Monday, June 16, 2014

Poligami @ kahwin lebih dari satu: “bukan sekadar nak jaga maruah”, kata Erma Fatima

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
16-06-2014


Umum tahu, suami aktres Erma Fatima iaitu pengarah terkenal Badarudin Azmi (Bade) berkahwin lagi seorang, dengan wanita bernama Aida. Kerana mereka ni golongan artis, sekejapan sahaja kisah ini menjadi bualan ramai.

Seorang rakan sekerja membuka cerita kepada saya yang lately agak ketinggalan. Melodi pun dah jarang tengok. Lagipun Melodi ni agak annoying kepada saya. Jika berkaitan dunia artis, saya rasa HLive (Astro) lebih menarik sebab ringkas padat dan tidak meleret sangat.

Temubual bersama Erma Fatima semalam sempat saya tengok. Kagum. Pertamanya memang saya kagum kerana Erma begitu tenang wpun soklan Michelle (biasa la wartawan Melodi) agak sinis, sarcastic dan provokatif. Erma mengakui, segalanya tentang perkahwinan itu.

Yang buat saya lebih tertarik adalah prinsip wanita (yang disebut kental) tentang kebahagiaan dan rasa cinta. Baginya, memberi izin itu bukan sahaja kerana dia rela, tetapi pengorbanan dia terhadap orang yang dia sayang. Menerima kelemahan dan kekurangan dia (yang tidak dia pinta) kerana tidak dapat melahirkan zuriat kandung untuk rumahtangga mereka, dia akui rasa cinta terhadap Bada tidak semestinya dia harus memiliki secara abadi. Dia ada rasa cemburu. Dia ada rasa sedih dan marah (tapi tidak akan menangis menunjuk kepada dunia) kerana itulah fitrahnya dia seorang perempuan.

Yang terakhirnya, beliau kata, dia harus menjaga prinsip dan maruahnya sebagai seorang wanita.

Yeahh... dia tidak menyelesaikan perkara poligami ini secara kasar atau huru-hara. Dia menghormati dirinya sendiri, perasaan anak-anak dan suami juga keluarga madunya. Tiada isu serang-menyerang. Saya rasa, Aida wajar menghormati dan berterimakasih banyak kepada Erma Fatima ini. Erma tidak berterus-terang sebagai seorang artis, tetapi dia seorang isteri.

Hmmm... saya melihat poligami bukan pelik. Dalam keluarga saya dan MyToklaki, poligami sudah wujud sejak kami lahir lagi. Lalu... bila saya pernah kata tak kisah jika MyToklaki berpoligami, ianya bukanlah kerana antara kami tiada rasa kasih sayang. Tetapi, saya berpendapat, seandainya ada orang lain yang lebih baik dari saya, dapat menjaga MyToklaki jauh lebih baik dari yang pernah saya lakukan... why not? Silakan berpoligami. Sehingga hari ini, Tuhan masih memberikan saya hati yang ikhlas untuk itu. Cuma ianya tidak terjadi lagi. Belum terjadi. Tidak mengharap tetapi jika akan berlaku kepada saya, insyaAllah saya mungkin akan bersikap seperti Erma Fatima.


Bunga ‘penanggah’ yang saya dapat masa rewang di rumah jiran tempohari.






 ~...ketika Pak Utih bercerita tentang handalnya Pak Ujang mengutip madu di hutan dara sebelah baruh Kampung Separuh Desa, HISYAM teruja hendak mencuba bakat seandainya ada, sekejapan itu juga Mak Utih bagai terlompat hendak melarang dek kerana terlalu sayang, mujur juga SERI BULAN setia menjadi penyokong kerana dia sendiri teringin hendak melihat madu dibawa turun dan jika sempat teringin juga hendak beramaran agar HISYAM tahu membezakan antara madu hutan dan madu bandar...~




19 comments:

  1. Kakcik juga berperasaan sama seperti perenggan akhir itu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... bukanlah kita takbur, tapi kita cuba untuk membuka hati dengan ikhlas, kan?

      Delete
  2. poligami tu ubat paling mujarab untuk buang sifat-sifat mazmumah kita, itu guru saya cakap, bagi saya..saya tak menentang sebab hukum tu dari Tuhan, Dia yang lebih tau apa yang terbaik untuk kita, saya tak mintak dan tak pula dapat menolak jika dah ditakdirkan...

    kak azie, thanks sangat for the tips masak inti karipap guna rice cooker tu, kenape saya tak penah terfikir yek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih.. heheh nanti cuba buat yerrr.

      Delete
  3. sy bg husband 4 tahun, leps ni dah x bolh fikir pasal nak poligami.. haha..boleh gitu? kalau2 dia rasa ada lg lebih baik dari saya..

    ReplyDelete
  4. memang sukar menjadi seorang wanita setabah dan sekuat erma tu...Rakan baik sy pernah meminang madunya utk sang suami..mrk bahagia utk seketika krn akhirnya suaminya meninggal awal thn lalu diusia muda.......InsyaAllah, payung emas akn menantinya di sana....

    ReplyDelete
  5. Ye... kakak juga macam Azie.
    Siapa pun suami kita sekadar pinjaman di dunia saja.
    Kita pula sebagai wanita/isteri tetap ada perasaan..

    ReplyDelete
  6. tak berani kata apa2 sebab kalau dah kena batung hidung sendiri baru tahu macam mana rasa sakit dan bisanya dalam dada...

    ReplyDelete
  7. Insya allah saya pun sama pendapat macam akak..Bukan jugak riak dan merelakan tapi sedar ini semua pinjaman Tuhan..Andai benar ada orang yang mampu jaga suami kita lebih baik dari kita why not...Percayalah mana ada perempuan tak sedih, sebab kita ni ni manusia biasa kan..

    ReplyDelete
  8. sbg y masih bujang, sy kadangkala pelik tgk ada few wanita y terlalu bangga dgn suaminya, macamla suaminya itu hak milik mutlak.

    Bukanlah bermakna sy nak mengambil suaminya sebagai suami sy.... tapi bila kelakuannya begitu, teringin juga mengganggu, tengok setakat mana dia boleh bertahan dengan ego sedemikian....

    ReplyDelete
  9. Sukar nak membaca hati org.. Sy rasa sy taknak dimadukan sebab sy tau suami sy tak mampu.. Tp jika di bertegas nak kwin lg.. Silakan cuma lepaskan sy.. Itu kehendak sy..

    ReplyDelete
  10. Saya pun ayat last tu...kalau ada yg lebih baik dan mampu why not?

    ReplyDelete
  11. Baca ... ulangkali PULAK TU ... nicely said n respected .... tak tahu nak komen apa ... sayang yang is3 yang ada (tolong baca "IS ONE" kerana takde is2, is3 dan is4) ....is3 suruh repair kaki dulu kalau nak nikah ... hu hu

    ReplyDelete
  12. hmmm.. ini smua ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah. kite as isteri kene redha dan think positive. setiap yg berlaku ada hikmah. kite kene kuat dn teruskan hidup..... moga murah rezeki selepas ni

    ReplyDelete
  13. bukan mudah utk isteri pertama betul2 rela ... harap isteri kedua menghargai peluang yg diberi sebaik mungkin .

    ReplyDelete
  14. bila baca entri cenggini, terus takde idea nak mengomen. cuma suka baca komen2 kawan2 yang lain sebab banyak pendapat yang telah dikongsi & boleh diterima pakai.

    ReplyDelete
  15. Ella setuju dgn akak. pertamanya kerana poligami itu sendiri diizinkan Allah swt jika menepati syaratnya. Kalau Allah swt mengizini, sapa kita utk menidakkan hukum dia?

    Saya sendiri bahagia ada 2 ibu dan 11 beradik. Alhamdulillah .. silaturahim masih terjalin even Arwah Abah dah tak da. Kami berhutang pada Arwah Abah atas segala kemanisan yang kami nikmati hari ini. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails