Tuesday, August 13, 2013

Raya cara kami: Tanjong Karang & Sekinchan @2...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
13-08-2013


Sebenarnya saya kembali sibuk dan tak cukup masa pun nak update kisah Raya (yang tak seberapa pun). Tapi saya lebih nak simpan rekod dan kenangan, kerana tempat yang saya pegi ni adalah tempat yang menyimpan banyak kenangan, salur galur keturunan keluarga. Lalu berkunjung ziarah, mengenali lebih ramai lagi sedara-mara, sepupu sepapat... adalah suatu perkara yang jarang dapat dibuat... jika tidak musim beraya macam ni.

Masih di Parit 8, Sg Leman. Kami singgah di rumah MakNgah. Adik MyBonda.


Makngah, adik MyBonda yang berbeza cuma setahun umur dari MyBonda. Dalam gambar, berkain batik sarung. See, wajah dia tak jauh beza pun dengan MyBonda. Anak-anak saya tengok pun sebut, “sama ler macam Atok.”

Sering saya perhatikan, setiap kali saya datang ke sebelah sini (ramai orang Jawa dan Banjar di sini), tetamu adalah sangat dialu-alukan. Lalu layanan adalah yang terbaik.

Walapun kami sebenarnya dah singgah Giant Kuala Selangor untuk lunch sebelum itu, tapi bila dihidang nasi nan setalam, Ayam Kurma nan semangkuk... Sambal Belacan nan sepiring, Ayam Goreng semangkuk besar, saya sendiri tak segan nak ulang makan.

Rugi tak jamah. The best part is, ada lauk kampung yang saya dah lama tak jumpa.



Tak ingat bila kali akhir saya makan Umbut Nyior Masak Lemak Putih camnih. Di‘gu’kan pulak dengan Sambal Belacan. Ahhh... peduli sama itu diet tak diet. Mesti nak makan sampai puas.

Terlupa nak snap pic beramai-ramai. Agaknya sebab saya kenyang makan kot.

Sebenarnya, ada perlawanan bola sedang berlangsung tidak jauh dari rumah Makngah. Kat padang sekolah. (Dalam hati, tingin nak pegi tengok, tapi... mana sempat). Sudah menjadi tradisi di situ, setiap tahun pada Raya Ke-3, mesti ada perlawanan bola sepak dan futsal (beberapa peringkat termasuk bawah 15, dan futsal wanita). Yang paling menarik tentulah perlawanan bola sepak antara Belia Kampung vs Belia Perantau. Sampai ke sudah... saya tak tahu apa keputusan perlawanan bola tu.





 ~...ada rajuk tidak tersebut, ada marah tidak terluah, ada sedih yang belum cukup pedih jadi tiada sebab untuk adu-mengadu, tiada alasan untuk berpesan-pesan dan SERI BULAN yakin masalah langit mendung akan berakhir bila katak semakin kuat menyeru hujan turun....~




41 comments:

  1. Eok benarlah ada futsal raya ke 3 tu... beribu kilo kalori boleh terbakar, lemak2 lemang rendang semuanya pun larik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringin nak tengok game tu sebenarnya, tapi tak sempat pun. Leka bersembang dengan mak mak sedara dan sepupu yang ada.

      Delete
  2. jemu tgk rendang,ketupat,lemamng..jumpa lauk pauk kampung mcm tu mmg tak lepas peluang la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kat rumah pun dah masak nasi putih pada hari Raya ke-2. Lauk simple tapi memang dah tolak daging dan ayam. Dapat ikan masin, lagi best kan?

      Delete
  3. Seronok nya beraya... Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beraya di kampung orang, memang la seronok. Tu kalu balik kampung sendiri, ntah cemana la pulak....

      Delete
  4. Replies
    1. Terimakasih. Selamat Hari Raya juga buat Zaza.

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri, sukses selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nanung Nur Zula. Selamat Hari Raya to U too...

      Delete
  6. kak.. namanya raya kann.. seronok dpt merasa hidangan yg lama xmerasa.. beshnya raya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sangka, berjalan raya jauh camtu, dapat jumpa macam-macam, jumpa ramai orang, lihat banyak benda. Kenangan sungguh!

      Delete
  7. Sedapnyaaaa masak lemak umbut. Susah nak dapat tuuu..Aduhaii.

    Saya orang Jawa, dan memang betul. Arwah atok selalu pesan, kalau tetamu datang, beri makan kenyang2. Sebolehnya kami siapkan nasi. Kalau tidak, kami sendiri rasa tak puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Macam family saya pun, raya kedua dah ready masak lauk lain. Tetamu memang confirm jemu lauk raya dah hari ke 2 tu, di samping memang nya lauk raya tu pun dah habis.

      Delete
    2. Kak Azie ada pengalaman beberapa kali bertandang ke rumah orang Jawa. Memang hebat sambutan dan layanan depa. Malam hari pun depa sanggup masak macam-macam jika tahu kita nak singgah.

      Delete
  8. Duduk lantai lagi kan? Hahaha memang best duduk lantai. Rasa santai dan rasa free aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. duduk di lantai. Tapi rata-rata rumah di sini sangat besar-besar dan dua tingkat. Berlantai simen, bertangga batu. Orang Kuala Selangor memang kaya-kaya!

      Delete
  9. raya ke 3 pon sempat bersukan ek.. bagussss.. hilang mendak kueh raya dalam perot huhu.. shin suka gi beraya.. xde la hari raya habis kat umah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada sedara yng boleh dijengah, elok la berziarah. Bila lagi, jika tak raya, masing-masing sibuk dengan komitment sendiri.

      Delete
  10. Replies
    1. Selamat Hari Raya buat Fazie juga...

      Delete
  11. Azie, umbut nyok.lama nya tk makan.sedap tu buat masak lemak..masa kecik2 dulu makan cm tu saja un sedap.mcm mkn sengkuang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa di kampung dulu, kalu time orang tebang pokok nyioq, memang dok peligan nak umbut tu la dulu. Dari yang keras rangup, sampai ke nipis macam tisu tuh!

      Delete
  12. Selamat Hari Raya K.Azie..
    Umbut nyiur tu selalu orang buh dalam gulai time kenduri kat kg dlu2..tapi sy tak penah makan pun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Jika masuk dalam gulai, ianya seakan orang Masak Gulai Rebung la juga.

      Delete
  13. Masak putih itu memang menggoda selera. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Sebab pastu ada Sambal Belacan pulak. Aduhhh...

      Delete
  14. sedapnya kalau dapat makan umbut kelapa tu.. lama nau tak makan.

    ReplyDelete
  15. tuh yang best bila balik kampung. makanan rare rare!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alangkah rugi, sapa yang ada kampung, tapi tak mo balik kampung...

      Delete
  16. saya usahkan nak update pasal raya...nak baca entri kawan2 pun tak sempat langsung. nie pun ada masa sket sebelum nak bertolak balik ke KL jam 3am nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler juga. Kak Azie pun belum sempat BW lagi. Update pun kalut kalut jer. Sementara masih ada sikit rajin.

      Delete
  17. Alamak teruja membacanya. Terasa ada di sana.... tradisi orang melayu yang masih terjaga...
    syiok gak yerk der laean bola bagai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik. Teruja juga nak tengok lawan bola tu. Tapi memang tak sempat. Masa kami melintasi padang sekolah tu, game baru saja selesai. Bebudak pun dah nak balik. Nampak piala jer dijulang, tapi tak tau sapa menang sapa kalah....

      Delete
  18. Salam AA,

    betapa Ratna adore pabila makanan berhidang terletak duduk didalam dulang berbunga yaitu cara majlis kenduri yang kini semakin susut diamalkan... juga "umbut nyior masak lemak putih" tersebut adalah salah satu masakan yang sering disediakan oleh Moyang, nostalgia.. !

    Cara beraya dikampong halaman yang masih erat dengan tradisi turun-temurun seiring dengan layanan nan mesra yang sayangnya kok tenggelam dek cara terkini yang ber-melimelo dengan budaya kota yang terlebih bling-blingnya...

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak RATNA,
      betul. Saya sendiri teruja dan terharu dengan cara layanan orang kampung yang sangat-sangat mesra dan menghargai tetamu. Malah depa sangat jujur dengan cara budaya depa sendiri. Takda unsur menunjuk-nunjuk langsung. Kita akan rasa selesa, dan terasa semakin dekat di hati.

      Delete
  19. Umbut nyok buat kerabu best wo...makan gitu pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie tak pernah lagi jumpa orang buat kerabu guna umbut nyok. Mesti best tu. Rangup segar, kan?

      Delete
  20. raya kalau tak makan semua jenis lauk kampung memang tak sah... sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab orang kampung memang akan masak menu kampung. Tu la antara tarikannya bila balik ke kampung or menziarah ke kampung orang.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails