Saturday, October 31, 2009

Poligami...

Semalam, sorang kawan yang dah lama tak contact, hantar mesej. Yang buat aku jadi rasa sedikit bengang.

Lebihkurang 6 bulan dulu, dia pernah bercerita tentang keseronokan nya yang sedang berada dalam alam percintaan (semula). Dengan awek lama masa sama-sama belajar dulu. Dengan alasan tiada jodoh, mereka memang tidak berkahwin. Masing-masing bertemu dengan orang lain. Dan dengan alasan takdir jugalah, jalinan hubungan yang terputus disambung malah dimekarkan lagi dengan kesungguhan masing-masing.

Dia bercerita dari sudut dia seorang lelaki. (Aku kan memang ramai kawan-kawan lelaki?) Of course ler tak sama pendapat aku dari sudut wanita. Tapi dia ternyata amat senang dengan perbalahan kami, dan hujah-hujah aku diandaikan sebagai hujah yang bakal diterima dari sang isteri andai dia berterus terang. Dan memudahkan dia untuk menyediakan jawapan...

Lalu, mengambil jalan mudah, aku kata, "Kau tentu mahu jawapan yang kau inginkan saja, kan? Jadi samada aku beri pendapat benar atau pendapat jaga hati, tiada beza pun kan?"

Dan memang benar, tiada bezanya. Dia benar-benar mengotakan segala impian mereka yang tidak terlaksana bertahun dulu..

Aku yang mengenali isterinya, sama aku mengenalinya.. dan anak-anak mereka, cuma terkedu dengan mesej itu. Sekadar mesej, tiada lagi kata bual. Sudah tentu pendapat aku tidak lagi diperlukan...

Di mana janji seorang lelaki kepada isteri untuk setia? > Namun aku akui dalam ruang insan samada lelaki atau wanita, tetap ada ruang kecil (yang boleh meluas) yang boleh diisi oleh sesiapa atau apa jua andai terbiar...

Kenapa tergamak memungkiri janji sendiri?

Lain orang, lain rumah, lain poket...

Kerana aku terlalu banyak pergaulan dan mengenali kaum lelaki (kerana ramainya kawan lelaki dari wanita), aku tidak pernah merasa tergugat atau tercabar dengan POLIGAMI...

Mengambil kira sudut lelaki dan fitrahnya mereka sebegitu, aku sedar akan sebab dan alasan mereka untuk berpoligami ada juga yang benar-benar boleh diterima dan wajar diteruskan...


~...melihat sendiri beberapa kes poligami di dalam kelompok keluarga, hanya yang kebal yang mungkin boleh menempuhnya.. Adakala lelaki itu sendiri tewas dengan keputusannya...~


aku suka pic ni.. > bila Merpati tidak lagi hanya makan di tangan, malah sudah berani makan di kaki...

7 comments:

  1. Kisah yang tak pernah selesai ... ;) ai dah selesai dah

    ReplyDelete
  2. poligami tak nak

    nak POLIGENI atau PLibag

    ReplyDelete
  3. Bukan ke makan di tangan perlu lebih keberanian daripada makan di kaki? Ekekekeke...

    ReplyDelete
  4. Makan di tangan kurang risiko kena tampar berbanding makan di kaki yang berkemungkinan kene sepak terajang..! hahahahaha...

    ReplyDelete
  5. salam kenal dari ct..masuk dari blog combi maaf ya :)

    memang menentang untuk berpoligami ni...seriussss!

    hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam kak zie,

    Sememangnya ni satu topik yang kekadang sensitif kepada sesetengah org nak bincang kan kak..:) cuma kalau masing2 berpegang teguh kepada ajaran Islam insyaallah ketiadakadilan atau ketidaksamaraaan tu menjadi persoalan yang paling ditakuti kalau berhasrat ke arah itu.

    Bukanlah pandai nak bercerita tentang ni tapi biasanya nampak kalau org yang berhasrat begitu mempunyai sejarah ahli keluarga, sedara mara atau ramai sahabat yang juga berpoligami ini. Memang tak salah malah haram kalau kita menolak hukum Allah tu. Cuma pengalaman kerja di mahkamah syariah dulu, ia lebih banyak sebabkan penceraian, masalah rumah tangga, anak-anak terabai dan perkara berkait yang sebabkan matlamat poligami tu tak pernah tercapai.Instead bawa kebaikan kepada suami (matlamat asal) tapi ia telah mumudharatkan lebih banyak pihak termasuk permusuhan sesama keluarga, saudara mara dsb.

    ReplyDelete
  7. Salam kenal CT DELIMA... saya mengalukan.. Nanti saya melawat awak...:D

    Thanks ESAL dan semua atas komen..

    Tangan yang berani mencincang.. bahu yang berani memikul. Semuanya mesti mengikut landasan yang benar. Andai yakin dan faham matlamat, pasti tiada yang akan terabai...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails