Friday, November 27, 2009

Aku tersentuh...

Hari tu aku naik bas untuk ke suatu tempat atas urusan kerja. (Ya.. kerja luar kena la naik bas). Tak jauh, dalam setengah jam perjalanan jer...

Dalam setengah perjalanan, naik seorang Pakcik yang aku teka dalam 70-an umurnya. Agak uzur tapi membawa bebanan yang agak berat di tangan. Naik dan terus duduk di sebelah aku. Aku memang jenis tak suka nak pot urusan orang lain, so just senyum. Pakcik tu pun senyum juga la. Memang agak uzur Pakcik tu.

Mata aku terpandang barang yang dibawanya, 2 bungkusan di letak di bawah kakinya, dan 1 bungkus dipegangnya (dipeluknya). Agaknya memahami dengan pandangan mata aku, Pakcik itu berkata, "Bawak lemang ke rumah anak. Anak pompuan." Aku senyum, suka mendengar kata-kata dia. Kata-kata yang sungguh ikhlas dan kedengaran gembira. Aku senyum jer, sepatah pun aku tak jawab. Terkedu.....


Kedut di tangan, jelas begitu luas pengalaman hidup orang tua ini..(abaikan beg LV yang nampak skit tu, dah upload baru perasan termasuk skit..):D

Dua bungkusan di bawah adalah 3 biji durian dan sebungkus tulang daging (besar gak bungkusan tu dan plastik jarang, so jelas bleh nampak).

"Nak pi tengok anak. Anak pompuan ni manja benar." >> Aku tak reti nak tulis ikut dialek negeri 9 yang dia cakap.

Tersentuh aku mendengarnya.

Beberapa ketika, dia berpindah ke kerusi hadapan, mungkin memikirkan duriannya itu akan mengganggu penumpang lain yang lalu kelak.


Aku snap pic dia, harap-harap dia tak sedar, sebab aku pun off flash. No light, no sound. Hehehehe jahat aku.. Pakcik tu tak lepas-lepas, memegang bungkusan tu dan asyik jer memandang barangan dia (sama asyik macam aku dok pandang dia).

Cuma aku tak berani dah nak snap pic dia lagi dah, masa dia kuarkan cermin mata hitam yang agak besar, dan pakai. Hehehehe.. cool ler Pakcik ni. Rasa gatal jer mulut ni nak menegur, "Pakcik hensem aarrr... cool..!" tapi uishhh takyah aarrr..

Moral: seorang ayah yang agak uzur, sanggup nak bus turun bas, nak ziarah anak, jengah cucu barangkali, membawa bebanan yang berat (aku pun lum tentu larat). Demi kasih sayang...

Salam Aidil Adha buat semua bloggers.


DODOL yang menjadi idaman dan igauan aku sejak Syawal dulu, dihantar oleh sahabat bernama ILA dan kakaknya AYU ke rumah malam semalam. Terimakasih banyakk.. jujur, memang sedap betul DODOL ni..sedap bangatttt... rasa macam nak makan sorang takmo kongsi...hehehehhee!


*~BONDA aku berhari raya di Teluk Bahang lagi kali ini...~



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

8 comments:

  1. oh tak sanggup curi gambar, menampakkan wajahnya, malu sang anak.

    ReplyDelete
  2. Janganlah anaknya menjadi Si Tanggang. Mudah2an bagaimana kasih ayahnya, begitu jugalah kasih sang anak..

    ReplyDelete
  3. kasihnya ibu.. membawa ke syurga,
    kasihnya ayah.. berkorban nyawa

    mudah2an Allah sentiasa merahmati beliau...

    kak azie, ayah saya pun umur lebih kurang cam pakcik tu, awal tahun lepas kena strok, lumpuh sebelah badan, alhamdulillah sekarang dah boleh jln, cuma tgn jer tak kuat sgt lg

    ReplyDelete
  4. BRO ZZ.. thanks mengingatkan. Sesiapa yang mengenali Pakcik ini atau aanaknya, saya Mohon MAAF. Tiada niat memalukan, tetapi saya kagum dengan kasihsayangnya..

    Saya sudah lebih 5 tahun kehilangan ayah. Arwah adalah sahabat yang paling saya sanjungi dan paling baik pernah saya miliki...

    ReplyDelete
  5. mak combi dulu pun mcm gini.kalau dia nak ziarah anak cucu semua nak diangkutnyer.tp nasib dia pandai kol teksi dtg ambek dia kat rumah so tak ler terbeban sgt :)

    anak2 rasanyer tak sanggup kot bersusah payah utk ibubapa mcm gini ekk.. :(

    ReplyDelete
  6. Hmmm.... banyak kali tengok pengorbanan ibu bapa yang sungguh menyayat hati. Pernah menangis teresak2 sebab ternampak seorang bapa berkayuh basikal dalam hujan lebat dan ribut petir bersama bungkusan besar. Rupanya beg besar anak dibalut dengan plastik. Dia menunggu anaknya naik bas... sehingga bas hilang dari pandangan tangannya masih melambai.. kemudian dia kembali ke basikal, mengelap sisa hujan di muka... kembali meredah hujan tanpa baju hujan... dalam ribut petir.... entah jauh mana la rumahnya. Saya menangis teresak2... teringat betul pada ayah. Mujurlah ayah diberikan Allah sedikit kemudahan untuk menguruskan anak2nya.

    ReplyDelete
  7. pakcik tu yg dah uzur sanggup turun naik bas, anaknya di mana ye? masih sanggup menunggu ayahnya menjenguk dia. Bukannya dia yang pergi menjenguk sang ayah. Kejamkah si anak itu? Atau mungkinkah anak itu di tempat kurungan. atau kesibukan yang membelenggu hingga membuatkan dia lupa pada si tua ini? persoalan akan timbul, jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri... hehehehe, mokyang lepas raya ni saya agak penin... banyak mkn sup tulang!

    ReplyDelete
  8. COMBI.. beruntung bagi kita yang masih ada ibuayah dapat berkongsi bahagia kita.. dan dapat menjaga mereka..

    DIANA ... Kak Azie pun kagum dengan Abah Diana...

    DINA.. Mokyang pun pening gak... pekena Sup Tulang sekali jer di tempat orang..
    *Baru sampai KL petang tadi..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails