raya di saat akhir, sambil menanti harga runtuh!

Dan MyToklaki dapat sepasang baju Melayu jenama Sri Tanjung yang jatuh dari RM150 menjadi hanya RM60 sahaja! Berbaloi la jugak.

Ehhh.. Rendang Ayam saya dah siap. Rendang Kerang juga dah ready. Kari Daging dah siap seperiuk. Ketupat dah tunggu nak belah saja.

Pulut Kuning dah kukus, esok pagi ‘arun’ dengan santan. Dan esok pagi juga, tinggal nak buat Sambal Bilis jer.

Cukup dulu.

Korang... baju raya dah gosok?




 ~...HISYAM sengaja tidak mahu mengadu sesuatu kepada SERI BULAN kerana menanti masa sesuai untuk berbalah sehingga bumi basah...~




6 comments:

  1. Hi Azieazah, Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan saya di Malaysia dan di mana jua anda bearada.
    Selamat sejahtera kepada anda sekeluarga.
    Semadikan satu lagu dalam hati mu dan semoga sentiasa ceria.
    Teman mu dari Canada.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Rendang kerang..amboi.. saya pun ada p jalan tar beli karpet jakel. Murah, ada additional discount lagi. Saya turun malam rabu..ada biskut 3 rm20 tapi tak belilah

    ReplyDelete
  3. assalam kak Azie, slm hari raya maaf zahir dan batin...taqabalallahu minna waminka. pcl ni ..Raya ke 2 baru blh singgah2 blog rakan..AA ada buat pulut kuning juadah pg raya? ..wah sempoinya..memang febret ku.

    ReplyDelete
  4. Azie, saya suka tang bab pakai inai di tangan tu...syok na..

    ReplyDelete
  5. Tahun ni jangan tak caya ceq buat ketupat palas!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails