Wednesday, July 23, 2014

Persepsi saya bila tengok lelaki bawak handbag girlfren: silap or sikap?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-07-2014


No pic sesuai untuk jadikan WW. Lately saya dah tak berapa nak rajin nak snap itu ini. Tunggu Raya ler kot.

Pernah tak korang jumpa/tengok lelaki dan pompuan yang kuar dating, or kuar jalan-jalan shopping naik public transport... contoh naik LRT.

Saya pernah terjumpa sepasang couple, naik bersama. Duduk sopan. Cakap pun pelan-pelan. Bisik-bisik.

Tapi sejak masuk, duduk bertentang dengan saya, terus mata ni tertangkap (wpun bukan sifat saya nak merenung orang — bagi saya itu tidak sopan), tertangkap kepada bahu lelaki itu. Elok jer dia kendong (kendong ker?) beg tangan girlfren dia.

Hmmm... saya sebenarnya tak berapa berkenan kaum lelaki merendah diri ‘baik tak kena tempat’ sehingga sanggup bawakkan handbag orang pompuan. Saya faham, niatnya baik untuk melindungi. Protective. Tanggungjawab. Tapi mengkelek (mengkelek?) beg tangan orang pompuan yang cantik lawa tu, bagi saya seperti ‘potong’ sifat maskulin seorang lelaki. Alahaiii.... (Tolong pegang sekejap dengan tolong bawak, membawa 2 keadaan berbeza). *lelaki boipren belum jadi suami.

Jangan lah nak jadi macam artis lelaki kontroversi nan seorang tu. Orang pompuan pakai celak dia pun nak pakai. Orang pompuan pakai cekak rambut, dia pun. Itu belum lagi termasuk dia memang dok bawak handbag orang pompuan menjadi sebahagian kelengkapan imej dia. Baru-baru ni dia pakai selendang pulakkk... Sempena Ramadan ler kot?

Fitrah fizikal lelaki memang kena nampak gagah. Kelembutan ada, tapi terselindung dalam cara tersendiri. Fitrah fizikal lelaki juga harus nampak berani, bukan berani menongkah arus.

Yeahh... masing-masing kita ada anak lelaki. Mohon dijauhkan mereka bersikap menyimpang dari fizikal azali.

Mata kita memberikan persepsi berbeza. Bergantung bagaimana kita menerimanya. Jangan lupa, orang lama pernah berpepatah: ‘Dari mata turun ke hati’.

Satu lagi kepantangan saya: Lelaki pakai rantai. Aduhai... annoying beb!




“Rasulullah SAW melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki” — hadis riwayat Al-Bukhari.



 ~...bukan tidak pernah SERI BULAN tersilap tafsir akan erti senyuman HISYAM ketika mereka rajin mengadap Mak Utih yang tidak pernah letih membuka cerita lama ibarat penglibur lara menunjuk bakat, kerana dia tersangka HISYAM senyum kerana gumbira sebalik senyuman itu bagai sinis pisau menghiris, lalu bila HISYAM tidak pernah teragak untuk berterus-terang bahawa dia sengaja menunjuk jati diri yang bukan sahaja berani tetapi juga berani berperi...~




16 comments:

  1. bf je rajin pegang bag tgn perepmuan.. laki tak kot..
    tp kita kdg minta tolong jugak tolong bwakan.. bag dah berat sungguh.(bag perempuan biasalah..pampers anak pun mask)..nak dukukng anak lagi..

    ReplyDelete
  2. Setuju! Fitrah seorang lelaki bukan saja bagai tercalar tapi melanggar syariat sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. mugo2 negara akan tatap aman damai sentosa sejahtera senantiasa.. (merujuk pd gmbr yg akhir tuuu)., uhuuu aminn

    ReplyDelete
  4. ye.. x gemar tengok lelaki pegang beg tangan pompuan.

    dan juga kurang gemar lelaki pakai cincin, walaupun dibenarkan.

    ReplyDelete
  5. Saya pun tk berkenan!! Yg pompuan pulak buatlah mengada2 sebab boipren kendongkan handbeg..tu lom kwen bolehlah..kalau dah kwen ntah2 beg g pasar pun tk mau bawakkan

    ReplyDelete
  6. Akak pun sangat tak suka lelaki yg pangkai rantai leher dan gelang tangan..lebih2 lagi pakai emas..dah tentunya haram...tapi pelik mereka seolah rasa bangga...

    ReplyDelete
  7. en hubby kita selalu tolong bawakan beg kita kalau tangan kita full dah duk pimpin anak2..haha..dia tetap gagah di mata saya..hikhik..

    ReplyDelete
  8. ermm..sy pempuan pun xpki hbag..huhu..xmsk topik ek..huhu
    gmbr bawah tu...kalo lelaki rakyat marhean tu..pejam je mata lg..
    tp kalo pemimpin....hmmm...

    ReplyDelete
  9. en suami pun selalu juga dok tolong bawa barang
    walau tak suruh
    tapi sekarang lebih selesa suh dia kendong anak
    cantik banner raya tu kak

    ReplyDelete
  10. mcm mana klu tetiba bf itu bawa lari hbeg ...

    ReplyDelete
  11. Pernah gak en. suami tolong bawakkan tapi tengok pada tempatlah.. tapi sekarang lebih sukang berlenggang.. mudah dan cepat serta tak menyusahkan en. suami. ;)

    ReplyDelete
  12. kita jarang bawak handbag...hahahaha

    ReplyDelete
  13. hahaha. saya membaca sambil tersenyum sampai ke telinga. sebab dah lama jugak saya dok perhati dan menyampah dalam hati pasal lelaki bawak handbag awek. pakai rantai apatah lagi, dah macam samseng je tgok.

    ReplyDelete
  14. Dear Azie, kita sekapal. saya pun tk boleh tengok men pakai rantai .geli tengok.apa2 pun yg oroginal tu yg best kan? apa? pegang bag girfiend? lagi geli.baik jgn.

    ReplyDelete
  15. dari atas sampai bawah saya baca....semua saya setuju iaitu bab kendong beg & juga rantai leher

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails