Saturday, February 5, 2011

“Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar...”

Salam.
04-02-2011, malam.


Aku tak tahu samada apa yang akan aku tulis ini akan mendapat reaksi atau pandangan yang serong dari pembaca. Yang pasti tentulah ada pandangan berbeza dari apa yang aku lihat dan ingin kongsi di sini.

Seorang kawan lama tetiba muncul dalam ruangan sms. Memang lama betul kami tidak berhubungan. Masing-masing sibuk. Mujur pun no hp tak bertukar.

Setiap kali ber-sms-ing selalu ada beberapa isu yang kami bincang. Kadang-kadang tanpa sedar pun ada saja yang menjadi topik, malah sehingga berbalah pula. Tetapi adat, antara kami sedia memahami perbalahan adalah biasa dan sesuatu yang tidak pernah disimpan di hati sebagai sebuah rajuk.

“Mesra di maya tidak mesti harus mesra di luar.”

Setuju, kami bersama menyetujuinya. Sebab itu terlalu sedikit teman maya yang aku kenal di luar, terlalu sedikit juga yang aku tahu tentang mereka, apatah lagi untuk menyimpan maklumat mereka, atau menyimpan no telefon mereka...

Yang ada adalah secara kebetulan, atas beberapa urusan rasmi atau kerana pernah berjumpa dalam mana-mana gathering (itupun setahun tak sampai 3 kali).

Dulu, semasa aktif dalam sebuah komuniti besar (yang dicetuskan oleh DAPAT 32728), pun begitu. Dengan pelbagai ragam dan karenah. Politik kotor dan bersih, semua ada. Pun terlalu sedikit yang aku tahu tentang mereka (sebegitu juga aku ingin mereka tahu sedikit mungkin tentang aku).

Pengalaman itu, banyak menyedarkan bahawa kalu tidak kental dengan politik komuniti sebegitu, memang boleh sakit hati. Tapi pengalamanlah yang buatkan aku keras hati untuk tidak “pot” pun pada orang-orang yang tidak ada kena-mengena dengan hidup aku...!

...dan bukan sifat aku juga, untuk setiap kali jumpa orang atau setiap kali kenal orang, mesti nak mintak no tefon. Sori Berlori, aku tak jenis suka buat follow-up. Lagipun aku rasa rata-rata kenalan aku adalah hampir sebaya aku yang juga sibuk dengan kehidupan masing-masing, dan jarang ada masa utk menyambung sembang atau chit-chat di hp (kecuali ada urusan). Ada banyak keje lain nak buat...

Tentulah kita mahu orang menghormati prinsip kita, dan gaya kita berkawan sebegitu. Jadi kita juga harus menghormati bila orang tidak suka kita mendekati mereka dgn apa cara sekali pun...

Teman-teman blogger,
secara peribadi AA lebih suka mesra di sini, jangan menagih lebih dari itu. Pertemuan itu bukan kita yang pastikan akan terlaksana, jika ada jodoh pasti bertemu juga dengan izinNYA. Dan memang AA susah nak dedahkan no hp di blog... tak akan mungkin. Kerana AA sendiri belum pernah minta no hp orang sewenang begitu.....

...dan aku tidak pernah kisah pun kalu aku dilabel sebagai “sombong”. Yaaa... aku memang sombong.




~...ada waktunya memang SERI BULAN merasa tersinggung bila terlalu mudah HISYAM menerima jemputan ke merata majlis tanpa dia mengiringi, lalu setiap kali berpergian memburu dia membalas dendam dengan membiar HISYAM pergi tanpa bekalan Ubi Rebus...!~






56 comments:

  1. AYUNI:
    Tahniah... dapat nomot 1...!

    ReplyDelete
  2. assalam, menarik n3 ni..i like!..btw salam kenal dr saya..saya follow yer..:)

    ReplyDelete
  3. Salam

    Samalah - ada ramai kawan maya tetapi kebanyakkannya sampai disitu saja, jarang ada yang rapat di luar. Bukan tak suka, cuma tak selesa, itu saja.

    ReplyDelete
  4. saya juga setuju.

    tapi kak azie mesra dgn saya di luar walaupun baru sekali berjumpa. saya bangga. hihi~

    ReplyDelete
  5. agree with u my dear sis!..
    sy jenis segan nak jumpa org..huhu

    ReplyDelete
  6. http://akuletu-naa.blogspot.com/

    sorry K Azie...the nasty Celcom Careliners now dok tunjuk taring kat my blog...kat luar ckp gegar2...bila cm called in xleh pun settlekan cmnya issue...

    ReplyDelete
  7. IKAN EMAS:
    Salam kenal. sila masuk. Terimakasih kerana sependapat. Jika berbeza sekalipun, saya hargai juga.



    NIEZA:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.

    ReplyDelete
  8. KAK KUJIE:
    Salam. Terimakasih kerana memahami. Walaupun pernah jumpa, tapi tak semua orang suka ada lanjutan dari itu tanpa sebarang sebab....



    GADISBUNGA:
    Terimakasih. Sekali sekala kita sombong, takper, asal tidak prasangka.

    ReplyDelete
  9. AYUUUU...!:
    Budak ni memang nak kene niiii...
    berani dia nak sombong dgn Kak Azie?
    tak belanja eskrim nanti...:)



    KALAMHATI:
    terimakasih Kak. Kalu kena gaya orang yang dijumpa, adakala tak segan juga.

    ReplyDelete
  10. NAA:
    Kak Azie rasa, selaku pengguna, kita berhak untuk tanya, untuk tahu segala maklumat tentang servis yang kita langgani.

    Jangan risau, jika ada yang ragu, boleh saja report pada pihak yang lebih tepat...

    ReplyDelete
  11. kak AA.. saya rasa selesa berkawan dengan org d maya berbanding d realiti.

    sebab orang tu akan menilai kita melalui rasa bukan 'mata'.

    sebab orang tu baca dan berlalu. tidak kisah pun apa yang berlaku.

    itu lagi best dari yang menilai dengan mata lepas tu siap bawak terasa di hati. bosan. :))

    ReplyDelete
  12. heee sama le.. koi jenis tak peramoh

    ReplyDelete
  13. Hahahahahaha...betul tu K Azie...raya ciner nie takder posting makanann pulak...

    ReplyDelete
  14. rasenya kak azie la ramah n best.. hehe.. maya da knal dah.. kat realiti je lom knal.. hehe

    ReplyDelete
  15. Diam2 dah 20 tahun chatting. Ada baik dan buruknya. Now blogging, ambil yg baik, jauhi yg buruk. Tak perlu dedahkan atau kongsi hal2 peribadi. Sekadar perkongsian biasa utk suka2. Kan?

    ReplyDelete
  16. betui.... mcm sy ni, susah nak mesra or at least berborak or start a conversation. mmg spesis sy mmg macam ni... kalau org kata sombong, mmg biasa sangat dah. yg benarnya, saya ni tak reti bergaul kot

    ReplyDelete
  17. EFFA:
    Ramai orang berpendirian seperti EFFA. Mesra dan selesa di maya. Orang tak perlu tahu pun kita siapa dan rupa, yang penting ikhlas jer bila “bercakap” dan mengomen.



    CEMOMOI:
    Pemalu tak? I like orang pemalu. hahahaha

    ReplyDelete
  18. NAA:
    Masak biasa-biasa saja. Nanti ada jamuan di tempat kerja, baru leh tunjuk. hehehe



    AABA:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.



    MAMAWANA:
    Hal peribadi adalah milik kita kan? Pilihan di tangan kita. Sendiri boleh fikir akan risikonya.

    ReplyDelete
  19. MAKSU:
    Itu bukan tak reti bergaul, tetapi orang yang berhati-hati. Pilihan di tangan kita, samada kita perlu mesra atau tidak. Mengikut kesesuaian..

    Mesra bukan bermakna nak kena tahu semua pasal diri orang...

    ReplyDelete
  20. setuju sangat Azie... tambahan bila kita seorang yg bukannya peramah takut dikata sombong pula

    ReplyDelete
  21. AA
    Ada label sarcastic? Wo, kita takotlah.

    I lebih mulut kat sini aje. Selalunya I pasang telinga bila berjumpa kawan2 lama.

    ReplyDelete
  22. matang dalam tindakan dan perbuatan kan azie... setuju dengan pendirian azie kerana saya juga berprinsip yg sama

    ReplyDelete
  23. Kak Azie,
    Saya pun setuju sgt2 dgn pendirian Kak Azie sbb saya pun mcm tu jugak. Saya lebih suka mesra di blog world.
    Tapi ada sesetengah bloggers ingat sbb saya mesra dgn mereka di blogworld, diaorang start tanya macam2 tentang perihal diri saya, minta FB saya, alamat saya. And buat saya sgt2 uncomfortable and awkward.
    Sampai kadang2 tak tau mcm mana nak refuse tanpa buat mereka rasa kecil hati.
    I like my privacy. Apa yg saya share kat blog, that's the extent I want people to know me.

    ReplyDelete
  24. Salam, singgah di sini :)
    nampak tajuk entri ni tadi di kotak komen Kakcik Seroja, terus ke sini. sayapun setuju. lebih selesa mesra di dunia blog saja. susah juga bila orang ingat kita sombong tapi nak buat macam mana, tak selesa untuk lebih dari tu.

    ReplyDelete
  25. setuju dengan k.azie...setiap orang punyai dunia dan urusan tersendiri tetapi bila berjumpa itulah masa untuk kenal mengenali. untuk bergayut di telefon dan bersms bagai tanpa tujuan...tak kot...

    ReplyDelete
  26. org lain lain pon belum tentu jujur dlm persahabatan maya,kan?

    ReplyDelete
  27. salam akak..

    heheheh..saya setuju..

    walomcmana pon kite tetap kwn kan..hehehe

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. bagus!! orang ni pun macam tu.. hehehe.. selamat maju jaya.. segalanya bergantung padaNYA..

    ReplyDelete
  30. salam ziarah...

    kita setuju benar tu...





    .

    ReplyDelete
  31. I rasa, i mesra jauh dekat..semua.
    Dlm mana2 komuniti Penyelaras dan penyelian kena telus, tak condong dan tumpang sekaki. PENYELIA , wajar elak salahguna kuasa.,menipu dll.

    ReplyDelete
  32. setuju!

    no hp adalah sangat privasi..tk boleh dikongsi sesuka hati. saya pun tak berapa gemar melayan sms...malas nak taip & kdg2 bila tak sempat menjawab boleh mencetuskan salah faham pulak.

    ReplyDelete
  33. saya mesra di alam maya, saya pemalu di alam nyata :P

    saya pun jenis yg susah nak reveal lebih2 benda2 di alam maya..

    ReplyDelete
  34. IBU INTAN:
    Jika orang nak kata kita sombong, memang nasiblah kannn... apa nak buek. :)


    PELANGI:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.


    SOM:
    Apa mau takot? Gua talak makan olang. Gua makan limau jugak.. hehehe
    Kalu ada lebih mulut, bleh ler I pinjam mulut tu bila-bila ek? Maklum ler, I ni cakap banyakk.. tak cukup mulut! hahahahaha

    ReplyDelete
  35. CIKGU NORMAH:
    Semasa masih baru lagi dulu, mentah dgn politik siber, saya pun pernah tersilap menjangka tingkah orang, tapi alhamdulillah, belajar dari kesilapan dan sentiasa berawas.



    LEMONGRASS:
    Tanya peribadi? Sampai begitu sekali orang berminat ya. Memang sungguh tidak selesa.
    Ada orang yang selalu salah faham, bila kita mesra di blog, disangka kita juga boleh senang-senang berkongsi privasi..
    Benar, adakala susah juga menjaga hati orang.

    ReplyDelete
  36. DINAS ALDI:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Takper la orang sangka kita sombong di peringkat awal, lama-lama pasti depa mengerti..



    JUNAINA:
    Pernah ada sorang AP.com soh Kak Azie ajak AINA join pi Tangling suatu waktu dulu. Soh Kak Azie call, tapi bila Kak Azie kata, “Tak simpan no hp Aina.”

    dia terkejut dan kata, “Takkan takdak nomot Aina?” sedangkan kita selalu jugak jumpa malah pernah Aina hantar Kak Azie balik malam tu dari rumah Dr Dinon....:)

    ReplyDelete
  37. HAMIZAH:
    Jujurnya seseorang bukan bermakna dia harus tahu pula semua maklumat tentang kita...



    CIKCERIA:
    Yeahhh kita kawan, takmo lawan-lawan...:)

    ReplyDelete
  38. CKLAH:
    Setiap kali saya masuk entri CKLAH, saya terharu...

    dan setiap kali pula CKLAH membalas kunjungan pun, saya rasa lebih terharu. Tak tau kenapa. Macam ada aura..

    Saya jarang berFB. Seminggu 2,3x jer jengah. Itu laman sosial yg terlalu biasa pada saya.
    Kemesraan saya di maya tidak terbatas, tidak terhad kepada sapa pun. Tua muda semua saya mesra. Tapi no follow up tanpa sebab...

    ReplyDelete
  39. MIMI JAZMAN:
    Benar. Niat pun mengiringi tindakan.
    Ada orang bertindak tanpa niat dan tidak sengaja. Harap2 menuduh blogger sombong pun adalah bukan dengan niat..:)



    TASEK M:
    Salam kenal. Sila masuk. Terimakasih...



    ZEQZEQ:
    Mesra demi kerjaya, bukan masalah sesiapa. Masalah sendiri. :)

    ReplyDelete
  40. ME’AH:
    Jaga jangan sammpai kena tuju dengan batu... hehehehe



    SITI MURNI:
    Percaya tak, sampai hari ini Kak Azie belum pun lagi ambik/mintak no hp tu dari Kakcik. Sebab Kak Azie belum pun ada plan nak ke Penang. Nanti jika nak balik sana, harus juga nak simpan no hp tu... bleh kan?

    ReplyDelete
  41. EJA:
    Nanti kalu Kak Azie nak balik Taman Damai or nak hantar Tart Nenas, kena jugaklah minta no tepon nyerrr...:)



    DADDY:
    Ada perkara yang sangat privasi yang menjadi hak kita untuk simpan.

    ReplyDelete
  42. Buat baik berpada pada
    Buat jahat jangan sekali..


    Di serang babi hutan

    ReplyDelete
  43. Abang MIECYBER:
    Tapi kalu dah termula buat jahat, ada yang seronok lak nak buat berkali-kali...!

    ReplyDelete
  44. kadang segan juga nak bersemukakan...?

    ReplyDelete
  45. SYA:
    Jika kena pada masa dan hari yg sesuai, tak segan juga, jika orang yang disemuka, lebih ramah dari dalam blog...:)

    ReplyDelete
  46. salam zie..betul kerana setengah orang agak payah nak mulakan converation..bagi makcik hemistry penting.kalau kita rasa serasi cepatlah kita rasa mesra...dan janganlah kita letakkan diri kira atau rakan blogger terlalu tinggi kelasnya kerana susahlah nak mesra..eh merapukah makcik ni..hehe..

    ReplyDelete
  47. boleh kak azie...tak ada masalah dgn itu..hee:)

    ReplyDelete
  48. kak Azie,

    kalau tak hambik no tipon, alamat tak sampai laa tart nenas tu..


    *rasanya dah bagi laa kat kak Azie... cuba cek email.. ;)

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. MAKCIK MERIAM:
    Terimakasih berkongsi pandangan.
    Saya tidak langsung berniat menyentuh soal kelas.
    Mesra di luar dlm ertikata harus pula ada followup, rata-rata ramai yg tidak selesa.
    Tapi saya sentiasa berharap orang2 yg saya temui di luar akan peramah dan mesra juga seperti tulisan mereka.



    SITI:
    InsyaAllah, sampai nanti ada jodoh bertemu di sana.


    EJA:
    Ops! ada. ada...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails