Thursday, August 15, 2013

Raya cara kami: again?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
15-08-2013


Ahad menjadi hari terakhir cuti saya sebelum Senin saya akan mula kerja semula.

Anak-anak masih bercuti skulah, dan agenda makan-makan adalah sangat best untuk dilaksanakan.



Ayam Panggang. Dah lama plan nak buat. Sebab saya masih simpan sos perapan masa gathering blogger dulu. Perapan tu saya simpan dalam peti beku, so rugi kalu tak buat.


Hasilnya tak lah mengecewakan, wpun bebudak ni lebih nak main api dari nak jaga api. Tu yang ada terbabas hangus sedikit tuh...


Atas permintaan MyToklaki, minta buatkan Laksa. Mesti kena guna resipi yang Kak Ros Sarawak tu bagi dulu. Sejak saya buat kuah Laksa ikut resipi tuh, MyToklaki tetiba jer jadi peminat Laksa. Kalu dulu, langsung tak layan Laksa.

Oleh kerana baru beberapa hari Raya, susah betul nak cari bahan terutama Daun Kesum dan Kantan. Langsung tak kelih di Pasar Pudu. Akhirnya terpaksa juga ke Tesco, dan cuma dapat jumpa Kantan jer. Daun Kesum langsung takda, so abaikan saja lah...



Ini permintaan CHAK. Dah lama saya beli bahan untuk Fetuccini Cabonara ni, tapi tak terbuat sebab bulan posa macam tak berbaloi jer nak buat.

So masing-masing puas makan. Si tukang masak, ikut saja.



Wpun Laksa saya takda Daun Kesum dan kurang bahan ulamannya, tapi rasanya langsung tak terjejas. Caya lahhh... ! Sedap habaq hang!


*Maafkan saya sebab masih tak sempat nak BW.






 ~...melihat talam ditatang orang tahulah HISYAM, giliran untuk menjadi penanggah sudah berakhir, SERI BULAN juga sudah habis masa untuk mengangkat gelas bertingkat lalu kini masing-masing faham bila majlis menurun tirai bermula ada bicara perlu disuara ada agenda tunggu berjeda, dan ada cerita runcing perlu dibincang...~




36 comments:

  1. Pasni kalau ada pertemuan lagi, Azie buat laksa, ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... Kakcik! Macam tahu apa saya fikir. Memang saya ada plan, kalu ada gathering saya nak try buat Laksa.

      InsyaAllah...! InsyaAllah!

      Delete
  2. Replies
    1. Jom kita balik kampung, tangkap ayam. Mahu? hehehe

      Delete
  3. saya tak pandai masak laksa, boleh beritahu camana caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu rajin, SEARCH di blog saya. Ada beberapa entri di bawah tajuk “makan-makan” dan laksa.

      Delete
  4. salam sis
    Lama ta tak masuk sini
    Maaf zahir batin dari ta sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terimakasih TA. Kak Azie pun tak sempat lagi nak BW. Sikit sikit jer dulu. Dah start kija, sibuk laaa.

      Delete
  5. Kak Azie hat hanguih tu la yg sedap!

    Resepi perapan tu nak kena mintak dengan Iyralah. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Perapan tu lebihan gathering BBQ kita dulu tu. Iyra dah malas nak bawak balik, so Kak Azie amik simpan frozen. Sedappp!

      Delete
  6. Awat tak mai rumah saya... bukan jauh pun dari KL. Daun kesum, bunga kantan berketoi ketoi bunganya kat belakang rumah... heheh.. Selamat hari raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa rumah tang mana? Habaq mai... bila bila boleh terjah!

      Delete
  7. Saya takut nak buat laksa sebab saya tak minat walaupun orang rumah minat. So, saya takut rasanya akan ke laut. Saya memang kagum dengan orang yang pandai buat laksa macam akak. Eh, tapi akak pandai buat macam2. Oh, saya kagum double triple lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan takut nak cuba. Dulu-dulu Kak Azie pun rasa macam leceh jer nak buat. Tapi bila dah selalu, semua tu jadi mudah le pulak.

      Ziela boleh cuba sikit dulu. Setakat 3,4 ekor ikan pun ok. Nanti resipi, Kak Azie tulis kat blog lah ya

      Delete
  8. azie.....perut saya tgh berkeroncong ni dek puasa ganti hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jangan ler camtuh. Sabor Kam... sabor.

      Delete
  9. sedap2 semua kak

    akak bg resepi fetuccini cabonara tuu boleh tak kak !
    whatsapp saya kak
    nakk sgt2 .. nak buat utk bday anak minggu depan ;)

    0182121619 kak !

    ReplyDelete
  10. ayam panggang tu menarik perhatian.. ;)

    ReplyDelete
  11. fetuccini cabonara digandingkan dengan laksa. memang timur dan barat, jumpa nya di meja Kak Azie juga kan?

    dalam keluarga, saya sorang aje yang tak reti makan laksa. memang selalu kena gelak. kalau makan pun makan kuah nya dgn nasi. tapi bila dah makin tua ni, boleh la sket-sket makan. kira maju la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai rakyat dalam rumah ni, tu yang pelbagai selera. Bebudak ni, semua nak belasah. Yang anak dara ramai minat menu western. Camtu laaa...

      Di sebelah timur, kalu tak silap, depa makan laksa dengan tangan.

      Delete
  12. ahad ni saya pun plan nak buat fetuccini Cabonara tu..bahan dah ada..kalau anak tak meragam jadi la ia,..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabonara ni memang kena buat dengan fetuccini jer. Dengan pasta jenis lain, selalunya tak sedap. Selamat memasak!

      Delete
  13. sedapnya laksa kak..cantik rupanya.. share la resepi..

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Sama ler kita. Kak Azie ni minat semua jenis Laksa...!

      Delete
  15. Assalamualaikum,
    sib baik tak letak pulut kuning tuh hu huhuhu kalau tak, ada orang kena pi beli beras pulut mengukus bagai la ni hu hu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita dating, Kak Azie usahakan yaaaa....

      Delete
  16. hehehe....bab panggang memanggang nie yang best nie. masa balik raya itu ari tak sempat nak buat BBQ sebab masing2 sibuk. dah la nak kumpul adik2 beradik susah, bila time raya pun memasing sibuk gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. BBQ ni bukan saja sebab sedap makan, tapi kemeriahan membakar tu pun seronok. Meriah, kan?

      Delete
  17. Teman dari stsrt dok kl sapai la ni x jumpa2 lg daun kesum nya dkat mydin, tesco, otk.. frust x dpt buat asam pedas.. hu3..

    Laksa tu menyelerakann.. nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye laaa.. Dah banyak hari tengok memang susah nak dapat Daun Kesum sejak lepas raya ni. Pelik, kan?

      Asam Pedas kalu takda Daun Kesum, memang potong laaa... Kalu nak sangat, boh bunga kantan saja lah...!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails