Monday, October 13, 2014

Keluarga Iskandar 2: akhirnya Alan nangis...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
13-10-2014


Sapa selalu follow citer bersiri Keluarga Iskandar? Best kan?

Sebenarnya, amat jarang kami sekeluarga nak follow beriya-iya sebuah drama bersiri Melayu. Ketika orang lain bertunggu-tangga depan tv setiap petang jam 7, nak tengok kisah kahwin paksa, jatuh cinta dan sebagainya, tiada seorang pun dalam keluarga saya yang sebut pasal drama petang-petang ni. Tune ke channel tu pun tidak. Walaupun saya pembaca tegar novel Melayu, tapi bila tiba tang dramanya, saya sendiri tak berapa teruja nak tengok. Not me.

Ketika drama Melayu penuh dengan fantasi indah nak kahwin anak orang kaya, kisah lelaki hensem tahap Gaban, mengorat lelaki kaya keta mewah, bercinta dengan lelaki yang romantis nak mamp**... oh tidak.

Saya tidak pernah ajar bebudak saya untuk bencikan drama Melayu, tapi persaingan dengan drama versi lain (Korea, dan English), maka depa lebih memilih untuk tidak berapa layan drama Melayu.

But, drama bersiri Keluarga Iskandar adalah lain. Sangat lain. Macam reality show tapi bukan kisah sebenar. Paparannya hampir menepati kehidupan sehari-hari kita. Kelakar. Kena batang hidung.



Sapa yang tahu siri ini, setiap Selasa pasti tunggu. Macam kami. Buat masa ini, inilah satu-satunya drama yang kami memang akan tunggu beramai-ramai. Sebab nak tengok gelagat setiap sorang anak-anak Iskandar bersama ibu mereka (yang kekadang kerek...hahahah) nama MAK JAH.

Mak Jah, watak oleh Kismah Johar.

Ianya bukan drama komedi, sebab mesejnya banyak yang serius, but watak dan gelagat depa tu buat kita gelak terbahak-bahak.

Terbaru hari tu, kisah Alan yang bercerai dengan Nor, tapi tak nangis. Isu “tak nangis” tu yang jadi hot, melebihi kisah kenapa dia bercerai. Kelakar betul.

End up, akhirnya Alan nangis juga. Cair dek kasih-sayang anak tirinya si Jojo tuh.

Hahahaha paling best, gelagat si emak bawa Alan jumpa ‘Ustaz Tido’ konon si Alan kena ilmu pelalau.

and,

U know what... MyAnak-anak bleh sebut, “Mak Jah ni, perangai sebiji macam mak!” Wakakakakaka!




 ~...antara Bingka Labu bersira gula yang disangka manis oleh SERI BULAN tetiba menjadi pahit kerana tetiba juga HISYAM menyebut dia takut makan labu, tapi makan Ubi Kayu Bersira Cili hasil karya Mak Utih boleh pula dia menadah piring berkali-kali sehingga terlupa Air Kopi sudah tawar, Air Teh sudah hambar...~




23 comments:

  1. saya pun tak suka drama melayu time magrib tu, yang selalu saya buka oasis sebelum dan selepas azan, ada zikir2 dan satu lagi-kalau dah jodoh ust kazim.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju 300% dgn kak azie!
    Saya mmg anti drama Melayu yang LAYU.
    Keluarga Iskandar keluar dari kepompong itu, dan saya boleh tengok, malahan,selalu ikuti drama ini...Penggiat drama patut berfikir utk hasilkan produk sebegini...lakonan Azhar Sulaiman mmg best..yg emaknya pun sangat sempoi...Truly macam kisah sebanr seharian rakyat Melayu malaysia, bukan fantasi naik kereta mewah..minum fresh oren...projek juta juta..

    ReplyDelete
  3. hahahaha.sy setuju sangat.kat rumah tu lebih kepada drama korea dr melayu,bosan denga cerita melayu.tapi keluarga iskandar mmg kami layan.seronok.mmg kelakar.hahaha

    ReplyDelete
  4. masa mula-mula dia bersiaran. ada juga follow
    lepas tu dah tak rajin nak follow
    sekarang drama bersiri tak mampu nak follow dah =)

    ReplyDelete
  5. Citer ni best. Boleh layan. Citer Melayu jam 7 malam tu memang tidakla..beranganla Melayu oii.

    ReplyDelete
  6. bulan puasa tahun lepas saya memang layan betul keluarga iskandar ni//pelakon lama2 pun best..yang sekjarang punya tak tengok pun.tak sempat..(tengok drama korea sempat pulak.hehe)

    ReplyDelete
  7. Betul....cerita Keluarga Iskandar memang best. Satu-satunya drama bersiri melayu yang saya tonton...

    ReplyDelete
  8. cecuba cerita jam 7mlm tu tukar waktu siarannya,
    dpt juga kita solat dgn kusyuk kan..

    ReplyDelete
  9. pernah tengok cerita ni
    best jugak :)

    ReplyDelete
  10. Saya jarang menonton tv, tapi drama ini memang catchy. Boleh buat kita melekat depan tv. Real Malaysian life.

    ReplyDelete
  11. Suka tengok drama nie..tapi x puas la sebab siaran cuma 1/2 jam..rasa mcm sekejap sangat...

    ReplyDelete
  12. My feveret drama ever.. tgk hat ulangan musim lepas pun syok.. dak Ammar pun pantang malam jaa dok tanya hari ni hari apa.. nak tunggu Isnin 10:30mlm... haha

    ReplyDelete
  13. My feveret drama ever.. tgk hat ulangan musim lepas pun syok.. dak Ammar pun pantang malam jaa dok tanya hari ni hari apa.. nak tunggu Isnin 10:30mlm... haha

    ReplyDelete
  14. Si Angah anak kakcik boleh tanya 'ini keluarga sebenar, ke mak?'

    Maksudnya? Iya, ianya kelihatan macam dalam sebuah keluarga sebenar yang tidak terikat dengan skrip...

    Abang Mus pun gelak tengok Ustaz tido tu... :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum

    Banyak benor saya missed citer nih. huhuhu

    ReplyDelete
  16. bestkan citer ni.. skang ni cume sempat layan keluarga iskandar ni je..memang kelakar n sempot nampak real..

    Bershaklee selama 1 Tahun 4 bulan..Apa aku dapat?

    ReplyDelete
  17. fav drama ni kak azie..ulang la banyak kali pun, walaupun dah tau jalan cerita sy tetap tengok..tapi episod baru alan nangis ni terlepas la plak uwaaaa rugi2..tapi apa ada hal astro kan suka ulang2 huhuhu

    ReplyDelete
  18. anak sy peminat Keluarga Iskandar.. hahaha.. oooo.. kak Azie kerekkkk????

    ReplyDelete
  19. setuju... tapi dah remote bukan di tangan sy... sy tetap layan dengan kesedaran bahawa hidup x seperti cerita y ditayangkan.

    ReplyDelete
  20. kelakar cite keluarga iskandar ni..mak jah tu kecoh tapi lawak..aritu dia pg brainwash kapel tgh dating kat taman, pastu rupanya mamat tu customer alan..haru kejap alan nak cover balik apa yg makjah dah buat...heeheh

    ReplyDelete
  21. memang best...kelakar, memang kena dengan masyrakat melayu..terutama sekali Mak Jah...keh..keh..keh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails