Thursday, August 22, 2013

Harith: “peng‘update’ status FB looser, yang komen pic Teh Ais tu laaagi loser?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jemaat
22-08-2013


Maafkan saya. Sori Berlori, saya tak sempat pun merancakkan diri untuk BW. Mana yang sempat tu sebaris dua, ok la. Yang lain tu.. tunggu la esok esok ya.

Hahahaa... tergolek jugak saya baca komen di entri sebelum, tentang Cincin Besar Gedabak tuh. Sebenarnya tu pic lama saya. Tahun lepas kot. Sekarang saya dah ada 2,3 koleksi cincin kaler PURPLE yang baru.

Oh ya...! sapa pernah tonton “LAWAK KE DER?” tak kira ler yang siri 1 or siri 2?. Antara yang buat persembahan (selain Boboi dan Jozan) ialah Harith Iskander. Masa Siri 1 ritu, dia berlawak tentang orang Singapore & Malaysia melintas jalan. Paling lawak bab CSI Malaysia. Sapa yang tonton, dia tau ler.

Lawak Ke Der? 2, pernah dipentaskan di IB dan masuk siaran Astro Warna pada Raya haritu. Harith Iskander sebut tentang Facebook:

Katanya, orang yang update status dengan muat turun gambar (sekadar) Teh Ais, adalah looser..! hahahah tergolek.

Tapi kata dia, orang yang komen kat status Teh Ais tu laaaagi looser! hahahah kali kedua tergolek kami anak beranak!

Antara komen yang dia sebut:

“Sedapnya!”
“Kat mana tu?”
“Bila nak belanja?” > bab ni dia kata, ‘setakat Teh Ais RM1.20, beli sendiri laaa!’

Kami tergolek guling-guling 180° pusing balik pusing balik tengok.

Actually, bukan dia persendakan, cuma dia sekadar melawakkan isu update status pic makanan. Sekali fikir, memang kelakar. Tetapi update gambar makanan dan diikuti deretan komen simple, adalah perkara biasa di FB. Am I right?

Tayang-tayang:


Sekian lama tak pekena Nasik Lemak, sekali saya lepas geram... 
Haaa! amik ko! Sedap habag hang!
*Keropok tu goreng sendiri.
(berapa deret komen nanti tentang pic makanan nih? hahahaha!)


*****


Selingan:


20 buah khemah sudah tersedia depan bangunan tempat kija saya. Persediaan Majlis Aidilfitri yang bakal berlangsung malam, hari Sabtu nanti. Hmmm... tak pasal-pasal nama saya naik jadi Urusetia, jaga pendaftaran Lucky Draw.








 ~...bila SERI BULAN tiba-tiba menjemput HISYAM untuk menjadi tetamu istimewa di malam bulan terang di pagar bintang pada hari ke lima belas, Mak Utih terus bersemangat hendak mengukur kelapa untuk pulut tanak dan gelama kering dan Pak Utih terasa hendak mengejar ayam kampung yang mula jinak di dahan ciku, tetapi anak dara Pak Imam yang dijemput sama tiba-tiba berkerut muka macam tertelan asam kerdot...!~




41 comments:

  1. sy ada cd tu,10x tgk tetap jugak nak gelak dgn lawak harith iskandar.dia mmg terbaik.lawak dia mengena je ;)
    kami laki bini gelak sakan tgk
    smpi anak tanya 'apa yg kelakar?abg x suka org botak ni.tak kelakar lgsung' tak kelakar bagi bduak 8 tahun.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Secara peribadi, kami lebih gelak lawak Harith berbanding Boboi! hehehe

      Delete
    2. Saya pun lebih gelak lawak Harith berbanding Boboi dan yang lain-lain. Tapi slot Harith pendek aje, tak best.

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe terasa plak dia. ahaha

      Thanks Farah.

      Delete
  3. sangat suka lawak Harith Iskandar.. lawak dia simple tapi terkesan di hati..
    teringat LAWAK KE DER 1.. masa melintas jalan tu.. kalau kat Malaysia 'talk to the hand' hahaha.. ayat tak hengat terminator gitu..

    psstt: kalau nak try pulut periuk kera tu datanglah rumah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. ntah bila la dapat berjalan ke rumah awak. Nanti bila bila la ya? Harap2 time tu ada ler periuk kera nya. hehe

      Delete
  4. wahhh.... jamuan raya ade lucky draw...

    hebat nihhh.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat tu jer. Siap ada persembahan band boy lagik!

      Delete
  5. Sebenarnya isu Harith tu menyindir kita2 ni...cuba tengok kalau kwn2 post gmbr makanan kat fb, komen berderet2..biasalah, kwn2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Itu la maksud Kak Azie dalam entri ini.

      Delete
  6. Replies
    1. Sama ler kita ponggg... Rasa terkena jugak.

      Delete
  7. Apa salahnya kalau komen tentang gambar yang di postkan? Memang lawak, tapi rakyat Malaysia kan ramah mesra..hahahahahha. Tapi bila ada topik serius yang di utarakan, semua menikus kan.. Tak nak kecohkan keadaan ataupun ilmu belum mantap.

    Saya rasa nasi lemak versi Kak Azie lagi best la....

    Kannn...dah komen pasal makan lagi...hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat azie punya fb ni letak apapun mesti berderet komen.

      Bila kita nak pekena cendol?

      Delete
    2. YB jangan ajak Kak Azie ja pekena cendol saya pun nak ikot!

      Delete
    3. Kengkawan... untuk 2 minggu berturut akan datang, saya langsung tak free. Tunggu minggu ke-2 September... boleh??

      Delete
  8. yeahhh sames goes to blog kak ..
    x bererti update kalau x der pic .. x der seri kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie memang sejak dulu, suka ada gambar. Tanpa gambar, tak seronok nak cerita apa.

      Delete
  9. tak kira loser pun loser lah....hahahahah...
    saya terkesima melihatkan ayam goreng itu dan keropok goreng juga....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keropok tu saya goreng kat rumah. Kebetulan la pulak, makan nasi lemak. Semua belasah jerrr!

      Delete
  10. Lawak bersahaja dia tu memanglah best Kak Azie.

    Aura bagus tu Kak Azie baru aj mula kerja tengok dah meletop2 nama sampai jadi urusetia tapi kacang je kotkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kacang sebarang kacang kali ini. Siap kena jaga meja VIP plak lagik!

      Delete
  11. hahaha.. saya pun tengok hari tu.. berguling guling kami gelak.. benda tu lawak sebab benda tu betul kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda yang dekat dengan jiwa kita. Rakyat biasa yang ikut maju selari dengan dunia teknologi siber.

      Delete
  12. saya nak komen pasal keropok, rajin goreng banyak2??

    :-))))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin tak rajin. Nak makan, gigih jugak laaa

      Delete
  13. Assalamualaikum..salam ziarah!! Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. InsyaAllah.

      Terimakasih, Silakan....

      Delete
  14. Oh ya, saya lupa nak komen pasal typo error.

    Harith kak, bukan Hartih. Sekali baca macam bertih pulak. Mwa ha ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih TATA. Kak Azie terpaksa la juga membetulkan...

      Delete
  15. harith , lawak selamber jer . perkara yg remeh pun dia leh wat lawak ... one man show lagi ... pssst , saya x de upload photo makan kat fb ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 one man show sangat susah nak buat, tapi dia berjaya. Bakat dan pengalaman dia yang membuatkan dia hebat di pentas tapi tak seglamour pelawak lain.

      Delete
  16. Ikut dia punya FB LA nak jual tea ke ais ker..asalkan jangan jual maruah dah laa

    ReplyDelete
  17. Harith Iskander & stand up comedy dah makanan dia.. dan lawak dia tu bukan yg hentam kromo.. dia buat research tu..


    *kak, sedap laa nampak kopok tuuuu

    ReplyDelete
  18. lawak memang lawak sampaikan kakak kt opis download.. lama pulak xmakan nasi lemak

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    Tetiba mengidam nak makan nasi ldmak...kena cari pak yoep ni!

    ReplyDelete
  20. Hi Azieazah, I love that nasi lemak.
    One of the best nasi lemk I ever had was in Alor Star....a makcik selling at a kedai kopi...
    And she will always laugh when I ask, "dua bungkus, makcik". Only 50 cents then...1980.
    Ada sotong, ikan bilis, kangkong.
    You have a fun weekend, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  21. As-salam kak Azie..

    Memang gelak macam nak pecah perut tgk harith dalam lawak ke der tu.. brilliant betul dia.. benda yang kecil pun boleh buatkan kita rasa seronok... ha..ha.. lawak pasal csi malaysia mmg tak boleh blah..

    kak azie, sedapnya nasi lemak tu.. bila nak belanja???? he..he..

    ReplyDelete
  22. saya pun tengok gak mmg agak terkena sket kat batang hidung nieh...tapi bukan bab orang yang upload gambar makanan tapi bab yang komen tuh...lagi looser sentap i terussssss hikhik

    ReplyDelete
  23. Memang lawak.. tapi gambaq yang Azie tayang kat sini nak komen... nampak sedapnya... ayam tu nampak garing.. bila nak belanja? he he

    Kat bawah ofis makchaq la ni sedang berlansung jamuan raya kompleks pajabat kami yang terdiri dari gabungan beberapa jabatan.. yang sedihnya bos jabatan kami tak mau turut serta dan email dah dikeluarkan semalam,....' semua kakitangan dilarang menghadiri jamuan tersebut.....' apa la motifnya...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails