Masa mula muncul, dia muda sangat lagi. Belasan tahun rasanya. Muncul sebagai perintis lagu rentak jazz (aku pun tak reti rentak ni apa, masa tu...) dan terus popular.
Aku suka sekali pada dia adalah fesyen rambut dia. Mesti yang se-umur-an dengan aku ingat lagi style rambut dia.
Semalam aku tonton ALI SETAN. Filem OGY dan AZMIL yang meletup. Shooting di USM, Minden. Dia pun berlakun juga, watak pembantu, jadi Latifah.
Comel betul dia masa tu, walaupun berlakun memang kaku betul. Dan dia sendiri pernah mengakui, itu terakhir untuk berlakun kerana itu bukan kelebihannya. (Aku tidak ingat, ada lagi tak filem lakunannya selepas itu).
“Jangan main todoh-todoh!” Arwah IZI YAHYA. Filem pertama dia rasanya ni, pastu dia terus berlakun, kebanyakannya watak crook. Paling best dalam filem EMBUN, jadi Jepun yang kejam.
Masa ni kena ugut oleh ayahnya...
Aku snap terus dari skrin tv. Malangnya part dia sebut “Tipah tertipu bang.. Tipah tertipu!” aku tak sempat nak snap sbb bateri weak dan hp pun padam.. Uishhhh.!
Tapi bila masa beredar dan kurang minat nak ikuti seribu ragam artis di Malaysia, aku hanya layan lagu-lagunya yang album jarang muncul tapi lagu sering meletup... Kisah peribadi hanya tahu luaran.
Apapun, dia memang legenda yang hebat dalam kelasnya yang tersendiri...
Dear Azieazah.
ReplyDeleteUncle pun minat jugak dengan dia...pernah jugak pergi tengok konsert dia dulu kat stadium negara...heh3...
dia sebaya dgn aku beb..tapi tetap menten comel smpi skrg... :)
ReplyDeletePaling suker, video clip 'Pengemis Muda', waktu tu ramai ler teenage yang ikut stail Sheila Majid kan ...
ReplyDeleteMemang part "Tipah Tertipu bang... Tipah tertipu" berhantu habis. Sampai skang org siap buat lagu... ekekekkeekk
ReplyDeleteSemalam masa AJL kakcik kejap lena kejap jaga...
ReplyDeleteDato' Sheila ni mmg comel.. :)
UNCLE > kita ni sebaya, semua tahu perjalanan Shiela Majid ni..
ReplyDeletedari dia anak dara, sampai jadi janda pastu kahwin dgn orang muda..:D
Yang pasti dia memang besttttt...
ECHAH > sebaya hang, sebaya aku ler wehhhhh... cuma kita tak secomel dia.. hahahaha...
MI LIFE ACIK > dulu-dulu video clip memang semua orang minat. Sekarang jer orang tak berapa heran lagi. Kak Azie suka fesyen rambut dia yg pendek pastu ada sepit reben besar kat belakang. Wow! masa tu kita pun ikut sama collect sepit rambut macam tu.. heheheh
ReplyDeleteDIANA > “Tipah Tertipu!” tu sejak dolu-dolu lagi orang suka sebut. Satu lagi dialog “Jangan main todoh-todoh..!!” hahahaha
KAK CIK SEROJA > dah biasa kita tengok AJL, lebih kurang sama jer. Cuma yang best adalah persembahan JayJay dengan lagu Rindu Bayangan dan AMY Search dgn lagu Fantasia Bulan Madu tuh... wooooo!
ReplyDeleteyes..kak azie..one of its kind..sheila majid. smp skarang minat sgt kt dia..esp. lagu terbaru dia ngan chandra tuh. Great vocal..susah nak cari artis mcm dia. Imej bersih & ada own style.
ReplyDeletesyg la kak...part 'tipah tertipu' tu yg mahal..trademark dah la ni..hihi
My darling pun minat gile dgn dia nie...
ReplyDeletememang dia cute sgt time tu...
ReplyDeletesemalam bnyk potong baik tak yah pasang..
punya la ramai umat kat SPBJ...hu hai..apa yg best sgt tuh eik?
SITI MURNI > ada lagu baru ek? alaa tak perasan pun...
ReplyDeleteACU > dia minat jazz ek? atau dia minat kat penyanyi nyer jer ker?
KAK ZIE > ada kat mana tuh? SPBJ? hmmmm apa tu ek...
ReplyDeleteminat gak ngn suara jazz dia, kelasss tersendiri.
ReplyDeleterindu bayang sapa he he
ReplyDeleteEELOBOR > seseorang penyanyi tu, bila dia dapat lepasi 10 tahun, kira hebat ler tuh, kan?
ReplyDeletenak lak, bila dia “clean”... tak banyak kontroversi, lagi orang respect. Susah gak nak cari penyanyi tempatan kita yang mcm tu sekarang...
Selain Dato Shilea Majid, Kak Azie juga suka dan minat kepada penyanyi RAMLI SARIP, M NASIR dan KHATY IBRAHIM..
Siti Nurhaliza? tak berapa nak minat sangat aaarr... lagu ok laa..
Ayat "Tipah tertipu ,tipah tertipu bang " yang mahal tu...he3
ReplyDeleteKecik jer orangnya..
ZUREEN > kalu ler kita boleh jadi sekecik itu, kan? hahahaha
ReplyDeleteKak saya juga peminatnya Kak..
ReplyDeleteTapi lanih dah keweeeeng sikit...
Waktu dia bujang ...waktu dia muda2 dulu ...aduuuuuuuuuuuuuhhhh....meletuzzzzzzz gituh!!
heheheheh
Kak nak nengok gambaw bujang akak sekeping muleh?
DJ EPOI > ko minat dia ek... biasa tuuu..
ReplyDeleteKo nak tengok gambaq bujang Akak? Aku dah tak bujang.. hehehehe...
eeee...kita pong minat kat dia. Cute sampai sekarang. Fa pernah jumpa dia di Ampang Park bedating dgn ex husband dia. Wajah dia tak jemu mata memandang. Tak penuh dgn kosmetik macam artis sekarang.
ReplyDeleteoopss..maksud I masa dia bedating dgn Roslan le. Masa tu depa tak kawin lagi..hehe
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesila majid...memang lagenda...cun gitu
Salam..
ReplyDeleteTak minat jaz n tak minat dia...
FA > Selama berpuluh tahun dok KL, jarang sungguh saya berkesempatan jumpa orang2 terkenal especially selebriti nih. Orang2 mcm Shilea ni of course ler tak pegi tempat2 yg level mcm saya.. Dulu pernah jumpa Ziela Jalil (masa anak dara dulu)..
ReplyDeletePAKLONG > Shiela Majid menjadi legenda dalam kelasnya yang tersendiri... Tak sama dengan orang lain, dan orang lain pun tak sama dia..
SHANIZA > Bukan semua penyanyi diminati. Saya sendiri tak minat Siti Nurhaliza. Ntah kenapa. Lagu-lagu dia tak banyak saya ikuti...
ReplyDeleteAduh.. kak azie, semalam try komen, tah ngaper tak boleh2 jgk. Balik rmh, tak de kesempatan langsung buka blog.
ReplyDeleteSy ni nk kata minat tak ler sgt, nk kata xminat, ada la suka jgk dgn lagu2 dia. Kira boleh la...
dulu masa kecik2 dulu tak sangka lgsg area diaorang shooting cite Ali Setan tu akan jd salah satu tpt untuk saya menimba ilmu, tp sekarang bila tgk balik cite tu, memang sangat2 nostalgia
azie,
ReplyDeletemasa dia tengah top, akak pernah terserempak dgn dia kat hock lee bukit damansara, terkejut akak... kecik nyer dia... suara punyelah power... tak sangka....
akak memang minat kat lagu2 dia....
ROSNANIE > semalam HEZRIN AHMAD pun tanya, kenapa buka blog ni kuar blank jer... ntah kenapa semalam mcm ada problem.. (blog free memang lagu tu kot..)
ReplyDeleteDengar citer, filem ALI SETAN ni filem pertama Amir Communications, dan saya dengar syarikat tu melabur banyak utk filem ni. Walaupun filem meletup tapi kawan saya yg keja dgn salah satu syarikatnya (publishing) banyak budget abis utk filem dan mereka semua terpaksa berenti kerja sbb ekonomi publishing merudum.. kesian.
KAK MAH > Sekarang pun kira dia masih top tu. Evergreen kata orang. Kecik badan tapi bakat besar.
ReplyDeletesheila majid ni laaa artis yang buat saya suka pada muzik jazz... before that i'm a rockers, ada band sendiri & rambut panjang ngalahkan pompuan... almaklum laaa zaman tu zaman rock kapak & berguru dengan yazid search... 1st time jumpa sheila masa dia nyanyi kat pub di ss2 early 90's terus jadi suka dengan muzik jazz... lepas tu semua jenis muzik dah boleh masuk dalam kepala otak ni... hak3 really miss the 80's
ReplyDeleteICE > memang Shiela still the best. Sekarang ni orang melihat Ning Baizura pun hebat dengan jazz nya. Juga Noryn Aziz. Antara yang serasi dalam jazz..
ReplyDeleteU're rocker, beb? Ohhh.. dasat lu aarrr.
Malam tu, nampak gak YAZID Search. Dah tua dah dia, kan? Nampak mengah jer nak ketuk drum... Hehehe
lu jangan laaaa kutuk2 sifu wa nanti kena 'katok'... muahahahahaaaa..!!!
ReplyDeletetapi ye ke dia nampak semput??? saya tak tengok pon AJL tu tapi kalo takat 2 3 lagu takkan laaa dah pancit... hmmmm bila umur dah meningkat, stamina pon dah kurang kot
sejak dia gaduh2 dalam rumah tangga hilang langsung minat dengan Shiela ini...
ReplyDeleterasanya tak tahu mana satu artis msia yang boleh jadi idola, ramai sangat yang bagus suara & produknya tapi hakikat diri penat nak dengar!
entah kenapa minat boleh hilang bila tahu diri artis itu bermasalah!..
maka itu abg suka lagi lagu org asli! asyikFM atau sariosa jepun... tak tahu siapa penyanyinya syok layan lagunya sahaja..!
kalau aku carik mkn dgn wajah dan body yg menawan dah sah aku lebih comel dari dia...hiks :p
ReplyDeleteCALUK > Katak ada bayang tak? hmmmm
ReplyDeleteICE > tak kutuk laarrr.. Memang dia nampak mengah malam tu.. 2 lagu jer, tu pun tak abihhh...
Bang IDAN > benarlah, kontroversi sebenarnya banyak buruk dari baik. Mendedahkan hal rumahtangga ternyata mempengaruhi pandangan peminat..
ReplyDeleteIdola? Terlalu subjektif. Ada perkara kita sokong, tapi sebaliknya dalam hal-hal lain, terlalu kita tak suka... Payahhh..
ECHAH > Kalu ko comel, aku 3x comel lerr cenggituh.. hahaha!
ReplyDeleteteringat ex laki dia kutuk - 'pot pet pot pet',
ReplyDeletesalamm,