Wednesday, July 2, 2014

Bukan Ali Setan jer bagi hadiah katak di hari jadi Asmidar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
02-07-2014


Masih ingat filem Ali Setan? Ali Setan pernah hadiahkan katak kepada Asmidar di hari ulangtahunnya. Masa di kampus USM, Pulau Pinang. Riuh la satu kampus katak melompat keluar dari kotak dan semua pelajar berpantun sakan pasal katak....!


Masih ingat tak salah satu pantun katak dari filem tuh?

Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Apa cik adik dapat,
Sebagai hadiah hari jadi?

Hahahahaha!



Yeaaa saya dapat hadiah katak semalam. CHAK belikan suatu icon katak warna hijau di sekolah dia. Level budak camtuh, nampak comel jer semua nak beli.




Bersama kad buat sendiri. Saya terfikir, ‘sikat katak’ tu untuk saya ker atau untuk dia sendiri? Hahahaha!



 Ini surprise dari anak-anak yang besar sikit dan sedikit berduit. Bertingkek-tingkek!



Kerana saya bukan peminat kek, depa la layan sakan-sakan.


Tiramisu tak tiramisu. Saya makan sesudu pun dah muak.

Terimakasih kepada semua ucapan dan doa anda sekalian semalam. Yeaa... memang tiada tanda tarikh di profile saya. Sapa yang tahu, memang tahu lah.

Saya hargai semua ingatan, ucapan dan doa. Semoga semua anda dirahmati dan diberkati sepanjang hayat terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.






 ~...agak kecewa SERI BULAN semalam petang kerana HISYAM sudah berjanji tidak akan pernah lupa aku-janji untuk terus berhubungan melalui surat di bawah tempurung di hujung ampaian, malangnya bagaikan sibuk yang tidak ketahwan bersabit pula dengan hujan yang semakin kerap lalu jangankan surat, tempurung telangkup pun ntah ke mana terselit lalu SERI BULAN terfikir hendak melanggan kabel besar sebagai penyambung kata pemanjang bicara...~




26 comments:

  1. Selamat hari lahir buat kak azieazah..
    Semalam saya tak online.. jadi baru pagi ni tahu.. ;)

    psstt: beli sikit2 macam tu dapat rasa macam2 perisa..

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday akak...semoga akak sekeluarga sentiasa dalam rahmat-Nya

    ReplyDelete
  3. Selamat ulangtahun kelahiran Azie.
    Ingatan padu darinya itu yg menyentuh hati bukan sikat katak - itu simbol je:)

    Selamat berpuasa dari kakak.

    ReplyDelete
  4. semoga dalam rahmat dan kasih-sayang Allah selalu.

    ReplyDelete
  5. Selamat ulang tahun kak.....

    Kak, saya baca kad dari Cak tu, saya pulak yang nanges terharu, boleh?

    ReplyDelete
  6. Selamat ulangtahun kak azie.. rupanya berselang hari je kita ya. :)

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir azie..muga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..

    ReplyDelete
  8. Anak2 ingat jugak kak, kalau anak2 Aina depa wish je tak adanya nak bagi itu ini ehhh abahnya pun sama je.

    ReplyDelete
  9. hehehe....memang saya tak tahu. lain kali kena ingat la, asal lepas besday saya jer, mesti besday akak. hihihi. apapun semoga akak sentiasa sihat sejahtera dan diberikan nikmat kesihatan

    ReplyDelete
  10. selamat ulang tahun kelahiran kak Azie..semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu...

    ReplyDelete
  11. AA-maaf ye, aku lawas dah kada kemarik meniring kulaan. Ikam dah meilangi si Mazidul ka?

    ReplyDelete
  12. memang kak Azie suka warna hijau ke??tak makan kek rupanya..dulu saya pun tak makan..masa mengandung anak kedua suka betul benda manis2..sekarang saya makan la kek..:)

    ReplyDelete
  13. slmt hari lahir kak
    moga bahagia selalu

    ReplyDelete
  14. hadiah ikut level umur la ya...yg penting anak2 menghargai dan mengingati tarikh lahir ibunya

    ReplyDelete
  15. Sanah helwah.. walau dah terlewat.
    Semoga terus dirahmati olehNya.. bahagia bersama keluarga, dipermudahkan segala urusan..
    Barakallahhu'fik..

    ReplyDelete
  16. HB kak Azie, semoga sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki...; ingat lg kata2 arwah FIL sy.."bg jarum patah pun takpa tanda hangpa ingat selalu kat aku" ...macam tu lah kan kita rasa dihargai lebih2 lg dari anak2. Tahniah umur makin meningkat :)

    ReplyDelete
  17. Happy belated birthday buat azie.

    Klau kek secret recepi kak zai suka, sedap tuh.

    ReplyDelete
  18. ohh ye ke...semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  19. Kitorg pernah buat bagi katak hidup pada kawan masa di asrama dulu. Tapi kotak nya kena besar la so that the katak could still breathing and still alive masa dia bukak kotak tu. Pada kad ucapan bagi hint dulu. Hehe.

    Happy belated birthday kak.

    ReplyDelete
  20. selamat hari lahir kak azie...terlewat ucap....but so sweet bila anak2 bagi hadiah ek...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails