Wednesday, September 18, 2013

Pesta Tanglung @ Lantern Festival 2013: Chi Chiong Kai tu kat Taiwan eh, Azie?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
17-09-2013


Hari ini Selasa kan? Wahhh bercuti sakan 3 hari. Tapi saya cuti cuma 2 hari saja, sebab Sabtuday tu kija juga. Sampai kul 5pm.

Lalu cuti hujung minggu berganda dengan Senin, amatlah bermakna sekali.

Tapi, sebelum cuti tu saya sempat singgah di tengah kota KL dengan hajat nak tengok sambutan dan perasmian Pesta Tanglung di sekitar Pasar Seni dan Chi Chiong Kai.

Ada yang tak tahu apa itu Chi Chiong Kai? Hahahaha...!




Sekitar Chi Chiong Kai yang berwarna-warni. Tapi menurut kawan saya yang mengikuti pesta ini, tahun ini kurang tanglung berbanding tahun lalu.






Saya mencuba bermain Yo-yo Cina “Diabolo” yang dianjur oleh pelajar dari UPM. Seronok, berpeluh memerlukan kemahiran dan fokus. Tapi saya memang tak pandai. Sekadar mencuba dek kerana teringin.

Saya sempat menonton beberapa persembahan di pentas Pasar Seni, sebelum majlis perasmian juga sempat mengikut sebahagian perarakan tanglung yang bermula dari Pasar Seni ke Petaling Street.

Sudah lama saya teringin hendak menonton sesuatu yang bersifat tradisional, berbudaya dan berwarna-warni sebegini. Ramai juga pelancung luar yang turut menyertai juga bangsa lain yang ikut memeriahkan perayaan ini.


Persembahan pembukaan ini paling meriah paling lama dan ceria. Muzik gamelan bercampur gendang besar, sedikit irama klasik India, pukulan rebana yang serentak memberikan rasa keterujaan kepada saya. Saya suka persembahan ini.




Tarian budaya Cina yang berwarna warni. Asyik tengok bebudak comel ni menari.


Terus teringat, saya pernah beraksi di pentas ini beberapa tahun dulu. Berpuisi untuk siaran RTM sempena Hari Merdeka. Mana ntah gambar tuh...?




Saya paling suka singa-singa nih...!




Kebetulan pula saya pakai baju merah....!




Mungkin ada yang berpendapat, perkauman adalah suatu perkara sensitif yang mudah saja dijadikan modal perpecahan. Ya.. tetapi menghormati kaum lain berserta budaya dan kepercayaan mereka adalah mudah asal kita tidak terlalu memikirkan segala yang bertentangan. Mengambil tahu apa yang mereka anuti dan amalkan bukan menjadi kesalahan kerana kita akan lebih memahami mereka, menghormati mereka sebagaimana kita mahu orang menghormati kita dan amalan kita.

SELAMAT HARI MALAYSIA...!







 ~...sudah berkali-kali SERI BULAN beramaran agar HISYAM tidak terlalu baik hati menerima apa saja kiriman salam dari sesiapa yang tidak dapat dipastikan pengirimnya tetapi sudah menjadi lumrah HISYAM yang tidak pernah sampai hatinya untuk menolak sebarang kata manis sebarang kata salam pengenalan sehingga akhirnya dia sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu sampai dahulu yang mana satu harus diabaikan sahaja tanpa perasaan lalu mendorong SERI BULAN untuk menjadi penapis berita mengedit cerita agar tiada yang tersanggit hati suratnya tidak berbalas...~




42 comments:

  1. Pemetik api tidak akan mengeluarkan api kalau tiada yang memetiknya - melainkan kalau gasnya dah habis, petiklah macamanapun kan? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai pemetik api bomba kot Kakcik. Hehehe

      Delete
  2. Wahhh tahun depan ajak kami sekali eh... Dah lama jugak tak singgah area situ.

    ReplyDelete
  3. Takkan pasal minyak naik 20 sen tahun ni kurang tanglung ...... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai Bang YB teka. Agaknyer la tuh!

      Delete
  4. Wah pakai baju merah, manyak ong loh. Jinak tak singa-singa tu semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jinak cara dia. Tapi nyaris saya digigitnya! Hahahah!

      Delete
  5. Lamanyaaaa saya tak lepak2 di CM. Kalau tidak dulu, sampai tolong berniaga di kedai2 situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler. Kak Azie pegi pun sebab ada acara jer. Untuk lepak saja-saja memang tak lerr

      Delete
  6. sangat meriah.. ;)
    Dah bertahun tak pergi situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah kerana warna juga meriah kerana muziknya.

      Delete
  7. Sekian laporan saya dari pasar seni dan jalan petaling. Jumpa lagitawun depammm..salam muhibbah..

    ReplyDelete
  8. Meriahnya pesta tanglung ni. Kunjungan terakhir KZ ke PS ni tahun 95 ketika masih bergelar nurse di PPUM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Izan, sekarang Pasar Seni nampak lebih teratur cuma dikesali ramai peniaga letakkan warga asing menjaga gerai/kedai depa. Dah tak ramai orang kita yang jaga kedai sendiri...

      Delete
  9. dah lama akak tak berbaju merah...
    dah lama jugak tak main tanglung...
    skrg ni tanglung ada yg guna bateri, dulu punya pakai lilin betul, tu yg teruja sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh saya ada selai dua jer baju merah. Sebab saya tak pernah cantik berbaju merah. Hehehehehe!

      Memang tanglung diberi percuma malam tu. Saiz sederhana bentuk naga siap ada lampu berbateri di dalamnya. Cuma saya jer yang tak amik. Segan.

      Delete
  10. Meriahnya, kak Zai tak pernah tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab meriah tu la yang saya sangat suka nak tengok.

      Delete
  11. tak rajin nak pi petaling street ... nampak meriah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika takda urusan, memang tak ramai orang rajin nak ke situ pun. Situ selalu jem.

      Delete
  12. Wah, meriah bertanglung oleh si baju merah lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju merah tu tak plan pun. Secara kebetulan saja tu. Lepas tengok semula pic, baru perasan baju merah sedondon dgn tema perayaan tuh!

      Delete
  13. wahhh..
    bagus untuk sesi potograpi saya ni!!
    tenkiu beritau!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa.. silakan. Btw, malam tadi sebenarnya baru bermula Pesta Tanglung tu (iukut kalendar Cina). Pesta masih berlangsung sampai weekend nih. Pegi la tembak gambar banyak-banyak!

      Delete
  14. meriahnya..... munna suka tgk tarian singa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita. Suka sangat tengok singa tergedik gedik tuh!

      Delete
  15. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh terimakasih. Nanti Kak Azie pegi ziarah yaaa...!

      Delete
  16. azie...terasa mcm kat penang pulak bila tgk tarian singa mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Saya rasa kalu kat Penang gerenti lagi meriah!

      Delete
  17. meriah2 dan penuh warna warni......tgk pic tu tiba2 hilang ngantuk...

    ReplyDelete
  18. lo helloo
    Bila nak demo nak update tarian naga,mtarian kerbau lembu pulak..

    ReplyDelete
  19. tersanggit pulak hati si seri bulan tu azie... ish.. mmg kena pantau btul2 si hisyam tu..
    hhaahhaha

    madam suka xtvt kesenian cmtu..seronok tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesenian adalah suatu perkara yang saya sentiasa minat sejak sekolah sampai la dah tua nih!

      Delete
  20. Amboi meriahnye... susah yer kak main yoyo tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah kalu tak fokus. Sebab yoyo tu akan mudah jatuh dari tali. Memang perlukan skill dan latihan. Kalu pandai, mesti dah boleh lambung lambung yoyo tuh!

      Delete
  21. Replies
    1. Sangat meriah. Warna warni dan bunyi yang rancak!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails