Sunday, October 25, 2009

Minatnyerrrr....

Minat seseorang itu memang berbeza, tetapi yang seronok untuk dikongsi di sini adalah minat yang kadang-kadang buat kita kagum, geleng kepala atau turut teruja.

Minat biasanya ramai yang serupa dengan orang lain, sangat normal ler kalu seseorang itu minat membaca, menyanyi, mengarang, memancing... etc.etc...

Aku kenal ramai yang orang yang mempunyai minat yang seronok kita baca dan ikuti perkembangan mereka. ACAI seorang yang sangat minat dalam bidang fotografi, sejak mula kenal dia dan menjadi pengikut setia blog dia, dari mula dia belajar snap gambar, sampai sekarang dah lepasi amatur dan skit lagi nak jadi profesional, sudah banyak projek yang dia dapat, especially majlis kahwin kawan-kawan dan kenalan dia.

LEMONGRASS yang menetap di Australia yang sangat suka memasak, buatkan aku selalu asyik mengadap gambar-gambar menarik masakan dia, wpun hanya sajian sarapan yang simple jer.. tapi blog dia menjadi tatapan berpuluh-puluh lagi blogger yang sentiasa ada berbelas-belas orang masuk mengomen dan beramah mesra.

BOS lama aku KAREN, sangat minat pada seni lukisan yang berasaskan kayu. Tiap kali, travel mesti nak beli lukisan atau ukiran. Dia juga minat warna putih. Dalam seminggu kadang-kadang 1 kali atau langsung tak ada warna lain, putih jerrrr..

Sorang ofis mate aku dulu sangat minat Hindustan dan segala yang ala-ala Bollywood. Sampai pernah sekali dulu pegi tindik hidung. Pakaian dan subang, jangan cakaplah, ada jer yang nak sama dengan gaya Kajol... Skang dia dah resign, duk umah jaga cucu. Taktau ler sapa yang warisi sekian banyak wardrobe Endostan dia tu.. hehehehe.. Anak pompuan dia cuma sorang.

Aku?

Aku minat banyak perkara, banyak benda dan banyak kegiatan. Terlalu banyak sampai tak tau mana satu yang aku sangat fokus, macam setara jer. Ada masa, aku suka join aktiviti seni seperti bersajak, dan aku juga suka mengarang. Aku minat kaler PURPLE, minat tahap GABAN, aku minat travel tengok tempat orang especially yang berunsur kehijauan, spt kampung or sawah or ladang, juga suka ombak, suka hujan (main ujan mesti besttt...), suka juga masak.. and suka makan as well..

wooooooo banyak tul yang aku minat ek...


Puding jeli perasa strawberi yang aku buat malam tadi. Saja buat sebab lama tak buat. Boh dalam peti beku, makan macam makan aiskrim, sedappp....



~....rasa penat bila sibuk, terus rasa nak pegi bercuti....~

Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

8 comments:

  1. Hmmm... Masih tak tau lagi le minat haper...

    ReplyDelete
  2. KAK ZIE... selamat pagiii...
    paling senang buat tu...

    BRO KHAYAL... I tau U minat aperrr... I tau laaaa...

    ReplyDelete
  3. Akak, saya minat baca BLOG akak ;)
    Banyak benda yang saya minat sebenarnya, tapi tak ada masa nak buat. Saya minat menjahit, memasak, tanam pokok bunga, menghias rumah, membaca bla bla bla... tak cukup ruang aaa kalau nak cerita.

    ReplyDelete
  4. ACIK.. terimakasih.. Kita pun suker baca blog awak.. Cuma kadang2 takda masa nak follow selalu... :D

    Jom kongsi sama2 pengalaman dari minat masing-masing.. Yang pasti, ACIK memang terror buat Kek Coklat...

    ReplyDelete
  5. azie..combi pun takde minat khusus kpd sesuatu sejak dua menjak ni.rasa dah tua kot huhu :(

    pernah buat dua kali jek puding ni perasa stroberi dan mangga :)

    mmg yummy!

    anak2 asik berulang buka katup esbox :p

    ReplyDelete
  6. CALUK ni memang pantang nampak puding...hikhikhihkik!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails