Monday, July 14, 2014

Iftar with friends @ Starhill Gallery

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
14-07-2014

Ramai ker yang bercuti hari ini?

Apapun tahniah kepada pasukan German. Juga penyokongnya di Malaysia. Yang setia sejak dulu. Akhirnya kembali mendapat Piala Dunia selepas 24 tahun.

Paparan di bawah adalah sekitar kisah iftar bersama rakan sekerja (sebahagian sahaja) pada Sabtu lalu. Kami mendapat voucher tajaan syarikat (ini pun untuk sebahagian orang sahaja). Lalu peluang iftar bersama rakan sekerja sebegini tidak harus dilepaskan.



Saya sendiri yang menguruskan tempahan. Untuk 10 orang sahaja. Starhill Gallery, Bukit Bintang. (Berdepan dengan Pavilion)






Starter saya. No nasi. Memang langsung tak ambik nasi. Sebab ada puluhan menu untuk dirasa-cuba jadi nasi terlalu berat.




Tak tau berapa round CHAK dan Alia amik aiskrim. Juga ABC yang enak tu.

Seterusnya, saya tayang-tayang saja lah ya:




Salad paberet saya.



Kambing panggang. Arhhh.... sangat kureng. Saya pernah makan lebih enak lagi masa beberapa siri gathering AnakPerlis.com.


Rojak buah terbaik...!



Last, Puan Blog.

Sabtu mendatang ada undangan iftar bersama keluarga sebelah MyToklaki. Lokasi agak jauh dari KL. Jadi saya sukar memberi janji kerana sepanjang bulan puasa, kerja terlalu banyak dan waktu bekerja menjadi singkat bagi kebanyakan orang. Tetapi arahan sudah diberikan, OT harus sehingga jam 7:00pm pada hari biasa, dan sehingga jam 6:00pm pada Sabtu. Kecuali saya memang Sabtu akan cabut jam 4:30pm. Kesian bebudak di rumah berbuka tanpa saya sepanjang 5 hari bekerja yang lain. Saya harap pengorbanan ini menjadi pengajaran dan ada ganjarannya. Samada nampak dan juga tidak nampak.






 ~...tergelak besar Mak Utih apabila yang disuruh ambil adalah daun pandan tetapi daun lalang yang datang, lalu HISYAM tersipu kerana malu dan tidak tahu, lalu SERI BULAN jadi takut pula andai kelak dia pula disuruh mencari cekur bimbang tidak tahu membeza mana cekur manis mana ubi cekur...~




18 comments:

  1. pakcik nak melangkah masok dalam bangunan ni pon takot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahhh Pakcik nii. Purak-purak ya. Biasa jer lah. Makan jer.

      Delete
  2. bak kata uncle Gedek, tu tempat makan golongan bangsawan! hahaha

    ReplyDelete
  3. Setakat ni tak pernah lagi berbuka puasa kat luar.. masih sempat memasak dan berbuka puasa di rumah.. tapi penatlah terkejar-kejar.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undangan yg sukar ditolak. Jadi saya bawa anak dara kecik saya yg berdua itu. Yang lain dah pandai berbuka sendiri jer.

      Delete
  4. Ada kala kita perlu memilih untuk nampak sedikit kejam demi kebaikan bersama. Tak salah jugak setelah masing2 berkorban kita memberi ganjaran kepada mereka. Win2 situation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan berbaloi lah pengorbanan ni. Win win situation

      Delete
  5. tempat sy Kak Azah, pukul 4.30 pm jer sume dah menggegel kepala lutut nak balik, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ker sini pun. Tapi arahan dah kuar kena stay sampai 6.00pm. Apa nak buat. Cari makan ikut sajalah arahan...

      Delete
  6. kita blm lg makan kat luar.. hatta xde yg nak belanja.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah tajaan voucher tu bukan semua orang dapat. Ikut seniority. Saya kena beli juga.

      Delete
  7. sedap makan eh kat situ...mesti mahal ek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pada saya sangat sedap dan berbaloi. Rate agak.mahal. biasalah hotel jika dinner memang mahal apatah lagi di bulan puasa. Saya tanya haritu buffet ramadhan ni kira-kira RM87 per head.

      Delete
  8. huwaaaaaaaa.....terliur sudah. menu tu semua menarik.

    ReplyDelete
  9. amboi dia....kak tengok rojak tu teringinnya..menitik ayaq liuq kita tau..

    ReplyDelete
  10. emmm....kesemua menu dalam gambar nampak memang menyelerakan. kalau saya pun takkan ambil nasi bila terlalu banyak yang hendak dicuba-rasa

    ReplyDelete
  11. wah kak, bulan posa balik lambat
    orang lain semua berebut balik cepat
    kesian kena berbuku dekat opis
    moga dapat bonus melambung hujung tahun nanti =)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails