Saturday, November 14, 2009

"Tak sempat kena lahabau.."

Atas sebab urusan rasmi dan agak mengejut, semalam, aku dengan ditemani beberapa orang yang terlibat, harus ke Alor Gajah untuk menghantar dokumen penting (yang ada dateline lak tuuu...) Bukan jauh pun, bertolak dari KL kira-kira 11 pagi, kami sudah tiba di bandar Alor Gajah kira-kira jam 12.30 tengahari.


Ini merupakan kali ke 2 aku jejak kaki di negeri Melaka (heeeee nampak sangat tak banyak berjalan...)


Apa kaitan buah nona dengan Melaka? Aku lupa Sejarah dan aku memang sentiasa failed subjek Sejarah...uishhh


Singgah makan tengahari di Restoren yang konon cerita kawan, sambalnya sangat sedap. Memang sedap. Asam Pedas Tenggiri, tempe, keli, sambal belacan, kuah lemak labu manis + cekur sudah cukup mengenyangkan kami yang tak berapa orang saja pun..

Sebelum bertolak balik, singgah di laluan menuju hiway, cari makanan dan buah tangan. Tak banyak mana pun, cuma keropok ubi kayu, cencaluk -- yang konon wajib beli, tapi masin ya amatttt... Aku cepat jer capai dodol Mak Siti, 1 paket kecil RM3.50, leh tahan gak rasanya. Juga beli Inang-Inang (yang aku rasa hanya ada di Melaka sahaja).





Inang-Inang yang berwarna warni dan keropok ubi kayu yang telah digoreng.. Tawar skit rasanya..

Sebelum kul 3 petang dah pun sampai semula di KL. Sekejap sangat, bak kata kawan aku, "tak sempat kene lahabau..!" hahahahaha...

Kenapa orang Melaka dilabel suka bergurau kasar dan ganas? Betul ek..?



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

13 comments:

  1. LAHABau kasar sangat, tetapi itu dulu2 generasi lama, elok dengar cerita zaman kini,

    " Lahabau kau datang memalam buta"..kasar kan. tunggu komen orang melaka..

    ReplyDelete
  2. entah ler, tak pernah berkawan (rapat) dengan orang melaka. Tahu pun dari mulut2 orang. Tak kisah kan,janji melaka tetap sebuah negeri yang menarik untuk dilawati. Dah beberapa kali ke sana tp anak2 tetap suka

    Kak Azie, mana sya punya syer? hehehe...

    ReplyDelete
  3. Benar ZEQZEQ.. saya dengar orang citer...dari arwah AYAH pun ada bercerita...katanya, wpun gurau kasar, tapi orang Melaka memang sangat baik..

    Pernah dulu rakan sepejabat orang Melaka. Kakak ni memang suka benau guna ayat kasar kalu dia tension. Abih job pun dia carutkan...aduhhh tadah jer telinga buat2 tak peham...

    ROSEEEEE...bila masa ek awak jadi partner Kak Azie nihhh...hahahaha...
    syer sudah turun aarrrr... turun ke perut...kahkahkahkah..!

    ReplyDelete
  4. Azieeeeeeee...

    (sejuk ni.. ujannnnnnnnn)..

    ala .. bukan setakat orang melaka je.. org mn pun, ada dia punya 'ragam'.. cuma kita je kena pandai imbangkan badan.. supaya x goyang bila kena angin yg x disangka.. betoi dak?? :)

    ReplyDelete
  5. Hai Kak Cikkkkkkkkkkkkk...> dok lawan keloi...hhahaa..
    memang ujan sejak tengahari..sojuk gakk..

    Betul gak tu, kena belajar imbang badan ni, wpun rasanya kalu ada angin susah nak goyang, sbb berat..hahaha..

    ReplyDelete
  6. kasar ker? mngkn setiap org ada tngpn masing² kan? kadang² bila berckp sebegitu itu menandakan tahap "keakraban" persahabatan seseorang. mngkn betul mgkn salah.....

    ReplyDelete
  7. best cendol tepi sungai dekat bandar hilir.. :)

    kenangan pahit gi a farmosa..teruja sgt mandi bawah pancutan air yg kuat..sedar2 spec dah tercabut.aduiii buta aku sepanjang mandi manda disana :(

    ReplyDelete
  8. uisssshhh COMBI nii... ganasss nyer kooo..

    ReplyDelete
  9. Ehh CALUK... aku beli juga cencaluk 1 botol.. Btw, aku tak reti cemana nak makan, belasah potong bawang, cili padi jer.. Makan dgn nasi. Cenggitu ker ek?

    CALUK, aku nak tanya kau pun, kau mana makan cencaluk pun.. hmmm

    ReplyDelete
  10. Jauh perjalanan luas pengalaman..
    Ramai kenalan..

    ReplyDelete
  11. Lahabau punya ulau, melingkau balik pagau, buat aku sasau, tidur malam mengigau... eheks...

    ReplyDelete
  12. BRO NAJWA...itu macam punya komen sudah kategori meracau-racau...ahaks!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails