Wednesday, December 3, 2014

Bila Malaysia menang bola, saya rasa Shahrul rasa lega...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
03-12-2014


Minggu lepas, dalam Maharaja Lawak Mega yang bertema RETRO, hampir semua kumpulan bertanding kelihatan bergelut untuk menepati tema. Hampir semua pula nampak gagal, kurang lawak dan kurang menyengat.

Antaranya kumpulan SHIRO (Shahrul dan Ajak) yang memulakan persembahan, dengan tema retro berkaitan perlawanan bola sepak dan gaya meniru pengulas sukan Dato’ Hj Rahim Razali. Kelihatan kaku. Tidak lawak dan kemudian memakan diri apabila mendapat komen pedas dari Dato’ Jalal. Kemudian berlarutan dengan kritikan dan hentaman terhadap Shahrul di media sosial.



Sabtu esoknya saya mendengar beliau meluahkan rasa kesal dan tension berkaitan hal itu. Bukan niat dia hendak memperlekehkan bola sepak negara. Saya rasa dia jujur. Sebagai selebriti tentulah dia tidak sebodoh itu untuk membuat sesuatu yang berbentuk memperlekeh.

Saya rasa, pendapat Dato’ Jalal itu adalah lebih kepada pendapat peribadi. Beliau seorang pelakun handal, mungkin mata beliau lebih menjurus ke arah lakonan lalu pertimbangan beliau lebih mengharapkan yang nyata bukan ajuk-ajuk. Kalu nak kira bola sepak itu serius dan tak sesuai lawak, ada banyak benda serupa. Dulu masa SepahTu buat lawak Ustazah (bab agama lagi), boleh saja diterima dan digelak ramai. Entahlah. Itu pendapat peribadi saya pula. Yang pasti saya suka BOCEY!!

Then Sabtu itu juga, Malaysia menang ke atas Singapura (AFF Suzuki Cup 2014) dengan kemenangan yang sangat menyeronokkan. Tak perlu saya ulas bagaimana kita menang, ramai tahu betapa epiknya gol yang terakhir itu.



Hmmm haruslah Shahrul merasa lega dengan kemenangan itu. Bola sepak masih berada di hati rakyat Malaysia.

Tayang-tayang:


Cheese Nan. Saya tak suka Ayam Tandoori yang sering digandingkan dengan Roti Nan. Warna merah Ayam Tandoori buat saya hilang selera.

Makan malam saya, hari apa ntah. Singgah restoren mamak 24 jam lepas balik kija. Ahhh nikmat Roti Nan Cheese di malam hari yang hujan lagi dingin!




 ~...sawah bendang sudah mulai kering dan berdebu, seperti lazimnya tahunan warga Kampung Separuh Desa akan mula merancang menarik layang-layang besar kecil bercampur anak-anak tinggi rendah tidak terkecuali HISYAM yang sering diangkat menjadi peneraju layang-layang paling besar dan SERI BULAN menjadi pemegang tali layang-layang paling cantik...~




9 comments:

  1. Saya sendiri tak tengok aksi Shiro dalam Maharajalawak tu.. eemm.. sebab hubby kata tak best.. hehehe..
    cheese naan tu membuatkan saya teringat RSMY Cheese Naan.. dapnye.. ;)

    ReplyDelete
  2. Kejap lagi nak ajak Pak Tuan mengulang cheese nan RSMY!

    ReplyDelete
  3. Lapor ler tgk cheese nan hujan2 nie ...

    ReplyDelete
  4. saya layan ML di youtube je kak..tak langgan siaran nih..tapi yang kinggu lepas punya tak tengok pun lagi..nanti saya tengok,pa sevbenarnya awak shiro buat ..:p

    ReplyDelete
  5. Bocey paling best....kesian Shiro

    ReplyDelete
  6. bagi saya lawak shiro ok dan ada kelainan berbanding dgn pelawak lain cuma Datuk jalal tu sensitif sikit . mungkin dia anggap x hormat org tua agaknya ...

    ReplyDelete
  7. saya asyik lupa tengok maharaja lawak ni
    sebut asyik berebut tv dengan anak
    tapi bola saya tengok! kecewa kalah dengan myanmar
    tapi myanmar memang hebat

    ReplyDelete

  8. aku sangat suka sekali dengan info ini terimakasih... tau ga kawan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik, Obat Asam Urat,Obat Gagal Ginjal Solusi pengobatan herbal terbaik.

    Info Cara Mendapatkan obat jelly Gamat Gold G silahkan klik ->> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails