Friday, July 4, 2014

Ramadhan, jangan la takda air...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
04-07-2014


Baca tajuk.

Tapi itulah yang terjadi. Hari ini. Berita dari rumah, “Mak, rumah takda air.”

Beberapa hari sebelum posa ritu, kami terputus air selama 2 hari setengah. Lebih 32 jam. Sakit hati dan geram tu tak bleh nak explain. Redha. Pasrah.

Dan berdoa semoga di bulan posa ni bekalan air tak akan terganggu. Tapi kita hanya boleh harap. Hanya boleh doa. Bukannya kita boleh takung air hujan ikut batang buluh masuk terus ke kolah mandi di rumah sendiri.

Dugaan bulan posa. Saya jadi tak faham. Hujan agak kerap kebelakangan ni. Berita radio dok kabor, SYABAS tak cadang nak catu air tapi apa yang terjadi? Cakap tak serupa bikin ker nih? uishhh nak marah pun ada, tapi nak marah ke sapo?

Bagi kawasan yang turut terganggu, tapi ada cara mudah dan jalan singkat untuk selesaikan masalah air tu, please... fahami perasaan orang yang kena angkut air naik tangga turun tangga nih. Tolong. Fahami perasaan bukan soh simpati, tapi dengan TIDAK menayangkan segala bentuk kemudahan penyelesaian yang tidak akan mungkin orang-orang seperti saya mampu lakukan.

Tayang-tayang:


Asam Boi Fizz, by PH. Paberet saya. Hari apa ntah. Beberapa hari sebelum posa. Masa saya bawak anak-anak dara saya pegi tonton The Maleficent.





 ~...bila hujan bagai turut menangisi rasa geram di hati SERI BULAN, kesejukan dan nyamannya cuaca bagai tidak memberi makna lagi dan HISYAM sudah habis kata-kata untuk memujuk melainkan meminta Mak Utih menanak Pulut Siam bersama Ayam Berempah bersulam kelapa parut sendiri, tetapi bukan SERI BULAN yang terpujuk tetapi PAk Utih yang merajuk bagai terasa diri tidak diperhati, hati tidak disedari dan HISYAM merasa ketidakadilan sudah tidak wujud lagi...~




13 comments:

  1. kalau takde air nie memang payah la nak buat kerja rumah terutamanya memasak..

    ReplyDelete
  2. Kakak dgn abang masa tonton berita tv kata tak akan catu memang tak percaya dah..
    Sah baca N3 ini betullah. Blog kawan lagi telus beritanya...

    ReplyDelete
  3. Makanya, bila ada berita tentang isu air sudah pulih, memang tak boleh dipercayai lah jawabnya. Tak kira tengkujuh atau panas, air tetap bermasalah. Saya pun terkena kak, tapi nasib baik 12 jam jer. Tapi saya serik. Maka marilah sama2 menyimpan air lagi.... Bila musim raya takder air, lagiiii parah.

    ReplyDelete
  4. Susah kalau air tak ade ni kan Azie.. kalau letrik tiada boleh gak digagahi pasang lilin.. cepat lah selesai isu ni kan..

    ReplyDelete
  5. sayang la pula nak di buang air simpanan kat dalam bilik air nie. buat stok bila x de air tempohari. risau pula bila ada kes kecemasan sebegini

    ReplyDelete
  6. adoiiii..
    Tu la kak azie, kat media Syabas kata takde gangguan at least sepanjang Ramadan & Syawal...
    Terbayang letihnya nak angkut air naik tangga!

    ReplyDelete
  7. memang susah kalau takda air.serba tak kena je rasa

    ReplyDelete
  8. Boleh terjejaa rutin harian..

    ReplyDelete
  9. sangat mengoda pulak air asam boi tu :)

    ReplyDelete
  10. Azieazah, org Perlih kata biaq tk dak api jgn tkdak ayaq...he he.letrik tk dak boleh tahan.ayaq tk dak..teruk chek oi.

    ReplyDelete
  11. tu lah saya ada dengar juga pasal catuan tu
    sungguh tak paham, yang menanggung kita

    adeh kak, ayer tu buat terliur lah =)
    best dak cite the maleficient tu

    lama tak singgah sini
    header dah bertukar..suka

    ReplyDelete
  12. yea kak...
    jgn xde air...
    xlarat kak nak simpan air...
    lg2 dgn ank kecik...
    nak basuh botol la...basuh berak la...hahhah pengsannn

    ReplyDelete
  13. dah lama tak gi makan kat pizza hut...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails