Monday, November 30, 2009

"Pinjam telinga, boleh?"

Bukan semua orang boleh menjadi pendengar, apalagi seorang pendengar yang baik. To be a good listener, bukan perlu syarat yang banyak, cukup sekadar ikhlas dan sudi mendengar, walaupun tidak pandai menasihat kembali.

Aku mengaku seorang yang sangat suka mendengar (bukan pasang telinga, sbb telinga siap terpasang dahhh..), sudi mendengar dan ada kala seorang pendengar yang baik. Mendengar keluhan, atau sekadar luahan rasa dari insan lain bukan susah. Tadah jer telinga. Sama ada telinga tu kelak akan menjadi merah atau bernanah, itu sendiri kena adjust. Mendengar bukan terhad kepada luahan sahaja, ada kala perkongsian rasa bahagia pun memerlukan seorang pendengar.

Kadang-kala kita menjadi pendengar yang sangat baik pada ketika-ketika tertentu sahaja, sekali-sekala kita gagal juga. Aku boleh menjadi pendengar kepada semua orang, semua kawan-kawan tetapi untuk menjadi pendengar yang baik, aku hanya sanggup untuk beberapa orang tertentu sahaja. Kenapa? Kerana bukan semua perkara yang kita dengar, membawa perubahan yang baik kepada mereka yang meluahkan atau kita yang mendengar...

Apapun, semua kita memerlukan seseorang yang sudi menjadi pendengar setia kita, yang sudi meminjamkan telinganya untuk kita luahkan apa saja. Tak semestinya pasangan kita sahaja (yang ada kala berbeza pendapat).

Dulu, pendengar setiaku adalah arwah AYAH...., kemudian agak lama aku tidak pernah ingin berkongsi dengan sesiapa lagi. Amat payah mendapat seorang yang sudi menjadi pendengar yang baik, apalagi setia dalam segala bentuk yang hendak diluahkan.

Bila kita berjaya berkongsi sesuatu rasa, kelegaan itu amat bermakna sekali. Carilah pendengar yang baik, atau berusahalah menjadi pendengar yang baik, kerana besar bezanya bila berkongsi rasa..


Pic di atas menara peninjau di Ladang Tebu, Perlis Plantation Berhad. Di daerah Chuping (bukan cuping telinga...). Bersama ALONG dan CHAK masa bercuti ke Perlis tempohari.



*~...aku masih setia mendengar 97.2 fm sejak zaman Zainal Din > Kamal Hassan > Noramin > Sahizan Jelas > Naziah Haskam > Hj Manan > Kak Posh > Anoy > Julia > Hj Zulas3...~

22 comments:

  1. salam, seronok bila orang sudi dengar luahan hati kita, cuma tu la, takut pulak terluah kat si mulut longkang, naya kita...

    kak azie, nanti saya ada masalah, sudi ye dengar luahan?

    ReplyDelete
  2. Mungkin kak Azie dilahirkan dengan kelebihan sebagai pendengar yang baik... tapi biasanya pendengar yang baik kadang2 lebih suka menyimpan suka duka hidupnya sendiri. Tapi tatau la Kak Azie sendiri macam mana?

    Dulu saya pendengar yang baik juga, cuma skarang saya selalu meluahkan apa yang saya rasa secara ikhlas, membuatkan si pencerita kurang selesa bila ia tak sealiran pendapat. Berbeza dengan saya lebih banyak mengangguk dan membenarkan. Mungkin sifat pendengar yang baik sudah betukar kepada penasihat yang telus agaknya. hahahahhahahaha

    ReplyDelete
  3. Pembetulan:-
    *Berbeza dengan saya yang dulu, lebih banyak mengangguk dan membenarkan*

    ReplyDelete
  4. x nak pinjam telinga, nak pinjam duit ha ha

    ReplyDelete
  5. "anda tidak boleh memberi jika tidak sudi menerima".....

    mmg sukar utk menjadi pendengar yg baik, & sukar jgk nak mencari pendengar yg setia.

    ReplyDelete
  6. ROS >> luah kan jer masalah... asal pada tempat yang betul dan pada orang yang tepat... jangan nanti masalah jadi berganda..

    DIANA >> pengalaman akan membuatkan kita lebih berhati-hati, kan?

    ReplyDelete
  7. CALUK >> ko dah cukup kayo dah... kalu MokYang kasi pinjam ko, pastu kau pinjamkan balik pada Mokyang, ok kot...hehehhee

    EELOBOR >> setuju dengan awak.. Kita kena sanggup memberi dan rela menerima. Baru SEJIWA namanya tu kan?

    ReplyDelete
  8. SKA @ ROZIE >> terimakasih.. Salam kenal.

    Kak Azie dah melawat rumah awak.. Esok ronda lagi. Hari ni line di rumah slow bangat.. kena guna hat ofis, laju banyakkkk...

    ReplyDelete
  9. ada masa boleh la tadah,serta ada kepentingan?

    ReplyDelete
  10. ZEQZEQ... >> masa yang awak ada lebih mahal dari kepentingan itu sendiri...

    ReplyDelete
  11. Ehh..abang teman ada kat Chuping tu..
    Ni..tak boleh jadi nih..
    tman selalu pi pun tak pernah dok manjat kat atas menara tu..bahkan tak tau pun ada menara..
    ish..ish..tak patut..

    ReplyDelete
  12. Abang LB... > setiap kali saya ke Perlis (sudah beberapa kali) tidak pernah miss ke Padang Besar dan mesti guna Jalan Chuping tu semata-mata nak tengok ladang tebu tu la..

    Dulu ada pegawai yang bantu (En RAHIMI, kenal ke?), kemudian kami singgah sendiri jer kat situ. Naik ke Menara Peninjau tu. Jika nak tau, drama siri Wadi Unung tu dishoot di salah sebuah tasik air timbul (kolam utk ladang) di situ..

    Kalu nak cerita memang panjang... btw, saya dah pernah bercerita pun bab ni di blog peribadi saya..heehe...

    ReplyDelete
  13. takmoh kasi telinga sbb nnt cacat telinga aku sebelah :p

    ReplyDelete
  14. ECHAH >> ini worang memang mau kasi tarik telinga niii..

    ReplyDelete
  15. oo setia KLFM yerr..baru tau..dari dulu yerr

    ReplyDelete
  16. Mana ada pinjam-pinjam lagi sekarang ni? Semua sewa laaa... Tak percaya tanya mana-mana kaunselor atau loyar... lebioh-lebih lagi pakar psychiatrist... eheks...

    ReplyDelete
  17. BRO NAJWA > pinjam bleh pulangkan balik.. Lain ler kalu amik terus buat reta sendirik.. hahahahaha...

    ReplyDelete
  18. salam azie.. azie tinggal kat mana.. abeli jadi sahabat dulu dgn nana.. abelitokjoro.. no id..5863.. kiranya dulu azie.. la jadi sahabat ...

    ReplyDelete
  19. ABE LI > saya daftar masa peringkat awal dulu, 3,4 tahun dulu la, dah lupa pun. Jarang aktif, tapi pernah gak ler merasa 2 kali jadi pendengar undangan untuk satu segmen, lupa nama segmen tu..

    Sahabat yang bersahabat dengan saya adalah KEMARAU SEPI (Kak Nor - Temerloh) dan SHAZA - Jerantut.

    Sekarang saya dah lama betul tak tune Pahangfm..

    ReplyDelete
  20. Ops! bukan Kemarau Sepi, tapi KEMARAU SENJA...

    ReplyDelete
  21. ABE LI > saya dok KL lerr.. bukan Pahang. Tapi kadang2 saya tune Pahangfm...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails