Monday, July 21, 2014

Hilang kisah merajuk...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-07-2014


Mood Raya sudah mula menyerap. Walaupun seluruh negara masih lagi diselubungi kemuraman dan kesedihan akibat tragedi MH17.

Namun bila anak-anak pun excited tak sabar nak balik kampung, kita pun terikut sama.

Hmmmm.... beberapa hari lepas (actually dah lama sejak musim bermula lagi), saya dok meroyan nak makan durian. Paberet. Mana boleh di musim yang tengah lebat ni, saya lepaskan peluang.

Tapi peluang nak pegi beli tu asyik tertangguh. Tiap kali ke Pasar Pudu bersepah jer orang jual. Tapi mana nak angkut ikan ayam daging sayur mayur segala, so durian tak masuk senarai.

Then, one day, last week saya cakap nak beli juga durian yang tiap kali balik kija, lalu depan Taman Cempaka tu, mesti nampak. Mesti tengok. Dah tentu lah rasa mesti beli!

Asyik la MyToklaki tu tangguh-tangguh sampai merajuk dah saya.

Dia tahu saya merajuk. Dia tahu sangat!

So, kena la pujuk. Berani dia tak pujuk? hahahaha



Dulu stall durian yang panjang ni, bermula di depan taman kami Pandan Jaya. Tapi sejak ada projek flyover (hiway baru ke Sg Besi), tapak jualan ini ‘terkorban’ dek pembesaran jalan. Lalu terpaksa pindah. Ke Taman Cempaka. Masih di tepi jalan (menghala Taman Dagang dan terus ke Ampang)



Durian kampung. Pahang mari, katanya. Masih peniaga yang sama. Memang dah kenal sejak dulu.



Hati siapa tak teruja. Hati siapa tak gumbira lalalalala... tengok isi durian hasil buruan menguning sebegini.



Dan, manggis menjadi ‘side order’ dengan RM10 = 3 kg. Boleh pilih sendiri. Wahhh... terbaik toq...!

Dan, rajuk seorang isteri terus terpujuk dengan sendirinya! Ahaks!





 ~...apabila HISYAM mula menyebut sesuatu yang dia sangat mahir, seolah-olah tiada siapa akan mempertikai, SERI BULAN sendiri tidak berani dakwa-dakwi apalagi Mak Utih untuk menguji atau Pak Utih tidak sanggup untuk memuji, lalu seluruh warga Kampung Separuh Desa bagai melihat seorang wira yang baru balik dari berperang, malah dianggap juara yang tidak pernah takut kalah waima jika dirinya ditembak curi atau ditikam dari belakang...~




12 comments:

  1. Azie, kemarin saya beli manggis di sini 4 kilo RM 10.murah gilosssss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu RM10 = 4 kg, memang la murah sangat tuh. Saya dengar, yang ada dusun durian pun dah tak jual. Sebab harga jatuh merudum.

      Delete
  2. Baru pagi tadi (sahur) kakcik habiskan dua ulas durian yang dimakan sikit2 je di bulan Ramadhan ni. Tak larat nak hadap sekaligus macam selalu. :)

    ReplyDelete
  3. Sini durian dah kurang sikit....walau masih dijual sana sini...begitu juga rambutan manggis...tp tak terbuka pun selera nak "ngidam"...jadi tak ada la nk merajuk

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, dapat jugak ek...pandai toklaki memujuk :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya durian dan manggis tu Azie.. memang boleh merajuk tak dapat kan..

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa.. teringin nak makan durian n manggis

    ReplyDelete
  7. Kak, Udang Merah vs Musang King, yg mana lagi best? Saya dua dua tak pernah rasa ..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak sentuh pun durian jenis tu. Mahai ya amat, doc!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails