Tuesday, June 10, 2014

Warna warni kehidupan ~ yang kadang kelabu dan tak selalunya ungu...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-06-2014


Dalam hidup kita, banyak keputusan yang kita buat, ada ketikanya tidak tepat, salah lalu memberikan kekesalan yang bukan sedikit. Tetapi apabila kita yakin, keputusan yang tidak tepat itu tidak pernah memberikan rasa kecewa, malah walaupun kita sedar keputusan kita tidak disukai ramai orang kita tetap merasakan itulah sebaik-baik keputusan yang kita mampu buat. Demi kebaikan orang lain, or setidak-tidak diri kita sendiri.

Baru-baru ini, saya mengambil keputusan untuk menarik diri dari beberapa kemeriahan media sosial dengan rasa berat hati. Walaupun grup-grup yang sedia ada bukanlah terlalu penting, waima tak begitu mempengaruhi pun, tetapi mereka yang kita kenali, yang pernah saya kenal baik dan mesra sudah menjadi sebahagian dari kemeriahan alam persahabatan saya dan keluarga saya.

Itulah keputusan yang saya ambil. Alasan, untuk memberikan rasa selesa di hati saya sendiri. Untuk tidak membuatkan saya terus merasa terganggu, dibimbangi kelak saya ‘tertulis’ ayat yang menentang, lalu mengguris hati orang-orang tertentu. Orang yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa. Itu yang paling saya elakkan.

Sekadar menarik diri sendiri, bukanlah menjadi berat pun. Anggap saja perkara kecil. Yang orang lain juga mungkin berbuat sama bila berada dalam situasi serupa. (Akhirnya seorang rakan lain juga kemudian menarik diri, tanpa saya pasti apa sebabnya)



Warna kehidupan kita memang ceria sebenarnya. Penuh warna. Bergantung bagaimana kita menyukai setiap warna yang ada.

Tayang-tayang:


Kopi Susu. Sebenarnya kopi Vietnam yang rakan blogger ACU DARLING belikan untuk saya. Masa pegi bersama dulu, saya tak beli pun. Balik sini, tingin plak. Hehehe... (Abaikan serbuk yang hitam yang belum terendam tuh!)






 ~...bagi SERI BULAN, walau jauh mana pun akan diheret pergi, selagi dia masih boleh melihat jambul di dahi jendul HISYAM, masih boleh mendengar sajak dari suara sumbangnya dan masih mampu mempamer senyum tak berapa sumbing kambing, dia sanggup tanpa ikrar janji pun untuk mengekor bayang lelaki itu sehinggakan untuk menjadi penunggu setia setiap pagi di ambin tidak berdinding asal sahaja sarapan tetap bersama, kopi tetap dipuji kata...~




9 comments:

  1. Kadangkala kerana terlalu hendak menjaga hati dan perasaan orang lain, hati kita sendiri menjadi kecut dan perasaan kita menjadi sakit...

    ReplyDelete
  2. Indeed...sgt2 mendalam entry ni...itu yg SA rasa sekarang...asyik diri sendiri yg perlu menjaga hati org....

    ReplyDelete
  3. Aahahahahaaaaa.. Kasi sharelah. Bagus punya entri

    ReplyDelete
  4. kalau keputusan kita buat kerana Allah, yakin lah...

    ReplyDelete
  5. Put on record ….Azie Azah (AA) yang “added” saya ke Group KKA … dihargai dan terima kasih …. kini orang yang added saya tidak berada dalam group, bagaimana pula dengan orang yang “diadded”nya itu ... huhu …

    Nak keluar atau nak kekal dalam group adalah hak masing2 … saya hormati dan dengan itu saya mengelak membuat sebarang komen …. masing2 ada alasan dan ada tujuannya …..tetapi hanya satu yang amat saya harapkan iaitu hubungan silaturahim yang sudah terjalin itu tidak dikorbankan …. Kalaupun tak disuburkan, kekalkan hubungan itu di paras biasa …. memutuskan silaturrahim itu amat dilarang oleh agama kita.

    Saya sendiri pun , sejak sebulan dua ini, berfikir2 samada untuk kekal atau keluar group KKA …. bukan kerana apa2 …. tetapi lebih bersebab kepada keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan dan keinginan saya untuk memberikan fokus kepada perjalanan dan pengisian aktiviti2 Musholla Ihsan sesuai dengan peringkat usia kami ini (rasanya saya dan isteri yang paling senior 65+ tahun) … Apapun, seandainya saya buat keputusan keluar group, saya akan tetap memelihara malahan menyuburkan lagi hubungan silaturahim yang sudah terjalin itu dengan kaedah2 lain yang bersesuaian …Anak saya Azrina masih di dalam group dan insyaaAllah tamat pengajian Ogos ini … beliau boleh menjadi penghubung saya ..

    Wallahua’lam.

    ReplyDelete
  6. Jadi diri sendiri....kadang2 kita nie terlalu nak menjaga hati org lain

    ReplyDelete
  7. saya hormati keputusan kak azie keluar KKA..
    keputusan di tangan masing masing..
    cumanya kak...
    kita bagai family di situ..
    at least akak bagilah sepatah dua kata last post kat KKA, sebelum akak keluar..
    ni pandangan jujur saya ya kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika disemak semula ada post terakhir saya yang saya buat. Kalu tak silap ada ayat: maaf dan jaga diri buat semua.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails