Monday, June 30, 2014

Ramadan #01: permulaan yang baik dengan harapan pengakhiran yang sama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-06-2014


Alhamdulillah, saya yakin rata-rata hari pertama berpuasa semua orang berlangsung dengan baik dengan jaya dan penuh keberkatan.

Walaupun lain orang lain cara iftar, diharapkan, menu dan makanan bukanlah keutamaan yang harus menjadi sanjungan dan buruan semata.

Menonton hampir semua masjid dan surau dipenuhi (contoh terdekat surau taman saya), amatlah menyejukkan mata mendamaikan jiwa. Tentulah merebut keberkatan dan pahala berganda itu suatu peluang yang tidak harus dilepaskan.

Secara khususnya, kami sekeluarga tidak banyak berbeza pun. Ramadan dilalui tetap penuh sederhana. Tiada program untuk iftar dengan kawan-kawan sosial setakat ini. Tiada agenda tersendiri untuk berbuka di luar setakat ini. Anak-anak semua berkumpul pada hari pertama. My2nd Son sudah balik dari PLKN. Dak AMOI pun balik dan bercuti lagi hari ini untuk berpuasa di rumah.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya tidak lagi dapat sepenuhnya berada awal di rumah pada hari bekerja. Tahun lalu setiap hari bekerja saya biasanya tiba di rumah menjelang waktu berbuka. Lalu masak sakan-sakan hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Kerjasama rakyat seisi rumah sangat-sangat diperlukan. Sapa tak buat kerja, tak dapatlah berbuka sedap.

Kenangan Ramadan:
MyBonda akan buat sendiri segala jenis kuih. Termasuklah Roti Canai pun buat sendiri. Malam-malam dia uli tepung dan simpan dalan loyang berendam minyak. Untuk Murtabak, saya lebih gemar Murtabak Telur (ayam bela sendirik) dan dia juga buat Murtabak Pisang. Terbaikkk... ! Puluhan tahun dah saya tidak lagi merasa hasil tangan beliau.

Tayang-tayang:


Inti reka sendiri, kunun. (Mix vege + Vege Chicken Ball)



Kerana keluarga saya besar, lalu saya buat banyak. 75 pcs, digulung dan simpan dalam bekas kedap, goreng bila perlu. Tapi rasanya, 2 hari boleh langsai semua nih...!





 ~.....hajat hati ingin mengadu segala resah rindu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri, ntah merajuk tak dapat pergi bercuti atau tiba-tiba terasa hati, atau tak sempat menyapa sinar mentari lalu SERI BULAN lebih rela menyanyi lagu yang tak ketahwuan mana korus mana coral agar suara walau sumbang bisa dibawa angin pergi hingga waktu bertukar pagi....~




10 comments:

  1. hah.kak.idea kuih petang nanti..hehe..
    Mudah2han begitulah hendaknya. Sy xdpt bersama keluarga dihari pertama puasa. InsyaAllah pertengahan puasa balik lg...

    ReplyDelete
  2. Bulan pose ni org kate, bulan ngidam bg org yg tak mengandung. Tgk popia tu, tros rs mengidam. Sape nak bertggjwb ni kak?

    ReplyDelete
  3. bekilat molek popia tu. selamat berpuasa dan berbuka kak!

    ReplyDelete
  4. Cicah sos cili yer kak...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan cik kak azieazah tuu., sungguh sodapp., uhuuu

    ReplyDelete
  6. 75 biji??? mak datuk banyaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk rakyat seramai 8 orang saya rasa cukup utk 2 hari jer tuuu. Hehehe

      Delete
  7. ini pakcik punya supra feveret!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails