Friday, June 27, 2014

Ramadan yang menghampiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumaAAt
27-06-2014


Umat Islam dijangka mula berpuasa pada Ahad ini. Pelbagai persiapan dibaca, didengar dan dilihat.

Antaranya banyak pejabat mengadakan majlis makan-makan sempena menyambut Ramadhan. Kami (Jabatan Lantai Atas Sekali) dah buat awal bulan lalu. Jabatan Lantai Dua, adakan majlis tu kelmarin. Ramai juga kawan-kawan kita pun buat majlis yang sama. Tradisi kah?

Bersedekah makan adalah paling mudah (selain senyuman) dan paling disukai ramai. Ada yang langsung tidak berkira bab makan minum ni. Laju jer dia kuar duit bayar itu ini. Bagi yang bersikap mulia begitu moga dimurahkan rezeki, sejahtera selalu dan sentiasa diberkati.

Tayang-tayang:


Rezeki hari Jumaat. Sarapan pagi ditaja oleh seorang rakan sekerja. Juga ada kuih muih tajaan kawan yang lain pula. Saya request Sambal Sotong tapi juga dapat Rendang Ayam (sebab ada yang bercuti hari ini).

Semoga Ramadan akan lebih memberikan keinsafan kepada kita semua, memberikan lebih keberkatan dan semoga puasa kita lebih baik dari sebelumnya.

Jangan asyik ingat nak Raya saja...!





 ~...SERI BULAN sentiasa ingat akan aku-janjinya kepada HISYAM bahawa walau bagaimana kuat pun godaan anak dara Pak Imam pagi petang siang malam subuh senja, cinta dan kasih atas nama sahabat SB akan terus terpahat dan SERI BULAN akan terus menyinta sehingga habis nyawa...~




7 comments:

  1. Di pejabat baru ni tak ada makan2 sambut puasa kak Azie tapi kalau pejabat lama meriah!

    ReplyDelete
  2. Igt raya kak, BUDGET RAYA. Heheheh! Almaklum, rakyat marhaen...kena plan awal.

    ReplyDelete
  3. kami berdua saja muslim di sini, makanya bulan puasa hanya kami berdua y menikmatinya.

    ReplyDelete
  4. pegi giant lepas jumaat tadi dah siap pasang lagu raya.... hahaha

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan yg penuh keberkatan..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails