السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
23-03-2013
Hari ini my offday.
Kira-kira 24 tahun dulu. Selesai kenduri kahwin di sebuah kampung. Yang meriah sebab hampir seisi kampung dijemput. Ada khemah kain terpan. Ada balai bertiang dan berlantai kayu yang licin teguh. Cuma takda lembu tumbang.
Pengantin tidak bersanding tapi kena paksa duduk berganding ditayang di tengah laman bersimen yang panas terik.
Kemudian pengantin bersiap untuk balik semula ke KL. Dan sebaris pesanan dari si ayah buat si suami,
“Jaga *** (nama pengantin) ni. Dia ni keras hati.”
Uik...!
****
Malam tadi saya acah-acah MyToklaki: “Kalu takda, saya tak jadi masak lah.!”
“Alaaa... masaklaa. Jangan la keras hati sangat. Cer lembutkan sikit hati tu.” Saya tersengih dalam gelap (sebab dapat idea nak menulis di blog). Hahahaha...!
Punca: ada barang dia terlupa beli untuk saya nak masak Nasi Lemak pagi ini. Tapi pagi ini, tengok-tengok barang tu dah ada kat dapur.
Okehhh... saya nak masak Nasi Lemak Masak Sendiri...!!
Tayang balik gambar lama. Lebih kurang gini jer.
~...bila jemputan sudah dibuat, bangsal sudah didirikan dan lembu sudah mula gelisah di tambatan, SERI BULAN pula gembira dalam gementar kerana diajak menjadi pengiring mengkhatam Quran kerana anak dara Pak Imam bagai setuju tidak rela menjadi teman seiringan dan sudah tentu kelak HISYAM tidak tahu siapa yang hendak dijeling siapa yang patut dikerling...~
Salam pn...
ReplyDeleteSelamat Ulang Tahun Perkahwinan, semoga kehidupan kalian sentiasa bahagia dan ceria-ceria selalu.
Salam Nani.
ReplyDeleteTerimakasih doa.
Sebenarnya, bukan ulangtahun perkahwinan. Pernikahan saya bulan June. Hehehehe.
Assalamualaikum..malam tadi knah mkan nasi lemak, bukan buat tp beli..=)
ReplyDeleteSaya pun kadang-kadasng beli juga. Masak ni bila time cuti dan anak-anak penuh dalam rumah.
DeleteEsok nk blk kg.. kenduri kahwin adik sepupu.. tak sabar nk jd photographer baru nak naik.. wakakaka..
ReplyDeleteWuaaa best tuh. Ambik gambar lawa-lawa tau. All the best!
Deleteapa barang tu, adalah timun yang di maksudkan hihihi
ReplyDeleteHak hak hak hak! pandai nya diaaa!
DeleteYang keras hati tu baik hati juga kan?
ReplyDeleteHeh heh heh.. ya ker?
Deletekejamnya gambar. appear di saat2 kelaparan.
ReplyDeletedah terlupa tapi dah cover..ok la tu...hehe
Kena la cover, kalu tidak ada orang majuk terus tak dapat makan. Hahahaha!
Deletehati yg keras bisa dilembutkan.kalau kena cara memujuknya..
ReplyDelete...dan hanya orang tertentu jer yang pandai pujuk. Ha ha ha
Deleteselamat ulang tahun perkahwinan semoga kekal jodohnya.
ReplyDeleteTerimakasih. Tapi pembetulan. Ulangtahun perkahwinan Kak Azie bulan June. Hehehe
Deleteselamat ulang tahun akak
ReplyDeleteTerimakasih. Tapi pembetulan. Ulangtahun perkahwinan Kak Azie bulan June. Hehehe
DeleteSAlam ..selamat ulangtahun kak semoga jodoh berkekalan ke syurga jannah.
ReplyDeleteErkkk...baru semalam makan nasik lomak :)
Terimakasih. Tapi pembetulan. Ulangtahun perkahwinan Kak Azie bulan June. Hehehe
DeleteKdg2 keras hati tu perlu
ReplyDeleteDalam banyak keadaan, saya memang keras hati pun.
Deletemaknanya, TokLaki keluar utk beli bahan2 buat nasik lemak? Kalau saya dah keluar pagi pagi tu, saya terus aja beli nasik lemak kat kedai..hahaha
ReplyDeleteMana dia berani buat camtu. Kang... sapa yang sebenarnya keras hati?
DeleteAsSalam AA,
ReplyDeleteBukan keras hati kot, tak makan dek pujuk..
Ehhhh..samalah tu kan? hik3x
Lebih kurang la tu. Tapi biasanya orang yang keras hati ni jarang nak merajuk, dia suka buat sendiri jer...
DeleteSedapnya nasi lemak tu. hari ni x leh masak sbb ada xtvt komuniti melayu kat sini. Esok je la masak nasi lemak.
ReplyDeleteWahh kalu ada program, dah tentu la makan sakan-sakan tu.
DeleteKdg2 hati tu mmg kena keras...tp hati i liat...hihii...
ReplyDeleteNi mula2 entry ingat anniversary u...ropa nya nk cerita merajuk tak mau masak.nasi lemak..ooo...sambal hati ke tu....sedappp
Sambal Bilis jer Saniah. Macam biasa. Set lengkap, jarang ada menu tambahan. Kadang-kadang jer buat Paru Goreng Berempah.
Deletehhhhmmm.. sy rasa sy lembut hati tp maybe bg toklakiku ku adalah keras hati.. kiki
ReplyDeleteKita orang perempuan ni memang kadang-kadang susah nak difahami even oleh pasangan kita sendiri pun...
DeleteWahhh keras kepala lagi bahaya tu banding keras hati. hehehe
ReplyDeleteada idea gak apa nak masak esok.. :)
ReplyDeleteMasak nasi lemak paling senang, kan? Puas makan...
Deletehati masak kicap kak..sedapnya lah aaaiii...
ReplyDeleteYup, hati lembu masak kicap. Atau hati ayam pun sedap. Boh halia dan lada hitam. Perhhh!
Deleterindunya nak mengomen kat sini. Selalu jadi silent reader je,busy sangat nak ngomen pun tak dan. Saya ni keras kepala,degil. Lagi orang larang,lagi saya nak buat tapi tengok situasi jugakla. Cuma saya ni jenis lembut hati Kak Azie. Jenis tak sampai hati punya orang. Nak keras hati pon,tak tergamak rasa. Kadang-kadang saya rasa diri saya diperalatkan orang. Saya cuba jadi kejam,tapi tetap tak boleh
ReplyDeleteTerimakasih Nurul. Sentiasa ada masa untuk masuk ke sini.
DeleteBerdegil dan berkeras hati ni, ada ketika memang sangat berguna dan perlu. Bergantung keadaan yang macamana.
Dan biasanya kita berlembut hati bila orang lembut hati juga dengan kita. Berpada-pada meletak diri dan hati.
Jadi kejam? Mungkin ada ketika boleh jer... cuma selagi boleh elak, elok dielakkan.