Monday, July 7, 2014

Aura air tangan isteri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan
07-07-2014


Hari ini menjadi sejarah kecil (sebelum bermula sejarah besar) di tempat kija saya. Pelancaran syarikat tempat saya cari makan ini dinaiktaraf menjadi “holdings”. Launching pagi ini di Hotel Ridz Carlton Bukit Bintang, melibatkan sebahagian besar staf (dan semua managers). Sebagai pekerja, walaupun masih baru saya tetap berasa bangga. Dan ini diharapkan menjadi pemangkin semangat untuk bekerja lebih baik, lebih keras. Demi rezeki. Dan diyakini, kerja yang baik dengan usaha yang berterusan akan mendapat ganjaran yang baik juga. InsyaAllah.

Ehh... saya nak bercerita tentang ‘air tangan isteri’. Dah selalu kita dengar, isu masakan isteri. Tak perlu tengok jauh, dalam rumah kita sendiri pun. Mak-mak kita memang tukang masak pujaan dan handal di hati kita. Maklum sejak lahir kita makan dari hasil air tangan mak kita, kan?

Lalu bila kita jadi mak pula, kita berusaha untuk menjadikan air tangan kita paling sedap di mata dan perut rakyat dalam rumah.

Saya bukan tukang masak handal. Ada baaaanyak lagi yang saya tak pandai masak. Tapi apa yang saya tahu masak, sudah menjadi suatu perkara hujung jari. Pendekata, macam pakar. CHAK selalu kata, ‘mak ada dapur magic’.

Saya pernah baca, orang lelaki ni (suami kita ler) ada 2 perkara besar yang kita nak jaga.
  1. perut depa
  2. katil tempat tidur depa
Kalu 2 perkara besar ni kita jaga tip-top insyaAllah, depa ‘lekat’ kat rumah. Tapi kalu dah jodoh, depa nak kasi MADU kat kita, redha saja ler. Jangan mengamuk. Teruskan masak yang sedap-sedap supaya walaupun dia dok berada di rumah hat muda, dia akan teringat masakan bini tua dia (wpun bini tua tu tak ler tua mana pong!)

Tayang-tayang:


Menu setiap tahun di bulan Ramadan. Buah Melaka yang paling mudah. CHAK paling suka buat ni. Buat sendiri lebih puas, sebab kalu beli RM1 baru dapat 5 biji saja.


Yang ini menu Ikan Pari Air Asam. Resipi tiru dari blogger KAMSIAH YUSOFF. Resipi di blog beliau. Saya terpikat dan tergoda nak cuba. Alhamdulillah, memang sedap. Terimakasih banyak Kak Kamsiah.

Lumrah, kita (para isteri) akan sangat memahami apa yang suami kita suka makan. Kadang-kadang bila masak, kita sendiri terlupa akan menu kegemaran kita sendiri.

Takpa, besar pahala kita memasak untuk berbuka dan bersahur, kan?




 ~...pagi-pagi lagi HISYAM sudah berkunjung datang dengan niat bukan sahaja bersarapan kopi kosong yang beraroma memikat, juga bukan sahaja kerana lempeng kelapa parut bercampur nasi sejuk tetapi juga kerana berhajat hendak bercerita dari hati ke hati bersama SERI BULAN di ambin tidak berdinding sambil berjuntai kaki membuka kisah lama tentang mereka pernah bercadang pergi jauh ke daerah yang tidak ada orang kenal tidak ada orang tahu...~




26 comments:

  1. Replies
    1. Kalu tak rajin, cemana nak makan yang sedap. Beli kurang kena dengan selera, lagipun agak tidak berbaloi.

      Delete
  2. masak sendiri terjamin bersih dan selamat..in shaa Allah. Sedap belakang kira..hehe..masak dari hati mesti sedap punyerrrrr..hihi

    ReplyDelete
  3. air tangan... bila dapat pujian dari anak yang duduk asrama pun sudah buat kita kembang setaman kan Azie. semua sedap pada dia berbanding masakan asrama!

    ReplyDelete
  4. Benar tu Azie
    Punya menyediakan kegemaran suami dan anak2 hingga lupa kegemaran sendiri sbb lihat suami dan anak2 kesedapan dan puashati dgn juadah yg kita sediakan.. Itu juga dah berikan kita kebahagiaan...
    Mudah betul nak bahagia, kan?

    ReplyDelete
  5. Betul tu..masak sendiri lagi puas hati..kata hubby walaupun simple tapi sedap..hehe

    ReplyDelete
  6. Ye kakak setuju!
    Ikat dua perkara itu mesti ingat nak balik aje:)

    ReplyDelete
  7. Setuju juga, masak sendiri lebih puas makan. Nampak ikan pari tu, teringat suami saya suruh masak pari bakar masak lemak pecal hari ini.

    ReplyDelete
  8. betul tu, buat sendiri lagi best makan, puas hati semasa menikmatinya..

    ReplyDelete
  9. Abgmus suka makan kubis rebus atau tumis bila bulan Ramadhan ni. Minum pulak teh o nipis. Senang untuk isteri dia yang memang baaaanyak tak reti ni... hehehe

    ReplyDelete
  10. 2 perkara tu mmg betul wpun saya masih bujang . sebenarnya memasak sendiri lbh puas hati dan jimat . saya baru jer cirit beret sbb mkn rendang bazar ramadhan ...

    ReplyDelete
  11. ikan pari.. ..... sekadar memandang penuh syahdu je la.... org makan ikan pari masak best2, sy kene goreng telur mata saja. xkan nk demand kan....


    beginilah nasib orang y alahan.

    ReplyDelete
  12. Sy mg msk sendiri sbb tekak cerewet klu beli kt lua.

    ReplyDelete
  13. suke buah melaka.. sedap dan senang nak buat kan...

    ReplyDelete
  14. Buah melaka kuih paling mudah nak buat tak perlu pandai masak.

    Masak sendiri lagi puas hati.

    ReplyDelete
  15. sedapnya pari masak asam!!

    jemput singgah blog saya http://idanas.blogspot.com

    terima kasih!!

    ReplyDelete
  16. Buah melaka setiap ramadhan menjelma pasti kuih ini jadi kegemaran.

    ReplyDelete
  17. entry kita hari ni hampir sama kan kak azie.. hehehe..
    cuma part buah melaka tu saya belum pernah buat lagi..

    ReplyDelete
  18. Saya tabik spring kepada para isteri yang bersusah payah menyediakan hidangan berbuka dan lebih2 lagi bersahur setiap hari dan malam. Kalau harapkan orang lelaki, ramailah yang sahur dgn maggi aje ….. hehehe

    ReplyDelete
  19. Betul tu Azie.. selagi kita jaga dua perkara tu untuk en hubby .. inshaa Allah.. bahgialah hingga ke syurga..
    Dah salin resepi kamsiah tu tapi tak sempat nak buat lagi.. nampak sedap tu :)

    ReplyDelete
  20. ni Azie, nk habaq pi kat hgpa...ada kawan I cntik molek ,rajin masak ,rumah brsih cuci calat .tapi laki dia nikah senyap.tau2 dah 2 anak dia dgn bini muda.(tk la muda sgt pong)..hi hi.
    now sjak tau cerita dia malas masak.dia peg kerajaan, balik opis beli saja.kalau husbnd dia mengomel dia kata :"pi mkn rumah bini muda.saya dh tutup dapoq."
    now dh lama tk dgr crita dia..

    ReplyDelete
  21. saya tersangat setuju dengan entry akak hak yang ni
    saya juga tak pandai bab masak
    diabndingkan pengalaman, kak azie lagi hebat

    tapi tu bukan alasan tuk saya tak menyediakan yang terbaik
    saya dah mencuba yang sebaik mungkin
    tak ada apa lagi boleh dikatakan kalau
    dia masih nak beralih angin

    ReplyDelete
  22. saya setuju 100% dgn apa yg Kak AzieAzah tulis ni!!
    & saya rasalahkannnn masakan Kak AzieAzah mesti tip top!!!

    ReplyDelete
  23. Buah melaka setiap ramadhan menjelma pasti kuih ini jadi kegemaran.

    ReplyDelete
  24. selain di sebalik air tangan masakan isteri.... di selit dengan kerajinan dia di dapur sebagi pelengkap resepi. Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  25. ikan pari asam tu menu baru...boleh cuba ..biasa sy masak ikan pari asam pedas

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails