Monday, November 24, 2014

Jangan jadi wartawan tak bergaji..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-11-2014



Menjelang akhir tahun, ada banyak persediaan yang sudah dijangka bakal dilakukan di tempat kerja saya. Semenjak tempat kerja saya sudah bertukar menjadi 'holdings' dan mengambil alih beberapa syarikat yang sealiran berada di bawah kekuasaannya (tidaklah seganas itu...) semakin ramai yang dibawa masuk terutama pekerja-pekerja dari beberapa syarikat yang diambil alih. Atau dalam bahasa mudah, depa "dibeli" atau terpaksa bertukar pengurusan.

Semakin ramai yang masuk, semakin macam-macam jenis karenah yang saya lihat. Knowing me... harus bersetuju saya bukan jenis suka nak lepak dengan depa walaupun saya ni peramah tahap Gaban. Bukan saya sombong, tapi saya jenis tak suka nak pot hal orang. Tak kuasa nak tahu orang tu dari mana, tinggal mana, laki kerja apa, anak berapa dan paling tak tahan bila ada yang jadi pot sehingga tahap bertanya pada orang baru, "Masuk sini gaji berapa?"

Please... itu bukan soalan sesuai dan bukan soalan pengenalan samada dari orang lama kepada orang baru and vice-versa. Tapi itulah juga yang saya dok perati. Ada spesis yang merimaskan, cukup rajin nak soal-siasat orang baru.

Dan rasa bangga plak tu, menjadi orang pertama dapat tahu maklumat orang baru. Heeee saya tak berminat nak tahu pun. Latar belakang secara asas cukuplah. Tak perlu nak interview orang sampai ke tahap mak bapak, laki bini, asal usul segala. Orang lain saya tak tahu penerimaan, tapi saya tak gemar bab sebegitu.

Bagi saya, sekadar tahu nama adalah memadai untuk hari-hari pertama. Minggu ke minggu boleh ditambah jika orang baru sudi nak bercerita. Jangan jadi wartawan tak bergaji.

Saya dah pernah kena dulu. Terperanjat juga saya bila hari pertama saya masuk dulu, saya diaju begitu banyak soalan sehingga saya rimas. Paling best, ada sorang kakak mulut lepas yang tanya sambil buat andaian sendiri, "Cepatnya awak dapat masuk sini. Tak perlu 2nd interview pun. Agaknya awak mintak gaji seribu lebih jer kot..." Haaarrr??

Terkujat saya sekejap. Then senyum. Then jawab, "Ya... begitulah lebih kurang." (Dalam hati saya geram, sambil protes "Pengalaman saya lebih 20 tahun, takkan lah RM1000 lebih jer?) Masa tu gerammm.... Sekarang ni, kalu orang serkap jarang, saya iya kan saja! Biar dia puas hati. Asal saya tahu kebenarannya.

Ada ketika kita terasa hati bila orang seperti merendahkan kebolehan kita. Tapi pengalaman dan faktor usia mendidik saya untuk bersabar dan bersedia. Biar orang judgmental kita di peringkat awal. Lama-lama orang akan melihat dan menilai sendiri akan beberapa kebolehan kita. Saya sangat yakin bab itu. Saya dah berjaya membuktikan beberapa perkara. Bukan kerana nak depa nilai, tapi kerana faktanya memang begitu.

Saya belajar banyak benda bila berada di bawah bumbung yang besar lagi luas ini. Karenah manusia jangan dilayan sangat. Tutup mata sebelah, tutup telinga sebelah. Dan jangan fikir.

Tayang-tayang:


Dalam rajin-tak-rajin. Agar-agar cocktail (lagi). Out of shape dek kerana buah laici.

*Cuti sekolah: tak sabar nak tunggu filem The Hobbit part 3, Disember nanti.



 ~...walau tidak ramai yang tahu dari mana sebenarnya usul datang HISYAM, tapi sudah ramai dapat meneka dia bukan orang biasa-biasa, lantaran melihat gaya berjalan dan kuku yang berbela bersih, SERI BULAN sendiri bagaikan tidak gemar membuka cerita kerana tidak mahu ada yang salah-faham kenapa HISYAM tidak pernah makan bersila di depan dulang, kerana seumuranya dilatih makan di meja beralas, kerusi bercorak jelas dan pelayan berpakaian kemas...~




13 comments:

  1. betul, susah betul, kalau yg muda pulak sibuk betul nak tau kawin ke belum...

    ReplyDelete
  2. Kakcik juga tak berminat nak menyiasat latar belakang peribadi pekerja lain walaupun dia di bawah kakcik... :)

    ReplyDelete
  3. Memang lumrah ada di mana-mana tu kak.

    ReplyDelete
  4. Kalau staff tahap makcik2 memang gitu kak Azie...ehehehee... Aina ni nasib baiklah masuk pejabat baru sendiri jadi makcik2 sebabnya ramai budak2 yg muda belia kat sini.

    ReplyDelete
  5. kita sama Kak Azie.. sy tak suka ambil tahu hal org.. lantak pilah depa..

    ReplyDelete
  6. yang tanya pasal gaji tu memang tak boleh blah....lepas tu compare napa dia sikit walaupun dia kerja lama....tak pula dia tanya aku ini ada sijil jer orang tu penat2 belajar banyak hutang ptptn kena bayar.

    ReplyDelete
  7. Tak perlu itu semua...semasa saya bertugas di Hilton Hotel di Tokyo Bay, Jepun, waktu bekerja mereka hanya menumpukan tumpuan kepada kerja. Sewaktu rehat saya sengaja makan dengan "dishwasher" @ pencuci pinggan. Saya tanyakan beliau kenapa beliau tidak bercakap sewaktu bekerja? Beliau senyum dan menjawab, (1) melambatkan kerja (2) hilang konsentrasi (3) akan bercakap perkara yang tak berfaedah (4) membuang masa (5) dll. Dalam fikiran saya, ini baru tahap dishwasher!!

    ReplyDelete
  8. memang tak suka kalau baru pertama kali jumpa dah tanya macam2. Yus pun sama, tapi kalau hari ke hari, dah lama kenal, semua tu dengan sendiri kadang kita tahu kan kak azie.

    ReplyDelete
  9. ok..baik lah lepas ni saya nak angguk je walau apa andaian orang..tapi bukan angguk melulu la..kalau tak terkesan periuk nasik kita diam lebih baik kan kak??lawan2 cakap pun tak guna,buat gaduh je.

    ReplyDelete
  10. Betul, kadang nak tutup cepat cerita kita 'iyakan' je lah,cepat sikit tu tamat.
    Hai manusia, sesetengahnya memang suka selak kelambu orang.

    ReplyDelete
  11. kita serupaaaaa! malas nak ambik port hal2 yang terlalu peribadi. tapi bila tak bercampur dan buat hal sendiri, dituduh kita sombong dan tak tau bersosial pula...

    ReplyDelete
  12. saya pun tak suka orang yang macam tu... kepohh jer hal orang. iye kan jer laa... biar dia puas hati : )

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails