Tuesday, July 22, 2014

Gagal hadir iftar keluarga ipar: sememangnya saya rasa bersalah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-07-2014


Sudah bermula agenda count down.
  1. Countdown, esok hari ‘pukul gong’ di Bursa Saham berkaitan pelancaran saham tempat kija di papan utama
  2. Suspen menunggu 23hb (seperti yang dijanjikan) berkaitan ‘bonus sakan’ Raya. Gaji pun lum dapat nih.
  3. Nak bercuti Raya then nak balik kampung
Sepanjang Ramadan, terlalu sedikit masa saya bersama adik beradik (juga kawan-kawan) berbanding tahun-tahun sebelum. Lalu gathering iftar tahun ini, saya terpaksa cicirkan diri saya. Bukan saja lokasi tahun ini agak jauh dari rumah, tetapi tuntutan kerja yang.... kalu saya citer pun mungkin ramai tak faham.

MyAdik Ipar said, ‘off la Sabtu’. My Kakak Ipar said, ‘kerja sampai bila pun tak habis.’

Benar, tapi menjelang nak Raya, kerja banyak yang perlu disiapkan sebelum masing-masing nak bercuti panjang nanti. Dalam situasi ini, khususnya saya sendiri yang baru mencari tapak di sini, reputasi kerja harus berada di momentum yang konsisten, kepercayaan baru hendak dipupuk, kesungguhan baru mendaki graf... jadi banyak pengorbanan yang harus dilakukan di peringkat awal ini.

Dan bukan sedikit rasa bersalah, bila iftar bersama keluarga ipar-duai saya Sabtu lalu, saya tidak upaya untuk hadir.

Sudah 2x Sabtu, kami terpaksa bekerja sehingga 6:00pm.

Dan masa yang agak suntuk saya berkejar pulang, lalu saya dan beberapa teman sekerja berbuka di luar.

One Utama:


Cari tempat makan sesuai, agak mencabar. Lalu jumpa yang ini, redah sajalah. Little Craving, New Wing OneU. Saya kurang selesa, sebab sempit, sendat, kerusi meja kecik. Tapi, masa dah suntuk masa tu, syukur saja la.



Lihat resit. ABC sebegitu RM5.00. Mujur berbaloi.



Nasi Ayam = RM10.85. Hmmmm... syukur sajalah. Tapi saya tak rekmen.



Rakan-rakan yang lain order Nasi Lemak with Ayam Rendang. Pun saya tak rekmen.






 ~...hari lebaran yang bakal menjelang tiba, membuatkan Mak Utih tertanya Pak Utih ingin juga menyapa kenapa SERI BULAN tidak kisah tentang kampung halaman, malahan HISYAM langsung tidak menunjuk riak orang yang rindukan laman leluhur, kemudian SERI BULAN membuka cerita bahawa mereka sudah lama kehilangan sesuatu yang dipanggil tempat tanah tumpah darah apabila hati sudah berikar akan berada bersama walau jauh dari jangkauan rindu asal sahaja mereka boleh melihat kelibat masing-masing sejak hari pertama sehingga bila-bila...~




10 comments:

  1. moga2 menuju puncak jaya selepas disenaraikan....

    ReplyDelete
  2. Takpe,,InshaaAllah usaha dan penat akan dibayar dgn 'bonus' tu nanti ..hehe ;-)

    ReplyDelete
  3. Kadang2 orang tak faham tuntutan kerja kita selagi depa tak duduk ditempat kita. Alhamdulillah tahun ini Allah beri kelapangan pada Aina utk bersama2 anak2. Itulah hidup ada masa lapang ada masa sesak. Redha.

    ReplyDelete
  4. sibuknya...tak sempat akk nk berbuka kt rumah. mkn kat luar mmg sesak ngan org kan. sib baik ada gak tempat kosong utk akk dan kawan2..tapi makanan tu mesti untuk lapik perot jer kan..dr segi akk citer mcm tak sedap jer

    ReplyDelete
  5. Jaga diri ye..semoga kerja yang dilakukan menjadi ibadah yang beroleh pahala (^_^)

    ReplyDelete
  6. Bukan sengaja untuk tidak hadirkan diri..
    Sama situasi dengan en. suami saya.. biasanya memang sukar nak keluar dihujung minggu atas komitmen kerja..

    ReplyDelete
  7. saya ada baca juga tadi pasal sasbadi akan tersenarai
    all the best kak azie
    saya ni sebenarnya walau keja banyak
    tapi mood dah ke laut, nak RAYA!

    ReplyDelete
  8. Azie, nk buat cm mana. kena krja.kalau depa marah pun sat saja.mklumla family bkan org lain.nanti sejuk la tu.pndai2 awak pujuk.bila jmpa raya bwa kueh sebalang dua...sure ok punya.

    ReplyDelete
  9. tang ice kacang tu yg uncle kalah tu!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails