Friday, September 20, 2013

Tiba-tiba, saya rasa tak selesa nak berblog....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
20-09-2013


Ehh terasa lama saya tak update. Seorang rakan lama, call saya sebab tiada sebarang entri terkini untuk dibaca. Amboiii...

Sebenarnya,
hari tu (hari apa eh, Selasa?) saya tak sedar masa saya curi masa membalas komen, ada seseorang yang berdiri di belakang dan sempat pula mencuri pandang blog saya. Wahhh silap saya kerana cuai.

Mungkin saya tidak patut bersangka buruk kerana itu bukan isu. Cuma saya tak selesa jika ada seseorang di tempat kerja dapat menjejak blog saya. Ada beberapa sebab yang membuatkan saya kurang selesa. Tentulah saya tidak selesa untuk menulis sesuatu yang ‘sarcastic’ tentang tempat kerja or berkaitan orang-orang di bawah bumbungnya.

Cuma, saya berharap dia yang melihat tidak salah anggap tentang apa-apa jua entri saya sebelum ini berkaitan tempat kerja.

And then, kemudian dia menegur, “Best blog.” Alamak! Saya tetiba jadi segan.

“Jangan bising-bising eh. Saya tak selesa. Tak nak ada stalker di sini.” Sekadar mengingatkan.

Saya memang tidak pernah rasa bersalah atas apa jua tulisan saya (saya bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tulisan saya), tetapi jika boleh dielakkan memang saya akan elak untuk blog dihebah di kalangan rakan sekerja. Samada bakal dipuji atau dikeji, saya tidak menghendaki sebarang publisiti atau isu perbualan menjurus gossip menyakitkan hati.

Kerana saya melihat, tidak ramai nanti yang akan faham perjalanan dan pergerakan or gaya hidup seorang blogger jika mereka tidak pernah baca blog, tidak pernah tulis blog. Mungkin akan ada beberapa perkara yang bertentangan pendapat dan kelak menimbulkan perselisihan faham.


****


Sedar tak sedar, hujung bulan ini IKA dah nak habis skulah dia. Terasa macam cepat jer masa berjalan. Walaupun 3 tahun dia tu, bermula lewat setahun (kalu ikut umur, dia dah boleh habis tahun lepas) tetapi bila dia inform yang hujung bulan ni dia akan balik terus, wahhhh... cepatnya!

Tayang-tayang:


Sebenarnya saya tiada gambar best nak tunjuk pun!





 ~...memang dalam begitu banyak perkara hanya SERI BULAN yang lebih memahami HISYAM (and vice-versa) tetapi semakin hari Mak Utih semakin mendalami isi hati budi pekerti teruna dara yang dijaga ditatang bagai anak sendiri sehingga dia cepat pula mengerti bila melihat SERI BULAN berjalan kelam kabut melangkau anak tangga sewaktu balik dari baruh petang semalam, dan HISYAM yang mengekori dari belakang bagaikan cicak terkebil dilastik getah sekerap...~




41 comments:

  1. kenapa dah 3 4 hari ni akk senyap jea???tnggu jgk ceritera menarik dari akk..seb baik ada cite pepagi ni...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3,4 hari yang sangat sangat sibuk. Sampai rumah nak dekat jam 10, letih sesangat.

      Delete
  2. cantik gambar tu...noe jarang sgt update pasal kisah2 office...so klu ada yg nak jadi stalker...x ada hal la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler. Sebenarnya jarang juga, malah tak pernah pun tulis nama or lokasi secara spesifik, tapi mana la tahu...

      Delete
  3. dont stop blogging...terhibur baca.masa kerja dulu saya pun tak suka org tau ttg blog saya..rasa mcm terkongkong nak tulis .takut org salah anggap. Pada anak anak selalu pesan anything bad ttg kerja jgn tulis..depa boleh guna utk sabotaj kita esp bila ada luang utk kenaikan pangkat.Mana tau ada yang sakit hati....seen that.

    ReplyDelete
  4. ok la tu kak..dah ada peminat kat opis hehehe

    cerita hisyam n seri bulan kelakar la hari ni.." cicak terkebil dilastik getah sekerap" ahak3 betul2 nostalgik

    ReplyDelete
  5. betul tu,satu ketika dulu sy hampir tutup blog sbb ada org dlm opis tahu sy ada blog.tp skrg sy dah tak kisah.dgn maksud 'awak bertangguhjawab dgn apa yg awak baca' nak baca ,bacalah.harap apa yg awak baca setakat itu sahaja.jgn gatai nak heboh kt org

    ReplyDelete
  6. Rasa mcm terpaksa berhati2 pulak nak menulis lepas tu kan..
    Apapun, teruskan blogging..ini hobi minat kita.

    ReplyDelete
  7. salam AA, mulanya sy pon mcm tu gak bila org luar yg hampir dgn kehidupan kita terutamanya tempat kerja tau kita blogging.., ada yg tau tp bila jumpa buat tak tau...bagus jd stalker mcm tu..dan itu yg diharapkan..alah bisa tegal biasa. lantak pi kat depa.. :)

    ReplyDelete
  8. saya paling tak suka jika ada suku sakat yg tau blog saya,pastu keluarkan cerita blog kita masa kumpul reramai..

    ReplyDelete
  9. Saya pun kurang selesa kalau ada kawan-kawan ofis yang tau saya ada blog, so far belum ada yang tahu.

    ReplyDelete
  10. Relax la.. tau pun ok, tak tau lagi bagus.. kalau dah tertau nak buat macamana kan..

    Jangan sampai merajuk dan gantung keyboard dah ok? Sunyi la kami...

    ReplyDelete
  11. Saya cuba membataskan penulisan di blog saya. Blog dan fb adalah media sosial untuk umum. Jadi, sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan. Memang ada rasa sedikit terkongkong sebab tak habis meluahkan. Tapi that is life. Terfikir juga nak buka blog lain yang totally tidak expose diri agar boleh share apa yang tak boleh di share. Err..pening kan kak..

    ReplyDelete
  12. Kakak rasa pun sama macam azie agaknya kalau ada teman sepejabat tahu blog kita. Tapi mujur juga semua penghuni pejabat kakak tak tahu melayu pun...

    ReplyDelete
  13. Saya pun rasa yang sama. Ada kawan kawan yang tahu saya ada blog bertanya apa nama blog, tak mahu saya bagitau. Saya conscious pula bila tahu orang yang kita kenal membaca blog kita. Kenapa yer????

    ReplyDelete
  14. Aina biasanya limitkan cerita2 pejabat kalau ada pun tulis yg hepi2 ja tetapi baru ni kena jugak tangkap dengan MOD to be...huwaaaa...

    Bab family pun sama jarang nak tulis marah itu marah ini tak puas hati itu dan ini nanti jadi isu.

    ReplyDelete
  15. samalah dengan saya kak...cuma ada segelintir sahaja yang tahu..tuptup dorang pun ada blog jugak ..

    ReplyDelete
  16. blog sy pun..kwn2 tak tahu, even kwn terdekat pun sy tak bgtau... -.-

    ReplyDelete
  17. hanya nur sorang berblog kat opis...
    pada nur nak tengok..tengoklah bukannya kita tulis yang bukan-bukan...

    ReplyDelete
  18. Hisyammmm tolong basuh betis Seri Bulan, basuh selut pada malan bute,,ahak..
    Tak selesa berblog kunun, buat kali ke 100, ITULA public figure

    ReplyDelete
  19. Kak, orang yang ternampak blog akak tu, adakah dia seorang yang boleh dipercayai dalam menyimpan rahsia?

    ReplyDelete
  20. Moga blog ni masih 'selamat' dan tuannya berada dalam zon selesa di office..

    macam saya.. en. suami berpesan jangan cerita yang tak baik dalam blog.. tapi sesekali ada gak terlepas cuma dalam keadaan santai dan bukan menghentam secara direct orang tu.. ;)

    ReplyDelete
  21. saya pon macam tu.
    sbb tu dah kurang nak menulis.. huhuhu

    ReplyDelete
  22. betul...

    dan ada kwn sy y bukan blogger sibuk nak tahu apa blog sy.. jawapan sy tiap kali, 'sila cari sendiri'. berkali-kali!

    ReplyDelete
  23. Orang kenal dan tegur , itu tandanya penghargaan :-)

    ReplyDelete
  24. Kejap lagi nak date ex Gf yang kerja situ,,,hhee. Bai yang sila search korea hhee search Hisyam tak pun Seri Bulam ata Seri Malam.ahak hakk

    ReplyDelete
  25. Sy pun sebenarnya tak selesa kalau ada orang yg sebumbung ngn tmpt keja kita tau pasal blog kita. So far, ade jer orang yg tau sy sorg blogger, tp diorang x penah minx URL blog. So selamat lahhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni Kak Azie pun masih rasa selamat. Akan datang, taktau la. Untuk selamat, kena tulis yang baik baik saja lah

      Delete
  26. kalau pribetkan blog,jgn lupakan saya tauuu..:P

    ReplyDelete
  27. Gambar tu sgt cantik1 rasanya kat Msia tak dekan?
    Terus je bblog. tapi tak syiokkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk info: itu Naminara Island, Korea Selatan.

      Delete
  28. kat ner lak leh jumpa love tu yer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naminara Island (tempat Winter Sonata tu)

      Delete
  29. saya pun rasa perasaan yang sama juga, paling tak suka kalau boss yg baca

    ReplyDelete
  30. saya pun sama..rasanya kawan2 saya tak tahu yang saya menulis blog, family pun sama heheee

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails