Wednesday, July 16, 2014

Tewasnya seorang perempuan yang lemah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
16-07-2014


Terkedu. Tergamam.

Di mana-mana pun orang yang aktif media sosial menulis, mengomen (tak terkecuali yang mengutuk) tentang wanita bertudung yang mengamuk di jalanraya (di Kuantan). Siap hentak keta seorang Uncle dengan steering lock. Alangkah...

Walaupun perbuatan sebegitu tidak langsung boleh kita terima, saya pun melihatnya sebagai suatu contoh buruk kepada anak-anak yang lebih dahulu melihat video itu lebih awal dari saya... tetapi saya harap perbuatan itu adalah perbuatan terakhir yang kita lihat.

Diharap selepas ini tiada lagi perkara sebegitu berulang. Tiada lagi perbuatan sebegitu menjadi ikutan. Tiada lagi ayat biadap kasar sebegitu yang kita akan dengar. Siapa pun mangsa, apapun bangsa... orang tua itu tetap orang tua yang wajib kita hormati.

Tewas dek rasa amarah dan taksub kepada harta dunia. Itu pendapat peribadi saya.

Semoga hari mendatang memberikan rasa insaf untuk berubah, dan semoga apa yang terpapar itu menjadi suatu titik-tolak kepada wanita itu untuk menginsafi, menyesali dan berazam tidak mengulangi perbuatan itu. Kesilapan. Kekilafan. Pengajaran kepada kita juga.

Tayang-tayang:


Walau hanya kad Raya yang upaya dikirim, saya berharap salam kemaafan ikhlas yang dipinta melalui tulisan, juga boleh diterima.

*Tahun ini kaler hitam. Setiap staf diberikan 2 keping seorang, tapi kerana ramai yang tidak berminat dengan kad Raya ni, saya minta dari depa untuk saya kirim. Tak banyak tapi saya tahu, ingatan itu tetap ada dalam hati saya.

Kosong–Kosong yeaaa!






 ~...menanti saat fajar menyinar dari balik bukit sebelah baruh, lalu akan menerangi laman Teratak Nyatuh, memberikan rasa gelisah di hati SERI BULAN, tetapi apabila bau rumput begitu kuat menyenak hidung tetapi rasa nyaman hingga kepala, apalah sangat penat menunggu kerana apabila munculnya HISYAM seperti kebiasaan bukan setakat Mak Utih terlajak gembira malahan Pak Utih pun ikut sama teruja suka...~




23 comments:

  1. Cantik warna keemasan itu. Nampak mewah. :)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kalau dapat kad raya..dh makin pupus dh sekarang ni.huhu..

    p/s; tak sanggup tgk video tu..( T T )

    ReplyDelete
  3. saya pun selalu tewas dek kemarahn terhadap anak-anak, hu hu..bilalah boleh jadi ibu yang penyabar ni..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikom Kak Azie :D
    Kosong kosong yehh!

    ReplyDelete
  5. Memang urut dada tengok, facebooknya pun dah tutup. nasib baik pakcik tu cool jer.
    Sama-sama ya.... kosong kosong.

    ReplyDelete
  6. Memang memalukan dgn jeritan yg dibalas uncle tu dgn lembut...
    Mesti dia tengok video tu baru menyesal dan malu..

    ReplyDelete
  7. Kena berhati hati...kawal amarah..
    Especially bila kat luar..
    kamera ada di mana mana! hahaha

    ReplyDelete
  8. Tahun ini dok pejabat baru tak ada kad raya tak ada sampul raya jugak!

    ReplyDelete
  9. ITULAH SEBABNYA JANGAN KITA MELEBIH-LEBIHKAN HARTA DUNIA SEHINGGA KITA LUPA AKAN TINGKAH LAKU/PERANGAI KETIKA DITIMPA MUSIBAH......BANYAKKAN BERSABAR APABILA MENGHADAPI DUGAAN DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI......

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya ...eh awal lagi nak ucapkan?

    ReplyDelete
  11. Kejadian itu sedikit sebanyak mencalarkan maruah muslimah. Betul lah tu kak...taksub dengan harta dunia...

    ReplyDelete
  12. apa kes tu kak, saya tak tahu pula
    pasti ada sesuatu yang diluar pengetahuan kita
    buat wanita yang disebutkan bersifat aggressive seperti tu

    kosong-kosong kita kak azie =)

    ReplyDelete
  13. kak.. lama dah tak antar kad raya.. huhu

    kosong-kosong yer

    ReplyDelete
  14. kad tu cantik.. mintak satu boleh.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. Kad cantik. Dah lama tak pos kad.

    ReplyDelete
  16. Khabarnya Kak Yong CDM 25 bakal disiasat oleh PDRM dgn alasan kes buli jalanraya.
    Elok2 boleh raya dgn aman.. ni.. dah jadi mcm2 cerita la pulak.

    ReplyDelete
  17. diviralkan sudah cukup memberi pengajaran buatnya ...

    ReplyDelete
  18. dulu2 kad raya dpt smpai berguni..masa anak dara.he he.tapi syok kan? gantung di dinding.now semua kad tk boleh pegang..atas screen saja..tk best kan Azie.?

    ReplyDelete
  19. saya juga mengambil kisah tersebut untuk pengajaran pada diri sendiri....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails