السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
26-06-2014
Dulu, berada dalam kelompok warga syarikat sekitar 66 orang paling ramai tu, dah cukup buat saya memahami rentak perangai orang dari level atasan sehingga ke level Tea Lady. Cukup untuk saya memahami apa yang disebut orang sebagai politik tempat kerja.
Tapi hari ini, berada di bawah bumbung yang menempatkan seramai kira-kira 500 orang (di mana tak sampai 100 orang pun yang saya tahu nama) saya tiba-tiba menjadi diri saya yang semakin kurang peramah.
Mungkin kerana ada ramai lagi orang lain yang lebih peramah dari saya, kot. Pengalaman bertahun-tahun, buatkan saya terus berhati-hati. Sikap manusia pelbagai. Ragam yang beribu perangai. Itu semua sebenarnya saya dah tak heran, tak kisah pun.
Tetapi saya sebenarnya, cuba mengelak telinga
Yang paling saya benci, spekulasi. Adoyai.... letih makcik!
Walaupun saya belum terjebak dengan perkara aniaya, tikam belakang atau fitnah (saya rasa takda lah), tapi saya harus berhati-hati dari sekarang. Hati perut manusia, kan? Semoga tiada rasa prasangka di hati saya terhadap mereka. Memang sebahagian mereka yang saya kenali baik-baik belaka, tapi perkara 'terperangkap' dalam kemelut mungkin akan terjadi bila-bila. Arghhhh...!
Kadang-kadang perkara yang remeh bagi kita, menjadi besar bagi orang lain. Bila kita anggap suatu perkara itu kecil, tapi Bos melihat sebagai besar pula. Alahai...
Sering saya mengingatkan diri sendiri, sejak dulu, untuk "tutup telinga sebelah, tutup mata sebelah". Fokus pada kerja, improve diri dari sebarang kekurangan kerja, dan tidak rugi merendah diri. Dah banyak contoh orang bodoh-sombong yang saya tengok, tidak maju ke mana pun.
Ilmu yang paling mahal saya ada ialah pengalaman. Confident level saya yang tinggi terhadap kerja juga saya sangat membantu.
Tayang-tayang:
Teringin Kuey Teow Goreng sejak tengahari. Kebetulan semalam seluruh taman saya terputus air. So, balik kerja makan di kedai la jawabnya.
Apple Juice gelas besar. Saiz gelas 1 liter rasanya. Lihat straw ada 2. Kongsi dengan MyToklaki. Puas hati. Maklum, kan cuaca panas menyengit sekarang, kan?
~...ketika meninjau di laman Teratak Nyatuh, HISYAM tersipu kerana wajah SERI BULAN yang diharap di sebalik kain tutup tingkap, malangnya Pak Utih tiba-tiba berdehem bagai beramaran sehingga dia terkejut bukan kepalang bagai dipanah tahi burung di atas kepala!... hahahaha...~
hahaha...memang betul-betul menyampah politik di tempat kerja. setuju yang teramat sangat
ReplyDeletekadang-kadang kalau buat hal sendiri pun ada yang mengata...memang orang banyak persepsi...
ReplyDeletetutup sebelah mata, tutup sebelah telinga ke k azie, he he he
ReplyDeleteTindakan yg betul tu Azie. Sebelum terjebak baik berhati-hati.
ReplyDeleteBalik nanti nak beli dan makan kuey teow goreng. :)
ReplyDeleteTiba2 pulak Sham terhajat nak makan kue tiaw goreng & apple juice.
ReplyDeletebagus lah kak, seelok-eloknya jauhkan diri drpd berada di tempat-tempat dan orang-orang yang mendatangkan dosa...
ReplyDeletelapaqla pulak
ReplyDeleteDi mana2 syarikat tetap ada politik, tikam belakang, pilih kasih dan ada mulut2 makcik2 yang kadang2 buat kita panas hati dan tak senang duduk. Aina lebih suka duduk ditempat sendiri buat kerja bukan tak berdunia dengan orang tetapi lebih kepada nak mengelak perkara yg bukan2.
ReplyDeletepolitik tempat keje. tak perlu ramai staff untuk politik berlaku. staf 3-4 orang pun boleh jadi kak.
ReplyDeletesaya dah pernah rasa dan saya tak suka....
kat mana mana pun ada rasanya di tempat zino pun ada.. macam2 cerita dengar.. tapi malas nak masuk campur..
ReplyDeleteSemua tempat sama politik keje tak kira ala kaum...sama jer
ReplyDelete