Tuesday, September 24, 2013

Pakai hitam? Ada aku kesah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
24-09-2013


Saya sangat hargai begitu banyak komen-komen menarik dan positif lagi bermotivasi di entri saya sebelum (juga sebelum-sebelumnya). Walaupun saya tak berkesempatan BW ke blog anda sekalian, juga membalas komen di entri sendiri, tapi saya sentiasa baca.

Saya masih dedar terutama menjelang petang, dan demam sedikit (read: suhu badan naik) apabila malam. Tapi degil (memang dasar keras hati), saya makan ubat dan paksa diri pegi kija. So hari ini tetap kija wpun saya masih dalam zon tak selesa. Batuk dan tak selera makan. (Bab tak selera makan tu, kompom la ramai tak percaya).

Syukur semalam Senin, kami ‘dilepaskan’ awal. No OT. Apalagi, melompat la bila dapat balik kul 5:00pm. Sekarang ni terasa waktu rehat adalah sangat bermakna.

(Ada beberapa perkara terpaksa dikorbankan bila rutin kerja saya begitu ketat, terutama saya tak banyak waktu untuk duduk sama-sama bebudak time depa buat keja skulah.)

Secara peribadi, beberapa hobi dan minat selama ini pun terpaksa dikekang. Banyak novel-novel yang saya beli awal tahun ritu masih berplastik, dan ada yang baru suku dibaca. Sedih. Sebab selama ini novel-novel banyak memberi inspirasi kepada saya. Saya peminat Sastera sejak sekolah menengah. Saya minat puisi, minat sajak. Saya score A1 dalam Sastera masa SPM. (Opsss!)

Lately pula, ada banyak novel-novel hebat di pasaran yang kini di‘siri-drama’kan. Saya ada banyak novel yang tersenarai tu. Yang sekarang dok tayang ialah Kampung Girl tiap Jumaat. Akan datang, drama dari novel ‘Jodoh Itu Milik Kita’. Saya dah pernah ulas beberapa novel tersebut. Antara entrinya > Jodoh Itu Milik Kita. (Saya perasan entri tu menjadi semakin banyak diklik orang)

Tayang-tayang (sebuah khidmat sosial):


*Pesanan masyarakat oleh BHMetro.


Sebenarnya, hitam pun antara warna paberet saya. Saya ada banyak T-shirt kaler hitam. Adakah saya akan menjadi orang yang disyaki kelak? Hahahaha!






 ~....SERI BULAN sungguh merasa terpaksa bilamana harus berdepan dengan sesuatu yang dipanggil “bizarre”, dan tanpa HISYAM, segalanya terasa begitu pelik lalu memaksa dia memberanikan diri berjalan sendiri di denai basah lembab di remang senja menyusul HISYAM di balai raya kerana sibuk mengajar anak muda bermain gitar tua....~




33 comments:

  1. hik hik.. x pepasal kan kaler hitam jadi mangsa.. mujur shin x minat sgt kaler hitam.. kalo pakai baju hitam time pepanas rasanya jd lagik rimas.. dia nyedut haba panas kot kaler hitam ni #sabokak

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Hitam tu misteri...tu pasal kot jd pilihan penjenayah...pasni penjenayah pakai baju merah pulak hu hu hu

    ReplyDelete
  3. hitam itu menawan....ala ala silhouette gitu...

    ReplyDelete
  4. hitam itu menawan! saya pun sukakan warna hitam gelap.
    Tapi mungkin kita bukan penjenayah yang dicari.

    ReplyDelete
  5. Saya suka warna hitam... Baju tshirt saya pon banyak hitam... Adakah saya penjenayah? Saya tersinggung dengan metro! Hahahaha......

    ReplyDelete
  6. sy pun dl suka pakai tshirt hitam, sampai mak tegur... hitam itu penuh misteri laaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. kalau gay suka pakai v-neck.. hahahaha..

    ReplyDelete
  8. Hitam...gaya, mutu, keunggulan...

    T-shirt dan seluar kerja Aina banyak yg hitam warnanya.

    ReplyDelete
  9. Saya pun suka pakai hitam sebab bila pakai hitam selalu rasa diri ni kurus..:)

    ReplyDelete
  10. kalau waktu malam...kelam...suram...berpakaian hitam sangat menakutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. ye ke? x pulak sy pernah terbayang camtu...

      Delete
  11. akak... sy suka warna itam jugak..... huhu

    ReplyDelete
  12. Kekangan masa membuat yg digemari tak dapat dilaksanakan ye...
    kebanyakan jubah kakak pun warna hitam.

    ReplyDelete
  13. saya dan suami suka kaler hitam, dia pun banyak juga baju kaler hitam.....

    ReplyDelete
  14. saya pun suka pakai baju hitam....hehehehe. Cepat sembuh yer kak, mkn ubat jgn skip k?

    ReplyDelete
  15. Saya tak suka pakai itam, sbb rupa saya pun tak berapa putih.
    Tapi suami suka tshirt hitam..hampir semua tshirt dia itam. Konon cool!

    ReplyDelete
  16. Warna hitam adalah koleksi jubah kak Zai. Masih belum punya warna lain lagi hihi....

    ReplyDelete
  17. akak kena pakai tshirt hitam, tapi akak tampal font putih tulis, "Saya bukan penjenayah."

    ReplyDelete
  18. ahhaha kalau saya , saya memang suke kak keke ;)

    ReplyDelete
  19. alah kak.. warna tu sinonim dengan penjenayah sebab waktu gelap mana nak nampak dorang.. ;)

    ReplyDelete
  20. Sua sangat Jodoh itu milik kita..rasa tak best seram sejuk kalau tak layan cerita tu kat tv..hehe

    ReplyDelete
  21. sya pulak tak suka pakaian hitam sebab susah nak basuh..cepat panas bila pakia hitam dan kalau kawasan yang berhabuk lagi senang nampak habuk tu..mata saya ni pantang nampak habuk mula la tetiba rasa tak de mood.hahahah

    ReplyDelete
  22. hehehehe.. sama lea kita, hitam pun banyak dalam koleksi pakaian teman.. hu3

    ReplyDelete
  23. Saya sangattt suka pakai tudung hitam dan skirt atau kain atau seluar hitam. Kita boleh genglah kak.

    Saya pula dah lamaaa x beli novel. Sebab novel yang ada pun saya belum buat ulasan. So, hukuman untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  24. lps baca ni penjenayah tukar kepada kaler pink
    acaner?hihi

    ReplyDelete
  25. Seri Bulan Obosiiti, jadi hitam itu mengecilkan pemglihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju!!! baju saya pun memang banyak kaler gelap.

      Delete
  26. azie.knah juga banyak baju warna hitam..hitam itu menawan..ke hitam tu misteri..=)

    ReplyDelete
  27. elak pakai hitam sbb serap haba terutama bawah terik matahari ...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails