Thursday, June 19, 2014

Kerana Terpaksa... Aku Relakan: hmmmm mujur saya tak follow drama nih...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
19-06-2014


Semalam balik awal dari biasa. Lalu saya sempat tonton satu episod drama yang diadaptasi dari novel karya Umie Nadzimah ini.





Memang saya tak duga pun novel ini akan turut didramakan. Production mana, pengarah siapa, tak kuasa lak nak semak nak cari.

Saya agak memilih dalam kes sebegini. Jika drama dari novel, memang saya tak gemar nak follow kerana saya dah ‘serap’ semua kisah dari novel. Dan jika saya tonton drama, tanpa saya pernah baca novel asalnya, saya tidak akan cari novel itu lagi. Cukup hanya satu medium sahaja saya ‘menyerap’ cerita.

Dan sejak drama itu bermula, entri tentang review novel itu menjadi entri paling banyak diklik di blog saya:


LINK review drama tersebut di SINI.

Menonton hanya 1 episod mungkin tidak adil untuk saya menulis tentang drama itu. Cuma bagi saya, watak Indah Halina by Izreen Azmindar tu dalamn drama agak agresif berbanding yang saya faham dalam novel, Intan adalah lemah lembut, sopan lagi pemalu.

Dan yang paling saya rasa tak sesuai ialah watak Tajul Razin by Amar tuh. Amar nampak terlalu muda untuk watak Razin yang menjadi pengurus sebuah syarikat besar, yang berdikari, seorang abang sulung yang bertanggungjawab lagi matang. Hmmmm saya membayangkan mungkin Fahrin Ahmad?

Saya suka Syafiq Kyle dalam drama ini. Dia berjaya menjadi seorang lelaki yang tamak dan sanggup merampas.

Jangan lupa tengok kesudahan drama ini kerana bagi saya, pengakhiran kepada Zawati dan Saiful serta ibu tiri Indah itu yang lebih seronok untuk ditonton. Hukum karma itu pasti berlaku.





 ~...meski ramai tidak tahu asal-usul HISYAM dari keluarga yang disebut “mampu pakai cincin berlian”, SERI BULAN tetap menjaga kejap rahsia kerana mahu membuka ruang serta memberi peluang jika ada pihak yang kunun “hanya ada cincin tembaga” berani masuk bertanya atau mengendeng nak buat menantu selagi mereka bernaung di bawah Teratak Nyatuh di bawah pengawasan Pak Utih dan Mak Utih jangan kata orang ingin mengendeng, hendak memandang pun sudah takut jadi terteleng...~




27 comments:

  1. Mama tak pernah menonton cerita tu pun.... Maghrib siarannya, kesuntukkan masa ..

    ReplyDelete
  2. saya malas nak ikut drama2 ni..kang banyak benda tertangguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalu dah terjebak kata orang.. memang payah nak miss.

      Delete
  3. sama saya... cukup satu medium sahaja... sbb pernah kecewa semasa menonton Lagenda Budak Setan... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan LBS sahaja yg disebut tidak menepati spt novel, tetapi setiap perbezaan itu pasti ada sebab dan alasannya.

      Delete
  4. Aina sejak masuk pejabat baru pukul 5.30pm dah balikkkkk....horeyyyyy...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Saya jika tak stay buat OT sempat la juga intai intai.

      Delete
  6. bila drama yang diadaptasikan dair novel , kita sebagai pembaca kadang2 boleh bayangkan siapa pelakon yang sesuai kan. kadang2 pelakon yang melakonkan watak di dalam drama tak sesuai dgn watak di dalam novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilihan pelakun utk watak sangat penting sebab kita sudah membayangkan setiap watak dalam novel.

      Delete
  7. Kak...saya setuju. Saya sangattttt tak puas hati dengan pilihan pelakon sebab sangat tak sama dengan novel. Izreen dan Intan sangat..sangat...sangatt berbeza. Setelah tengok beberapa episod, saya dah boleh terima Tajul Razen sikit. Tapi, berbeza kak dalam drama. Mak Saiful tu mati kena langgar Yazid. Dlm drama takder pun. So, macam menarik sikit la.... Razen tak upah org ikut Zawati dengan Yazid, tapi saya rasa Saiful akan jumpa sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakikatnya, tidak semua plot dari novel dapat direalisasikan. Kalu nak follow sebijik-sebijik agaknya kosnya berapa ratus ribu RM la pulak.

      Delete
  8. Layan jugak, best cite ni..
    Saiful x slah, dia mangsa kejahatan zawati n mak dia..
    Tetiba rasa watak indah cm lwk lak...izreen kan selalu bawak watak jahat...tp kali ni rasa cam kena je watak tu ng dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Agak tak kena bila Izreen yg serasi watak jahat tetiba nak jadi pompuan baik lagi sopan. Itu yg ada ketika mcm tak kena jer...

      Delete
  9. Novel tu..saya tak baca. Tapi drama nya ada tengok sesekali, tak ikut sgt pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tetap kata novel tu menarik dan best. Drama tu memberikan suatu gambaran yang bertentangan la pulak.

      Delete
  10. perangai saya ni 'teruk' Azie...kalau sorng pelakon tak minat..seleruh drama tu saya boikot hehe..saya tak minat Izreen..Amar..(dok tunggu Keith Foo berlakon)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Saya pun mula.minat Keith Foo. Cuma jarang saya ada peluang tengok lakunan dia.

      Delete
  11. no komen.
    sebab tak tau nak komen apa.
    saya tak tgk drama/ tak baca novel

    ReplyDelete
  12. sebab tu kak azie,saya memang x tengok langsung novel diadaptasikan ke drama. jadik mengarut byk. pembaca bayangkan lain wataknya,bila di dramakan,pelakon dia jauhhh panggang dari api. Serius,merepek. Hentikan la fenomena novel didramakan. by the way ada mana2 penerbit nk dramakan novel Ramlee Awang Murshid terutama siri novel Sunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika novel sehebat Sunan, harus kena diolah oleh pengarah hebat dan pelakun hebat juga...

      Delete
  13. Macam rasa izreen tak sesuai watak indah.saya follow drama n baca novel gak hehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails