Saturday, September 21, 2013

Sahabat: menghargai dengan cara masing-masing wpun Ikan Masin yang digoreng wangi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
21-09-2013


Sudah lama tidak bersua. Walaupun pun lama, tidaklah dapat menyamai lamanya kami-kami berkenalan, bersahabat dan begitu panjang masa yang sudah kami lalui sebagai keluarga yang saling mengenali penuh ikhlas. Macam adik beradik.

Saya ada ramai kenalan sebegini. Yang kenal seluruh ahli keluarga. Jarang jumpa. Tegur sapa cuma di FB bila ada masa. Usik mengusik sakat menyakat, makan-makan bersama adalah agenda biasa yang diterima penuh ikhlas sepanjang masa. Lalu menghargai mereka sebagai sahabat yang baik adalah suatu perkara yang sering dilakukan dengan pelbagai cara. Cara masing-masing.

Semalam;
ABAH & KAK ROS berkunjung datang. Memanjangkan cenderahati dan sedekah dari sahabat yang lain yang turun KL minggu lepas dari Ipoh.

Terimakasih banyak, wpun terpaksa menunggu beberapa minit saya yang belum balik kija. 2,3 hari ni jalan asyik jem saja, so saya sampai di taman rumah saya sekitar jam 9.00 malam. Terimakasih sebab sudi juga datang makan bersama.



‘kobis layu’ baru balik kija.



Ikan Terubuk Masin dan Kuih Tebaloi tu dari Kak Rose yang balik ke kampungnya di Sarawak bulan lalu. Alhamdulillah ada juga baki lagi cenderahati untuk saya.



Ikan lampam yang dipaket cantik bersekali dengan berasnya. Hari minggu ni bolehlah dikerjakan. Yesss...!



Mungkin ada yang tak pernah tengok Kuih Tebaloi. Dari tepung sagu. Rangup nipis, macam keropok. Rasa lemak dan tak berapa manis.

Terimakasih buat mereka yang terlibat dalam ini cerita!

Nak sayang ketat-ketat boleh? Heh heh!





 ~...semasa SERI BULAN menyebut tentang bulan yang sudah beberapa hari penuh mengambang sehingga asyik pula dia menanti setiap malam di ambin tidak berdinding, berteman asap sabut buat penghalau nyamuk, HISYAM mula rasa ada sesuatu yang mesti diusahakan untuk meraikan teman sejati lagi baik hati yang tidak pernah mengharap sesuatu melainkan sekadar peneman ketika harus ke sungai membilas kain...~




25 comments:

  1. kak, kobis layu eloknya masak sup atau air je kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii... kalu lawan dengan sambal belacan? Perhhh!

      Delete
  2. semua pemberian tu memang sedap dan di sukai sepanjang zaman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sesangat sebab ia dah jadi pembuka selera.

      Delete
  3. pekasam? pek camtu buat dia nampak sedap, naik setakok tarafnya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik, naik setakok? Wahhh dah lama saya tak dengar ayat tuh!

      Delete
  4. x penah makan...dan bru hari nie nama kuih tu kak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih tradisi Sarawak. Kat sini tak banyak orang jual. susah nak dapat. Kena pegi Swak baru boleh jumpa banyak.

      Delete
  5. Tanpa. Disedari seri bulan adalah adik angkat Hisyam, uw aa.
    Org perak selalu berangkat angkattT

    ReplyDelete
  6. Azie, apa? balik krja pkl 9 malam? mak ai..lewatnya..msti u ni jnis ada stamina brguni2, kalau saya dah trlepek..balik sekolah pkl 130 pun dah lembik..agaknya krja ofis memang dah besa mcm ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kerja lebih 8 jam sehari Kak Inda. Apa nak buat, saya ni ibarat minah kilang. hehehe

      Delete
    2. Ekk saya kerja 16 jam. Ok jer

      Delete
  7. ikan pekasam tuh , ish ... perahkan sikit limau mkn dgn nasi panas , nyam nyam ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Memang. Tak terkata sedapnya!

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    Lama dah tak makan tebaloi...tetiba windu!

    ReplyDelete
  9. Pemberian ikhlas tanda persahabatan tu... sgt mahal harganya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatan tu yang sangat saya rasa terharu!

      Delete
  10. Kukus pulut, kukur nyok dan goreng pekasam, laki lalu belakang pun buat2 tak nampak!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails