Friday, November 14, 2014

Kenapa nak dengki rakan sekerja? Akhirnya Che Ita pergi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
14-11-2014


Salam Jumaat. Semoga hari ini (walaupun dah nak mula hujan pepagi nih), memberikan seribu rahmat dan keberkatan. Memberikan kita tambahan rasa keinsafan, bahawa hidup ni sementara. Harta dunia tak kekal lama. Bak kata Syawal si gembala kambing: “nama pangkat dan kekayaan bukan terletak di tangan bapak!” — Ahmad Albab

Apa yang kita selalu dengar, lihat dan mungkin ramai yang lalui ialah, politik tempat kerja. Perasaan hasad dengki dan khianat lalu fitnah orang lain terhadap orang lain dan lebih malang lagi, terhadap diri kita. Perasaan cemburu dan perasan bagus tu hampir semua orang ada dalam diri. Bergantung bagaimana kita menerima, mengendali atau meluahkannya. Nampak dan tidak nampak. Positif dan negatif.

Terkini, Che Ita yang saya sebut dalam entri “Maid Kami Kena Pukul” akhirnya ditukarkan ke tempat kerja lain. (Syarikat yang menyediakan cleaner menukarkan dia dengan cleaner lain). Soksek menyebut, dia dikatakan tidak cekap, tidak pernah bersih dan kuat mengampu. Ok.

Yang dikatatakan tidak cekap itu saya (dan ramai yang lain termasuk MYManager, menganggap itu memang sengaja untuk menjatuhkan Che Ita).

Tidak pernah bersih itu ketara benar fitnah kerana sepanjang Che Ita menjaga Lantai 3 (floor kami), sinki pun dia berus guna berus gigi lama. Dinding pun dia panjat untuk lap habuk.

Tidak pernah bersih itu: disebut tandas tak pernah bersih. Bersih yang bagaimana? Yang boleh tidur baring? Selagi tiada kotoran, tiada sampah, tiada bau (malah wangi selalu), tisu sentiasa penuh, sinki sentiasa kilat, bagi kami itu adalah definisi bersih bilamana kami selesa menggunakannya tanpa ragu. Surau sentiasa dijaga tidak berdaki, tidak licin tidak berbau. Lalu mahu piawaian yang bagaimana lagi?

Mengampu? Memang ada ketika kami tak pernah berkira dengan dia termasuk MyManager pun. Tiap kali bercuti ke mana-mana (bukan kerap pun, sebab Che Ita baru setahun) pasti ada buah tangan yang best-best untuk Che Ita. Malah bila time Raya, ramai yang murah hati bagi duit raya. Belum lagi masuk kain-baju baru dan lama yang masih elok. Sebab dia rajin sangat. Buat kerja tidak berkira, dan selaku orang yang dah biasa bercampur, ramai kami segera yakin akan kejujuran dan keikhlasan maid yang seorang ini. Mungkin itu yang memberikan rasa cemburu di antara beberapa lagi rakan sekerja dia.

Apapun dia akhirnya pergi. Mengejut saja. Mengejutkan ramai lagi. Yang menangis (termasuk saya), semasa dia bersalam-salam meminta maaf sungguh meruntun hati dan jiwa kami.

Sebuah kisah kehidupan seorang wanita yang teraniaya. Lalu kami mendoakan semoga dia akan mendapat kehidupan dan layanan yang lebih baik walaupun berada di mana saja. (Untuk info: sebelum ini Che Ita pernah berkhidmat di Arab Saudi dan dah pun buat Haji dan umrah).

Semoga Tuhan akan terus melindungi dia.

*Dia berada di bawah syarikat pembersihan yang berkontrak dengan company kami, lalu keputusan dibuat oleh majikannya bukan majikan saya.

Tayang-tayang:


Sabtuday lepas, dating dengan MyAnakBuah di Aeon Kepong. Dah lama tak pekena Yee Mee Sizzling. Not bad.



Dia order makanan Jepun, tempura ayam dengan nasi. Kuah sup tu agak pelik di lidah kita orang Melayu so tak habis.


Jika nak dibanding, saya lebih suka Yee Mee Sizzling di foodcourt Lot 10 Bukit Bintang dulu. Sekarang ntah ada lagi ke tidak.





 ~...rupanya, bukanlah Mak Utih tidak dapat mengesan rancangan HISYAM hendak membawa SERI BULAN mencuba daerah baru dengan harapan tidak lagi digoda-sakan sehingga HISYAM jadi penasaran, tetapi orang tua itu tidak tergamak menghalang kerana telah lama tahu betapa HISYAM sangat sayang pada SERI BULAN cuma untuk mendedahkan sebuah hubungan intim itu bukan sifat mereka juga bukan untuk menimbulkan fitnah yang sentiasa bernanah...~




22 comments:

  1. realiti hidup kekadang mmg selalu sgt berlaku.. selalunya org teraniaya akan berjaya wlpun dicampak dimana.. :)

    ReplyDelete
  2. realiti hidup sekarang penuh ngn iri hati.... kebykan kawan sy yg kerja pon mengalami masalah yg sama..

    kite kene la bersih kan hati.... buang sifat mazmumah

    ReplyDelete
  3. kesiannnya che ita..org baik mmg sll kne tindas

    ReplyDelete
  4. kesian dengan che ita..moga rezeki dia lebih baik ditempat yang baru

    ReplyDelete
  5. Sedih kakak baca N3 ini.
    Itulah penangan hasad yg panjang
    Tapi satu hari pasti Allah akan tunjukkan pada yg dengki tu..

    ReplyDelete
  6. Memang terjadi juga di pejabat.. terkena juga bila ad pekeja la lain ad PHD ni. Sabar jelah sgn org2 mcm ni

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..moga Allah melindungi dan murah rezeki dia kat mana pun berada.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah menggantikan sesuatu yang hilang dengan yang lebih baik..fitnah dan hasad dengki ni mmg mainan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kita anak cucu nabi adam ini..huhu ( T T )

    ReplyDelete
  9. Penyakit PHD dimana2 ada. Tapi ingatlah satu hari nanti orang yang bersifat demikian akan mendapat balasan dari Allah swt.

    ReplyDelete
  10. alahaiiiii napa sizzling yee mee tu nampak sedap :)

    ReplyDelete
  11. sedihnya..nasib dia macam tu..kenapalah ada orang busuk hati macam tu..emm..lainlah kalau dapat komplen dari korang2 semua kan?pasti dia akan dapat yang lebih baik..rezeki dia di tempat lain.
    sizzling tu menggodalah!

    ReplyDelete
  12. itu lah..penyakait hati yang satu ni memang susah la nak buang.Orang baik pun ada yang tak suka..geram kot dia tak boleh jadi baik macam orang lain..

    ReplyDelete
  13. Penyakit hati tak kira pangkat.. tak kira siapa..
    Orang yang baik ni sentiasa diduga.. agar dia terus tabah.. dan agar kita mengambil iktibar.
    Insya'Allah.. semoga yang baik-baik sahaja untuk Che Ita.

    ReplyDelete
  14. Bertabahlah buat che Ita..
    moga beliau terus kuat berhadapan dengan ujianNYA.

    ReplyDelete
  15. Rezeki cik ita nak dapat rakan sekerja yang lebih baik. InsyaAllah

    ReplyDelete
  16. Macam tu lah manusia....boleh dijadikan sebagai tauladan...terimakasih!

    ReplyDelete
  17. kesian cik ita, begitulah..org baik akan sentiasa didengki..

    ReplyDelete
  18. tulah hakikat kehidupan kan kak
    cantas mencantas ni perkara biasa
    apapun saya harap di mana sahaja dia berada, dia dilindungi
    orang baik, ALLAH pelihara. Mak saya selalu kata gitu =)

    sizzling tu favorite saya =)

    ReplyDelete
  19. Kesian nyer dia ... Semoga Che Ita akan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ..

    ReplyDelete
  20. penyakit orang yang dengki nie memang susah nak dijangka.......

    ReplyDelete
  21. simpati ngan Che Ita..muga Allah permudahkan urusannya..

    ReplyDelete
  22. Begitulah lumrah dunia. Amat sukar nak mencari pejabat yang tiada politik. Politik pejabat ialah bahasa halusnya saja. Bahasa benar dan betul amatlah kasar sebenarnya. Maka pasti ada mangsa dalam setiap keadaan. Saya pasti janji Allah benar. Setiap yang teraniaya, pasti akan dipelihara Allah.. Amiin.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails