Wednesday, November 18, 2009

Tawaran manis, tapi kenangannya pahit...

Semalam aku menerima sms dari Teluk Bahang, Penang. Tawaran untuk menjadi emcee lagi di 2 Program Konvo Taska. Pengurus yang sama. Tapi tawarannya sungguh manis dan menarik sekali... (dulu tak macam ni pun?)

Aduhhh.. apa nak jawab? Cara terbaik buat masa ini ialah, aku akan bagi jawapan dalam sehari dua ini, tak leh confirm sekarang.

Bukan aku tak berminat, sangat minat tapi pengalaman lalu membuatkan aku sedikit serik walaupun belum sampai merasa marah jauh sekali berdendam. Cuma kesal dan sedih bila dalam urusan yang sepatutnya profesional, dia dan suami bersikap tidak adil terhadap aku.

Tahun lalu, aku ditawarkan menjadi emcee utk 2 program konvo untuk 3 buah taska mereka. Dan program semua berlangsung di malam hari. Aku terpaksa bercuti 3 hari untuk menolong (aku sebut menolong melebihi dari komitment tugas).

Tapi apa yang berlaku adalah, aku tidak dibayar sepatutnya. Aku akui aku bukan seorang emcee yang baik, malah sekadar suka-suka. Kalu buat di KL ni pun sekadar tolong kawan-kawan dan program kecil-kecil sahaja. Mereka pun bayar ikut kemampuan sahaja dan cuba mengimbangkan dengan menyediakan makanan (kadang2 sediakan skrip tanpa perlu aku susah payah nak cari info sendiri), jemput pergi dan balik, so bagi aku itu sudah memadai.

Tetapi bila terlibat dengan program yang agak besar (bagi aku besar la program tu, sbb dibuat di 2 buah dewan — Dewan Perbandaran Teluk Bahang dan 1 program lagi diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas dan kos untuk belon sahaja dikatakan sampai RM2 ribu) aku rasa aku wajar dibayar dengan adil berpadanan dengan masa yang aku korbankan (malam hari lak tu, malah aku tinggalkan family di KL selama 3 hari). Malangnya aku cuma dibayar tiket waktu balik sahaja. Aduhhh.. aku menangis sepanjang jalan dalam bas express masa balik ke KL.

Dan kes itu aku rahsiakan dari suami dan anak-anak dengan alasan aku tidak suka memburukkan orang di atas kesilapan aku sendiri. Kerana aku tersilap menilai insan, kerana aku lupa, manusia yang kita kenali dulu adakala bukan lagi menjadi manusia yang kita harapkan akan kekal begitu hari ini. Manusia boleh berubah. Aku tersilap membuat keputusan...

Betul-betul pengajaran buat aku. Untuk kali ini, kalu diikutkan memang rasa tak mungkin nak tolong lagi. Cuma ada beberapa perkara yang mungkin akan berbangkit yang akan meletakkan aku dalam keadaan serba salah...

Harap-harap janganlah sampai BONDA tahu akan hal ini, dan aku akan tewas jika BONDA bersuara memujuk...

Yang ada dalam kepala adalah, aku mungkin menolak, bukan kerana sombong dengan tawaran yang baik dari mereka atau balas dendam, tetapi aku mahu mereka tahu, dalam apa jua urusan yang melibatkan kerja atau job, nilai professional harus menjadi keutamaan... walau dengan saudara sendiri.

Semoga orang lain tidak menerima nasib seperti aku pula selepas ini. Kesian. Cukuplah aku seorang....



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

17 comments:

  1. saya: Sila katakan YA, jika awak rasa bersedih atas kejadian yang berlaku?

    ReplyDelete
  2. Aiyooo...! What's wrong with you??? You donno how to say "NO" kaaa...??? Dont want just say dont want laaa... aiyooo...!

    ReplyDelete
  3. Saya boleh saja terus jawab NO, tetapi saya masih ada pertimbangan. Dulu saya pernah citer pada kakak sulung saya, mungkin kakak ada nasihatkan mereka (saya tak tanya ler pulak)...

    Siapa tahu mereka mungkin sedar kesilapan dan cuba memperbaikinya kali ini? Bukankah saya patut juga memberi mereka peluang?

    Saya tidak mahu bersikap terlalu angkuh pula.. sbb nanti bila jumpa di mana2 majlis keluarga, saya rasa susah nak angkat muka..

    kerana ada orang mungkin akan ambil kesempatan pula.. siapa tahu?
    *Dia adik bongsu saya, kemanjaan.. sekali buka mulut merayu pada BONDA? Saya akan menurut sahaja demi menjaga hati dan hubungan keluarga...

    ehhh apa nii? what's wrong with me? nak jaga hati dia sorang jer ker? aduhhh...

    ReplyDelete
  4. Wah, sesuatu yang hebat(pinjam kata-kata Aran). Tak sangka Kak AA selalu jadi EMCEE, jauh lak tu. Tapi kan Kak AA seorang Survivor jadi tak heranlah sangat. Hmmm ... kekadang kita kena jaga hati sendiri juga, sebab orang lain tak pernah nak nilai hati kita ;)

    ReplyDelete
  5. jom aku banjer cendol 80 mangkuk kat belamy tu, nanti suara x de leh kasi alasan x nak mc ha ha

    ReplyDelete
  6. ACIK... terimakasih tang ayat survivor tu.. Semua orang pun begitu. Ada kala kita pun lemah juga..

    CALUK..
    kalu tang Belamy tu aku prefer ABC yg sedap bangat tuh.. Jommm aaarrr. Meh amik aku di ofis, kita pi dating tang tu.. Ahaks!

    ReplyDelete
  7. salam ziarah kak aziezah...dah follow blog akak..hehe...

    ReplyDelete
  8. salam kak azie, berat kan nak tolak permintaan orang, tp ada kalanya kita perlu bertegas, if we dont want, just saya we dont want, dont tell them, let me think about it. kalau kita cakap mcm tu orang akan anggap kita dah atleast 70% setuju, then bila kita tolak, berkemungkinan mereka akan guna apa cara untuk memujuk ataupn to be worst, something that not really good can happened. Apa pun terpulang pada akak. Cuma saranan saya tolak jer, tp kalau akak rasa akak mampu, terima but with condition dan minta mereka tetapkan bayaran yang tertentu yang setimpal dgn usaha dan kos kita

    ReplyDelete
  9. Thanks ROSE atas nasihat dan pendapat..

    Rasanya memang tak leh terima pun, pada 2 tarikh yang mereka beri, Kak Azie berada di luar kawasan juga.

    Alasan paling selamat, tapi pada masa yang sama tetap nak tinjau reaksi MEREKA dan pendapat kawan-kawan...

    ReplyDelete
  10. My life,

    kalau AA belanja makan ajak saya sekali, (bila awak telah memuji)

    ReplyDelete
  11. bagi eelobor, "cukuplah sekali kau menyakiti"...(tiru gaya jay²)

    ReplyDelete
  12. ZEQZEQ tu memang nak kene tuuu... macam ler dia tu pandai makan Yee Mee Kungfu..

    EELOBOR...saya paling suka lagu JAYJAY - Andainya Kau Mendengar Tika Ini (selain Rindu Bayangan) :D

    ReplyDelete
  13. kalau tak nak terima, tawaran diberi kepada orang lain,,

    satu terbang 4 datang..

    ReplyDelete
  14. Nok, buat apa sedih sedih. Meh bagi alamat diaorang tu, biaq aku putaq kepala dia.

    Takper, hang boleh jadik mc hammer atau DJ Dave ok, kat redbox. Cool tak?

    ReplyDelete
  15. ZEQZEQ... tarak hal.. kasi ler pada orang yang lebih baik...

    HAZREY...tarak sedih lahh... Kicik punya hal. KL juga ada jual buah pala apaaaa..

    Weyyy hang pi JB buat gathering, taknak pakai emcee ka? habaq aaarrrrrr.... Laaagi cool..!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails